Sejarah Penolong Pegawai Perubatan

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:






SEJARAH PROFESION PEMBANTU PERUBATAN Profesion Pembantu Perubatan telah dikenalpasti pada awal tahun 1900. Pada awalnya ia dikenali sebagai 'Apothecaries' yang diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang. Dibawah pemerintahan British Malaya 'Apothecaries' dikenali juga sebagai 'Sub-Assistant Surgeon' @ 'Dressar'. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dari British nama Hospital Assistant telah diguna pakai dan pada masa kini dikenali sebagai Pembantu Perubatan (Medical Assistant).


APOTHECARIES - ialah seorang yang menyediakan,menjual dan mendispen ubat-ubatan. - di Britain seseorang yang telah lulus peperiksaan yang diadakan oleh Society Of Apothecary London dengan mendapat Diploma In Medicine,Surgery And Midwifery. - ini melayakkan mereka untuk menggunakan abrevasi LMSSA London di belakang nama mereka.


DRESSAR - ialah seorang yang membuat dressing luka pesakit dan membantu pakar bedah semasa pembedahan dijalankan. - iaanya ialah graduan dari sekolah perubatan yang mendapat latihan dari segi teori dan praktikal ilmu perubatan. - dressar yang telah tamat latihanya diberi kebenaran untuk melakukan pembedahan kecil & ringan. - ianya berupaya untuk merawat kes-kes luka , kepatahan dan berpengetahuan tentang farmakologi dan perbidanan.


DRESSAR GRADE III - setelah menamatkan latihan dari KKM didalam bidang kejururawatan,pembedahan,perubatan dan makmal maka dressar ini dikategorikan sebagai

Dressar Grade III. - beliau akan bekerja didalam wad dan makmal perubatan untuk menjalankan prosedur kejururawatan dan pemeriksaan slide asas.


DRESSAR GRADE II - dressar grade III ini dibenarkan untuk melanjutkan latihanya didalam bidang perubatan,pembedahan dan makmal perubatan. - sukatan matapelajaranya adalah lebih tinggi dan mereka dilatih didalam sains farmakologi selama 2 tahun. - diakhir latihan dressar grade III akan menduduki peperiksaan dan jika lulus beliau akan di kategorikan sebagai dressar grade II.


DRESSAR GRADE I - untuk mendapat dressar grade I ini dressar grade II dikehendaki untuk belajar ilmu perubatan,perbidanan,pembedahan,farmakologi dan makmal perubatan yang lebih tinggi. - diakhir latihan dressar grade II akan menduduki peperiksaan akhir dan jika berjaya beliau akan di kategorikan sebagai dressar grade I. - kesinambungan program pembelajaran dressar grade III hingga grade I akan memakan masa 6 tahun.


HOSPITAL ASSISTANT ( HA ) - sebelum kemerdekaan malaysia pada tahun 1957 nama 'DRESSAR' telah ditukarkan kepada HOSPITAL ASSISTANT (HA). - sekolah latihan pembantu hospital telah diwujudkan di Seremban Negeri Sembilan. - skop pekerjaan 'HA' telah diperluaskan dengan penempatan di klinik-klinik kesihatan dan unit- unit khas spt unit kecemasan,otopedik dll.


PEMBANTU PERUBATAN (MEDICAL ASSISTANT @ MA) - setelah sekian lama nama 'HA' digunakan maka KKM telah menukarkan nama jawatan ini kepada Pembantu Perubatan (Medical Assistant). - 4 buah kolej telah dibina untuk memenuhi permintaan 'MA' iaitu: - Kolej PP Seremban - Kolej PP Ulu Kinta - Kolej PP Alor Setar - Kolej PP Kuching - graduan lepasan kolej PP ini akan mendapat Diploma Pembantu Perubatan didalam tempoh latihan 3 tahun (teori & praktikal). - pihak swasta juga telah mengiktiraf jawatan PP ini dan ramai diantara PP yang bertugas di sektor swasta.

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN ( ASSISTANT MEDICAL OFFICER @ AMO )
- Kerajaan telah bersetuju dan meluluskan gelaran jawatan yang baru bagi Pembantu Perubatan iaitu Penolong Pegawai Perubatan berkuatkuasa 20hb Mac 2007.
- Pertukaran gelaran ini hanyalah secara pentadbiran sahaja dan tidak melibatkan skim perkhidmatan.
- Semoga dengan ini dapat memberi peransang dan galakan untuk semua PPP untuk terus memajukan kerjaya dan prestasi mereka. - PPP dibahagikan kepada beberapa grade:
KUMPULAN SOKONGAN- PPP grade U29 - PPP grade U32 - PPP grade U36

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
- PPP Grade U41
- PPP Grade U42
- PPP Grade U44
- PPP Grade U48
- PPP Grade U52
- PPP Grade U54- telah ramai PPP yang melanjutkan pelajaran diperingkat Universiti dan mendapat ijazah
- dengan ini diharap akan dapat meningkatkan mutu dan produktiviti PPP

Asal Usul Pembantu Perubatan

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:

Dapatkah anda bayangkan suasana negara ketika zaman colonial British dahulu, ataupun ketika zaman pendudukan Jepun..bayangkan tahap kesihatan warga Malaya ketika itu bangaimana dengan segala kemudahan dan insfrastrukturnya..beralih pula di kampung2 dan di estet2 pedalaman..tiada hospital besar, tiada jalan raya, tiada kedai ubat dan tiada pula redicare..tapi kita herankan walaupun negara kita sebegitu namun tahap kesedaran kesihatan sudah ada di kalangan warga tempatan datuk, nenek malah moyang kita dikampung dapat hidup sejahtera..Kalau batuk, demam, selesema, kaki luka dan berdarah kita ke klinik kerajaan malah kalo nak bersunat/curcumcision pun kita ke klinik kerajaan..kalau jatuh pokok patah kaki kita pasang simen kat rumah sakit kerajaan (panggilan lama hospital)..siapa mereka hah yang duduk kat klinik dan rumah sakit tu..sedangkan bilangan doktor boleh dibilang dengan jari tangan mahupun kaki masa tu, nak cari pakar jauh sekali nun di singapura..tak pe biarkan persoalan itu bermain2 di minda anda……
Kita seharusnya berbangga dengan apa yang kita kecapi sekarang namun janganlah kita lupakan pada mereka, terutama kakitangan kerajaan yang amat berjasa pada pembangunan sumber manusia negara yang berkerja tanpa mengharapkan balasan.“Mak.. kaki Amin luka lah, Min nak jumpa dresser kat klinik” kata mak Amin“Min kalo Min dah pergi ke klinik tu bawaklah sekali adik2 Min tu cakap kat dresser tu adik dah dua hari demam, n then jangan lupa mintak ubat lebih sikit yek…”kata mak Amin. Petikan itu seringkali anda dengar sekiranya anda membesar pada zaman 50-an.“Kaki aku patah la Man, dresser tu cakap aku kena x-ray…ape benda aku pun tak tau..dah tengok x-ray baru di boleh simenkan kaki aku tu..satu lagi dresser tu tak bagi aku jumpa bomoh sebab aku bukan kena sampok rupanya..”kata Ali kepada Man “Ali2, mesin x-ray tu cam maner besar ker dia,sakit ker masa kita buat..setau aku kat daerah ni rumah sakit tu jer yang ada mesin tu…”sampok Ali lagi.. Satu lagi petikan mungkin pada awal 60 an dulu…Ketika tragedi kondominium runtuh di highland towers dahulu, kira2 sebelum tertubuhnya JPA3 dan SMART team. Siapa mereka ini yang berjaga siang dan malam sebagai first line team bagi kes2 kecemasan bencana negara. Ok, cukup kita bukan nak mendabik dada, tak dinafikan kepentingan JPA3 dan SMART team sekarang ni.. Pada dasarnya , dresser adalah salah satu panggilan untuk penolong pegawai perubatan sekarang. Pada am nya penggilan ini berubah mengikut peredaran kemajuan negara dan fungsi peranan tugasan profesion tersebut. Dari dresser ke pembantu rumah sakit kemudian pembantu hospital dan pembantu perubatan.
Malah, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sambil disaksikan mantan Menteri Kesihatan, Dato’ Chua Soi Lek telah mengumumkan skim bersepadu pembantu perubatan Malaysia ke jawatan baru kepada Penolong Pegawai Perubatan Malaysia. Apa kaitannya profesion ini dengan Malaysia. Kaitannya ialah Malaysia adalah satu2 negara dirantau ini masih memiliki profesion ini dan sebagai anak Malaysia haruslah berasa bangga dikenali sebagai Malaysian product’s cam kereta proton tu. Walaupun pada asalnya senior2 dresser diimport dari tanah jajahan syarikat hindia timur bagi menjaga kebajikan pekerja estet British. Dengan tertubuhnya kolej pertamanya di Seremban Negeri Sembilan dengan pengajarnya terdiri daripada Pakar Perubatan berpangkalan di London, England dan pegawai perubatan tempatan memantapkan tahap pengetahuan pelajar kolej. Kemudian kolej ini dikembangkan lagi di negeri Perak, Sarawak dan Kedah di bawah kelolaan pengarah dan pengajar tempatan. Pada era ini tugas penolong pegawai perubatan semakin mencabar.Ia berkehendakan setiap penjawatnya berfikir diluar kotak dan sentiasa bersedia untuk melakukan tugasan diluar bidang. Malah Penolong Pegawai Perubatan dialu-alukan memohon skim C41 bagi jawatan Pegawai Sains yang berkehendakan sarjana muda biomedic, biology, fizik, kimia dan setaraf dengannya. Satu lagi pilot study dari kementerian. Ada sesetengah pihak merasa rugi diatas pengisian tugas yang dahulunya dilakukan oleh pembantu perubatan seperti Dietitian, fisioterapi, juru x-ray, makmal perubatan, pembantu farmasi dan lain2 lagi memyebabkan pengecilan tugas. Namun bagi mereka yang berpandangan jauh dan berfikir di luar kotak ini bukan lah satu masalah pada profesion. Jangkauan jawatan seperti Pengarah Hospital dan JUSA A,B dan C haruslah difikirkan telahan pula 2 orang Pembantu Perubatan telah dilantik ke jawatan Pengarah Hospital dan ditempatkan di Sabah dan Sarawak.
Syabas pada mereka!! Keadaan negara yang sedang menuju kearah negara maju berkehendakan tahap penjagaan kesihatan bergerak seiring. Ini sudah pasti melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi. Bagi sesetengah jabatan ia terpaksa di swastakan.Mana tahu mungkin suatu masa KKM mensyaratkan setiap rakyat Malaysia memiliki insurans untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan hospital kerajaan. Maka disitulah tugas anda sebagai Penolong Pegawai Perubatan di masa hadapan berhubung dengan masyarakat menyediakan kos yang efektif, murah, selamat dan selesa bagi pesakit anda. Kepada semua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia syabas diucapkan pada anda dan rebut lah peluang yang sedang menanti anda itu..
p/s: rasa bangga menjadi M.A dari kelahiran K.P.P Seremban.......

My Best Pren

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:

salam, ape kabo? huhuhu, pabila boring datang menjelma, mula la nak merepet..... kali ni nak merepet pasal kengkawan kolej aku yang asal jumpe nak penampor, asal jumpe nak penampor.... tapi bila dah berpisah mati... eh.... berpisah sebab dah habeh blajo mula la nak menitik air mate.... adat la kan, bile nak bekawan, maneh, bile begadoh, masam, bile nak berpisah, pahetttt...

okla xnak panjang-panjang... 1stly yang pertame... memangla, dah firstly....



si jun, tok same adeq ni, makcik tu jatoh leh wat derk je... bukan nak tolong, leh tatap ala hensem la kunon, dari jauh merenung je....

yang baju klabu asap tu nameneye jun a.k.a ostat Junaidi bin Ramli..... memang waraq, suka la kawan n wat sahabat kat dia neh... tapi pabile datang aje rajin nye, mule la, ajak joging la, senaman la, huhu, tau le aku gemok... huhuhu..... tapi bile time malas @ "xde mood la apis oii", nak ajak p beli nasik pun idok le larat...

yang baju kunen tu name nye tok, bukan tork@ torque.... name betoi Faizal, name tipu Jack Sparrow, buleh??? motif diletakkan name tu ape ke hal?? pasal dia no komen, tapi memang baik budak nih, jasa dia memang manyak pada aku, pada korang tatau la, keh3...

yang pakai baju converse merah tu name manjenye adeq, memang manje pun... hahaha, die orang johor.. dia pun baik... dak ni mase blaja ade bilik, tapi dia sewakan kat orang lain, dia pi la tinggal kat bilk kawan2 dia, konpius aku, bilik nye berhantu kah? or bilik tu ade jelmaan kucen yang mati kena penyek dek encik pintu semasa orang sedang membuka beliau??... ape2 jelah ye tak ??

ok, t ada masa aku masukkan lagi entri lagiks ye....

Amalan menjadi sia-sia

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:

Manusia yang percaya kepada Tuhan melakukan amalan baik. Mereka mengharapkan segala amalan baik yang dilakukan diterima Tuhan. Namun, terdapat antara mereka yang tidak menyedari bahawa harapan tersebut ada yang tidak menjadi realiti. Kerana ada kalanya Dia enggan menerima sebarang amalan daripada orang-orang tertentu. Lantaran itu, amalan mereka menjadi sia-sia belaka, baik di dunia mahupun di akhirat.
Faktor-faktor yang menyebabkan amalan manusia menjadi sia-sia telah dijelaskan Allah di dalam al-Qur'an. Ayat-ayatnya didapati agak banyak, dan diturunkan di bawah ini menurut kronologi:
1. Murtad atau berpaling daripada agama. Firman Allah,
"Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya." (2:217)
2. Tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan
a) membunuh Nabi dan manusia yang menyuruh pada keadilan. Firman-Nya,
"Orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut, dan mereka membunuh manusia yang menyuruh pada keadilan, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih. Mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong." (3:21-22)
b) pertemuan dengan-Nya. Dan usahanya sesat tetapi menyangka mereka berbuat baik. Firman Allah,
"Orang-orang yang usahanya menjadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat perbuatan baik. Mereka itulah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan dengan-Nya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak menegakkan bagi mereka sebarang penimbangan." (18:104-105)
c) menghalangi orang lain daripada jalan Allah. Firman-Nya
"Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, Allah menyesatkan (menghilangkan) amalan-amalan mereka." (47:1)
d) menghalangi orang lain daripada jalan Allah, dan melawan rasul setelah petunjuk (al-Qur'an) menjadi jelas. Di sini, sikap yang negatif terhadap petunjuk setelah ia menjadi jelas juga diertikan seperti melawan rasul, kerana rasul yang menyampaikannya. Firman Allah,
"Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, dan melawan rasul setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, mereka tidak akan sedikit pun memudaratkan Allah, dan Dia akan menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka." (47:32)
Sebenarnya juga, amalan orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, lalu tidak mentaatinya, walaupun mengaku Islam, adalah seperti fatamorgana sahaja. Firman-Nya,
"Dan orang-orang yang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran yang luas, di mana orang yang dahaga menyangkanya air, sehingga, apabila dia mendatanginya, dia mendapatinya tiada sama sekali; dan dia mendapati Allah di sisinya, dan Dia membayar perhitungannya dengan sepenuhnya; dan Allah cepat membuat perhitungan." (24:39)
3. Percaya kepada ayat-ayat Allah, tetapi mempergunakan wanita untuk berzina atau untuk dijadikan teman rahsia (mistress). Mereka yang berbuat demikian dikatakan tidak percaya (kafir) dalam keimanan. Firman-Nya,
"Begitu juga (dihalalkan) wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu memberikan mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya menjadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi." (5:5)
4. Percaya kepada ayat-ayat Allah, tetapi menolak orang-orang lain yang bersumpah berada bersama mereka dalam pakatan. Firman Allah,
"Dan orang-orang yang percaya akan berkata, 'Adakah ini orang-orang yang bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa mereka adalah berserta kami?' Amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; mereka menjadi orang-orang yang rugi." (5:53)
5. Menyekutukan Allah. (Sila rujuk artikel Al-Qur'an dan Sekutu Allah untuk mengenali siapa sebenarnya orang-orang yang menyekutukan Allah.) Firman-Nya.
"Itulah petunjuk Allah; Dia memberi petunjuk dengannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya; sekiranya mereka orang-orang yang mempersekutukan, nescaya sia-sialah bagi mereka apa yang mereka telah buat." (6:88)
Orang-orang yang menyekutukan Allah turut didapati di masjid-masjid, seperti mereka yang memakmurkannya. Firman Allah,
"Tidaklah patut bagi orang-orang yang menyekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri, akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya." (9:17)
6. Mendustakan ayat-ayat Allah dan pertemuan di akhirat. Frasa mendustakan ayat-ayat Allah adalah jelas dengan sendirinya tetapi mendustakan pertemuan di akhirat boleh juga diertikan seperti tidak takut kepada balasan di akhirat. Firman-Nya,
"Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan pertemuan di akhirat, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; tidakkah mereka akan dibalas melainkan apa yang mereka buat?" (7:147)
7. Hanya mengambil bahagian kesenangan setelah menjadi kuat dan kaya. Atau, asyik hendak enjoy sahaja. Firman-Nya,
"Seperti orang-orang yang sebelum kamu, yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan anak-anak; mereka mengambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu mengambil kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu mengambil kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi." (9:69)
8. Menghendaki dunia dan perhiasannya apabila membuat sesuatu kerja. Mereka akan dapat dunia dan perhiasannya, tetapi di akhirat segala kerjanya menjadi sia-sia sahaja lalu dicampakkan ke dalam neraka dan duduk kekal di dalamnya. Firman Allah,
"Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan membayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka di dalamnya, dan mereka tidak dirugikan di dalamnya. Mereka itulah orang-orang yang tiada bagi mereka di akhirat kecuali Api, dan usaha mereka menjadi sia-sia di dalamnya, dan palsulah kerja-kerja mereka." (11:15-16)
9. Kikir serta menghalangi orang lain daripada berperang untuk Allah. Juga bersifat pengecut dan tidak mempercayai. Firman Allah,
"Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang antara kamu yang menghalangi, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudara mereka, 'Datanglah kepada kami', dan mereka tidak mendatangi peperangan kecuali sedikit, Dengan kikir kepada kamu. Apabila ketakutan datang kepada mereka, kamu melihat mereka memandang kepada kamu, dengan mata-mata mereka berputar-putar seperti orang yang ditutupi kematian; tetapi apabila ketakutan telah pergi, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, dengan kikir untuk memiliki yang baik. Mereka itu tidak pernah mempercayai; Allah menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka; dan itu, bagi Allah, mudah." (33:18-19)
10. Benci pada apa yang Allah turunkan (Sila rujuk Kalimat benci di dalam al-Qur'an.) Firman-Nya,
"Itu adalah kerana mereka benci pada apa yang Allah menurunkan, maka Dia menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka." (47:9)
11. Buat apa yang Tuhan marah. (Sila rujuk Kalimat marah atau murka di dalam al-Qur'an.) Firman-Nya,
"Itu adalah kerana mereka mengikuti apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan membenci kepuasan hati-Nya, maka Dia menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka." (47:28)
12. Tidak taat kepada Allah dan rasul. Rasul hanya menyampaikan ayat-ayat-Nya (5:92 dan 24:54). Firman Tuhan,
"Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul, dan janganlah menjadikan amalan-amalan kamu sia-sia." (47:33), dan akhir sekali,
13. Menaikkan suara di atas suara Nabi ketika berinteraksi dengannya. Firman Allah,
"Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menaikkan suara-suara kamu di atas suara Nabi, dan jangan kamu melantangkan ucapan kamu kepada dia, seperti kelantangan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain, supaya tidak menjadi sia-sia amalan-amalan kamu, sedang kamu tidak menyedari." (49:2)
Demikian petikan ayat-ayat al-Qur'an mengenai amalan manusia yang akhirnya menjadi sia-sia belaka. Tidak ada balasan yang baik lagi kekal bagi mereka kecuali neraka. Lantas ia mengingatkan manusia bahawa membuat amalan atau kerja-kerja yang baik bukanlah satu-satunya dalam agama.
Artikel yang saya baca, banyak mengajar saya tentang agama seba sedikit....
harap rakan2 berminat nak membacenye....

Ketika Cinta Bertasbih

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:


Ketika Cinta Bertasbih

Novel yang menceritakan kehidupan tokoh utamanya Khairul Azzam, seorang mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut ilmu di Al-Azhar University, Kaherah. Cerita yang boleh menjadi inspirasi bagi kita, ketika melihat bagaimana kerja keras sang tokoh yang menuntut ilmu sekaligus berjuang membahagiakan ibu dan adik-adiknya di kampung. Cerita yang juga boleh mengajar kita, ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran agama.

Ayat Ayat Cinta

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:

Ayat Ayat Cinta

Ayat Ayat Cinta merupakan kisah cinta bersifat Islamik yang dikarang dengan sebegitu cantik – ia mengisahkan seorang protagonis Islam yang terpaksa menempuh semua halangan dalam hidup sambil mengekalkan kepercayaan Islam yang tulen.

Fahri bin Abdillah adalah seorang pelajar yang miskin tetapi pintar serta memperoleh biasiswa bagi menamatkan pengajiannya di Universiti Al Azhar, Mesir. Seorang yang sangat berdisiplin serta berdedikasi, Fahri mengharungi liku-liku kehidupan di Kaherah, menamatkan pengajiannya di samping menterjemah buku-buku agama dengan penuh minat.

Hanya satu sahaja matlamat yang masih belum tercapai - berkahwin.

Fahri seorang yang taat dan 'lurus', serta tidak mempercayai konsep hubungan sebelum perkahwinan. Dia menjadi kelu serta pemalu ketika berdepan dengan perempuan. Sepanjang hidupnya, hanya dua orang perempuan sahaja yang akrab dengannya - ibunya dan neneknya.

Kehidupannya berubah di Mesir apabila dia dikelilingi empat wanita cantik yang berbeza latar belakang masing-masing.

Maria Girgis, seorang jiran beragama Kristian Koptik yang mula tertarik pada ajaran al-Quran, mendapati dirinya sudah jatuh cinta pada Fahri (fakta yang selama ini hanya terpendam dalam diarinya).

Nurul, seorang pelajar Al Azhar seperti Fahri, merupakan anak kepada seorang kiyai Indonesia terkenal. Fahri berasa dirinya tidak layak untuk Nurul serta mengabaikan perasaannya terhadap Nurul, membuatkan Nurul menjadi keliru.

Noura, jiran Mesir yang sering diseksa ayahnya sendiri, memendam perasaan sayang yang kuat terhadap Fahri, yang kemudiannya hanya sekadar bersimpati dengan keadaan dirinya. Penolakan Fahri mengecewakannya dan seterusnya membawa kepada tuduhan rogol terhadap Fahri.

Aisha, seorang pelajar berbangsa Jerman-Turki di Kaherah yang memukau Fahri dengan matanya yang cantik. Sejak insiden di Metro Kaherah di mana Fahri membela Islam daripada tanggapan yang kolot, kedua-duanya saling jatuh cinta antara satu sama lain

Harry Potter dengan Azimat Maut

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:

Harry Potter dengan Azimat Maut

Permulaan buku kali ini memaparkan Lord Voldemort dan para Death Eater berada di pusat gerakan mereka iaitu di kediaman Lucius Malfoy. Mereka merancang untuk membunuh Harry Potter sebelum Harry dapat bersembunyi kembali. Voldemort telah membunuh tawanannya, Profesor Charity Burbage, guru Pengajian Muggle di Hogwarts, atas alasan pengajaran beliau memberikan pandangan positif kepada golongan Muggle (bukan keturunan ahli sihir) serta menggalakkan anjakan bagi golongan berdarah tulen untuk dihentikan.

Harry telah bersedia untuk melakukan perjalanannya dan beliau telah membaca wasiat Albus Dumbledore; dan diketahui bahawa ayah Dumbledore, Percival, adalah seorang yang benci akan golongan Muggle dan telah menyerang tiga orang Muggle (yang sebenarnya telah menyebabkan Ariana, adik Albus menjadi gila), dan meninggal dunia di Penjara Azkaban atas kejahatannya. Harry kemudian meyakinkan keluarga Dursley bahawa mereka harus segera meninggalkan rumah mereka untuk mengelakkan diri dari serangan para Death Eater setelah Harry mencecah umur dewasa. Keluarga Dursley kemudian lari menyembunyikan diri dengan kawalan sepasang ahli sihir setelah mereka membuat pengakuan bahawa mereka masih risau dan pedulikan Harry.

Bersama-sama dengan anggota Kumpulan Phoenix, Harry kemudian bertolak ke The Burrow. Dalam perjalanan itu mereka telah diserang oleh Voldemort dan Death Eaternya. Serangan tersebut telah menyebabkan Hedwig, burung hantu Harry telah terbunuh akibat terkena sumpahan pembunuh, George Weasley pula kehilangan sebelah telinganya akibat Sihir Sectumsempra dan Mad-Eye Moody pula dibunuh oleh Voldemort sendiri. Harry berjaya meloloskan diri daripada Voldemort yang mengejarnya setelah tongkat sakti milik Harry menghancurkan tongkat sakti yang dipinjam Voldemort dari Lucius dengan sendirinya. Kemudian, Harry mendapatkan tahu yang Voldemort telah menanyakan punca kejadian tersebut kepada En Ollivander, seorang pembuat tongkat sihir.

Beberapa hari kemudian, Menteri Sihir, Rufus Scrimgeour tiba di The Burrow dan memberikan beberapa barang peninggalan Dumbledore yang telah diwasiatkan untuk Harry dan rakan-rakannya, antaranya ialah: "Deluminator" (Pemadam Lampu) untuk Ron ; buku cerita The Tales of Beedle the Bard (Kisah Beedle Si Pujangga) iaitu mengenai buku cerita kanak-kanak untuk Hermione yang sebenarnya mempuyai maksud yang tersembunyi; dan pedang Godric Gryffindor dan Bola Snitch pertama yang ditangkap oleh Harry dalam perlawanan Qudditch pertamanya. Namun demikian, pedang tersebut tidak diserahkan kepada Harry kerana menurut Kementerian Sihir, pedang tersebut bukanlah milik Dumbledore. Ketiga-tiga mereka kemudiannya berusaha untuk mencari maksud tersirat di sebalik pemberian tersebut. Sehari kemudian, perkahwinan antara Fleur Delacour dan Bill Weasley berlangsung.

Pencarian bermula

Semasa majlis perkahwinan Bill Weasley dan Fleur Delacour, patronus milik Kingsley Shacklebolt telah muncul, menyatakan bahawa Rufus Scrimgeour, Menteri Sihir telah mati dan Kementerian Sihir kini berada di bawah kuasa Voldemort. Semasa para Death Eater semakin menghampiri Harry, Ron dan Hermione, ketiga-tiga mereka Ghaib dan mencari perlindungan di Nombor Dua Belas,Grimmauld Place . Di sana, Harry membuat kesimpulan bahawa adikSirius Black , Regulus Arcturus Black merupakan "R.A.B" yang membawa keluar loket Horcrux dari gua dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan . Hermione teringat semula bahawa beliau pernah terlihat seutas loket yang terdapat dalam barang-barangan milik Kreacher. Kreacher mendedahkan bahawa dialah yang bertanggungjawab meletakkan loket itu ke dalam gua tersebut untuk Voldemort, dan Regulus telah mati dalam usaha untuk mendapatkannya semula. Walaubagaimanapun, loket itu telah jatuh ke dalam genggaman Dolores Umbridge disebabkan ia telah dicuri oleh Mundungus Fletcher. Ketiga-tiga mereka telah memecah masuk ke dalam Kementerian Sihir dan menyamar dengan menggunakan Posyen Polijus untuk mendapatkan semula loket tersebut. Namun lokasi persembunyian mereka di Grimmauld Place telah terbongkar dan mereka terpaksa melarikan diri.

Mereka mendapat tahu bahawa Pedang Gryffindor yang terdapat di Gringotts merupakan satu replika. Harry perlu mencari pedang yang sebenar untuk memusnahkan Horcrux-Horcrux yang lain, namun Ron yang tertekan telah meninggalkan kumpulan tersebut. Harry dan Hermione cuba mencari pedang tersebut di Godric's Hollow. Di sana mereka telah diserang oleh Nagini dan Voldemort. Namun ketika mereka sedang menyelamatkan diri, Hermione secara tidak sengaja telah mematahkan tongkat sakti milik Harry.

Di dalam Hutan Dean, satu patronus rusa betina telah menunjukkan lokasi di mana terdapatnya pedang Gryffindor iaitu di dalam sebuah kolam berais. Semasa Harry cuba untuk mendapatkan pedang tersebut, loket Horcux yang berada di tengkuknya telah mencekik dirinya. Beliau diselamatkan oleh Ron yang kembali dengan membawa Deluminator dan memusnahkan loket tersebut dengan menggunakan pedang Gryffindor. Ron memberitahu mereka bahawa kini nama Voldemort merupakan satu Pantang: menyebut namanya akan mendedahkan lokasi si penyebut kepada pemburu yang dikenali sebagai Snatcher (Pencuri).

Azimat Maut


Ketiga-tiga mereka mendapat tahu daripada Xenophilius Lovegood, ayah Luna Lovegood bahawa simbol Grindelwald yang ditemui oleh mereka mewakili tiga objek Azimat Maut: "Elder Wand" (Tongkat Elder), "Resurrection Stone" (Batu Kebangkitan), dan Jubah Halimunan. Apabila ditanya mengenai ketiadaan Luna, Xenophilius memberitahu bahawa Death Eater telah menculik Luna sebagai membalas dendam kerana telah menyokong Harry Potter dalam majalahnya, The Quibbler . Disebabkan bimbang akan keselamatan Luna, beliau telah memanggil pihak kementerian bahawa ketiga-tiga mereka berada di sana, namun mereka telah berjaya melarikan diri.

Harry dapat merasakan bahawa Voldemort sedang mencari Tongkat Elder. Namun, Harry secara tidak sengaja telah menyebut nama Voldemort yang menyebabkan lokasi persembunyian mereka telah terdedah dan ditangkap oleh Pencuri lalu dikurung di rumah besar milik keluarga Malfoy bersama-sama Luna, Dean, Ollivander, dan Griphook. Penemuan pedang Gryffindor milik mereka membimbangkan Bellatrix Lestrange kerana beliau memikirkan bahawa mereka telah berjaya memecah masuk ke bilik keselamatan keluarganya di Bank Gringgotts, lalu beliau telah menyeksa Hermione untuk mendapatkan jawapannya. Dobby Muncul Tiba-Tiba dan menyelamatkan Luna, Dean dan Ollivander. Bunyi yang terhasil menyebabkan Peter Pettigrew pergi menyiasat. Beliau berjaya menangkap Harry namun beliau diingatkan oleh Harry bahawa beliau masih berhutang nyawa dengannya kerana Harry pernah menyelamatkannya dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban yang menyebabkan Peter untuk merengangkan genggamannya. Perbuatanya yang teragak-agak untuk membunuh Harry menyebabkan tangan perak yang dihadiahkan oleh Voldemort untuk mencekiknya hingga mati. Harry dan Ron segera bergegas ke bawah untuk menyelamatkan Hermione. Dobby muncul semula dan Ghaib ke kotej Bill dan Fleur Weasley, namun semasa mereka cuba melarikan diri, Bellatrix telah melemparkan pisau yang menyebabkan kematian Dobby.

Di kotej, Ollivander mengesahkan bahawa Tongkat Elder benar-benar wujud dan kuasa tongkat sakti tersebut boleh berpindah milik andainya penggunanya sekarang dikalahkan atau dilucutkan senjata. Tingkah laku Bellatrix yang sedikit meragukan berjaya meyakinkan mereka bahawa terdapat satu lagi Horcrux yang tersembunyi di bilik keselamatan milik keluarga Lestrange. Dibantu oleh Griphook yang menjadikan pedang Gryffindor sebagai upah, mereka berjaya memecah masuk ke Bank Gringotts dan mendapatkan sebuah lagi Horcrux iaitu Piala Hufflepuff. Namun, setelah mereka berjaya melepaskan diri, Griphook telah mengkhianati mereka dan membawa lari pedang Gryffindor. Sementara itu, Voldemort pula telah membuka makam Dumbledore dan mencuri Tongkat Elder yang Dumbledore perolehi daripada pertarungannya dengan seorang ahli sihir jahat, Gellert Grindelwald. Voldemort sedar yang Horcruxnya sedang dirosakkan; hubungan mindanya dengan Harry secara tidak sengaja telah mendedahkan satu lagi lokasi Horcrux yang berada di Hogwarts.

Peperangan Hogwarts

Ketiga-tiga mereka ke Hogsmeade, iaitu Aberforth Dumbledore menyeludup masuk mereka ke Hogwarts. Harry memberi amaran kepada staf-staf Hogwarts yang Voldemort akan datang menyerang sementara menunggu sekutu Hogwarts tiba.Harry mempelajari bahawa mahkota Ravenclaw adalah satu Horcrux, sementara Hermione memusnahkan piala Hufflepuff dengan taring Basilisk yang mereka peroleh dari Bilik Rahsia. Harry mengingat semula bahawa beliau pernah melihat mahkota tersebut dalam Bilik Keperluan dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Ketiga-tiga mereka walaubagaimanapun telah diserang oleh Malfoy, Crabbe dan Goyle. Crabbe yang cuai dalam penggunaan Sihir Fiendfyre yang digunakan untuk menyerang Harry, Ron, dan Hermione telah menyebabkan kematian dirinya sendiri dan memusnahkan mahkota tersebut.

Harry secara tidak sengaja telah menyelami minda Voldemort sekali lagi, yang menunjukkan mereka jalan ke arah Gubuk Menjerit. Setibanya di sana, mereka telah menyaksikan Voldemort membunuh Snape dengan menggunakan Nagini, dengan mempercayai bahawa dengan perbuatan itu akan menjadikan beliau tuan kepada Tongkat Elder. Semasa Snape hampir mati, beliau memberikan memori yang membuktikan kesetiaan beliau kepada Dumbledore, dimotivasikan oleh cinta seumur hidupnya terhadap Lily Potter kepada Harry. Ingatan itu telah mendedahkan perkara sebenar: Setelah disumpah oleh Horcux cincin Gaunt, Dumbledore yang malang telah mengarahkan Snape untuk membunuhnya, jika perlu, pada masa yang strategik. Didedahkan bahawa Snapelah yang membuat patronus rusa betina di dalam Hutan Dean. Memori tersebut turut mendedahkan bahawa Harry juga merupakan satu Horcrux.

Dalam keadaan terpaksa menerima hakikat bahawa beliau akan mati, Harry menghampiri kem Voldemort dalam Hutan Larangan. Sepanjang perjalanan, dia menemui Batu Kebangkitan di dalam bola Snitch untuk menyeru semangat ibu bapanya, Sirius Black dan Remus Lupin yang menenangkan dirinya dan menyediakan jalan yang selamat. Voldemort kemudiannya menyerang beliau dengan menggunakan Sumpahan Tidak Terampun Avada Kedavra. Terjaga di dalam dunia seperti dunia khayalan, Harry tidak pasti sama ada beliau masih hidup ataupun telah mati. Dumblelore kemudiannya muncul dan menerangkan bahawa Horcrux yang berada di dalam tubuhnya kini telah dimusnahkan. Beliau berkata Voldemort masih hidup kerana cebisan jiwanya masih ada yang bermakna Harry juga masih hidup kerana darahnya telah digunakan untuk membangkitkan semula Voldemort.

Harry kembali sedarkan diri, namun beliau telah berpura-pura mati. Voldemort mengarahkan Hagrid untuk mengangkat Harry ke Hogwarts sebagai satu trofi. Apabila Neville Longbottom menentang Voldemort, Topi Pengisih yang berada di atas kepalanya terbakar; yang menyebabkan beliau berjaya menarik keluar pedang Gryffindor dari topi tersebut lalu berjaya memenggal Nagini yang juga salah satu Horcux yang terakhir. Mengetahui bahawa dirinya merupakan tuan sebenar kepada Tongkat Elder, Harry mencabar Voldemort. Hal ini kerana, ketika Draco Malfoy melucutkan tongkat sakti milik Dumbledore dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan ini telah menjadikan draco sebagai tuan kepada Tongkat Elder. Namun, apabila Harry telah merampas tongkat sakti Malfoy, beliau secara tidak sengaja telah menjadi tuan kepada Tongkat Elder; Harry berjaya mendapatkan kesetiaan tongkat sakti tersebut apabila beliau berjaya menangkap tongkat sakti milik Draco. Voldemort menghasilkan Sumpahan Pembunuh ketika Harry melancarkan Sihir Expelliarmus, namun Tongkat Elder tersebut membalikkan semula sumpahan tersebut kepada Voldemort lalu membunuhnya.

Antara mereka yang terbunuh dalam peperangan ini ialah Fred Weasley, Remus Lupin, Nymphadora Tonks, Colin Creevey dan Bellatrix Lestrange. Harry memberitahu kepada potret Dumbledore yang beliau akan menyimpan Jubah Halimunan, tetapi Batu Kebangkitan kekal hilang dalam hutan sementara Tongkat Elder akan dipulangkan semula kepada makam Dumbledore di mana kuasanya akan terhapus jika Harry mati tanpa ditewaskan. Dumbledore mempersetujuinya. Sebelum memulangkan Tongkat Elder tersebut, beliau menggunakannya untuk membaiki tongkat sakti miliknya sendiri.

Epilog

19 tahun kemudian, Harry dan Ginny Weasley telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak iaitu : James, Albus Severus, dan Lily. Ron dan Hermione juga telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak iaitu Rose dan Hugo. Keluarga-keluarga tersebut telah bertemu di Stesen King's Cross , di mana Albus yang gemuruh sedang bertolak ke Hogwarts sebagai pelajar tahun pertama. Anak angkat Harry, Teddy Lupin yang berusia 19 tahun, telah ditemui mencium Victoire Weasley (Anak perempuan Bill dan Fleur) di dalam gerabak keretapi. Teddy amat rapat dengan keluarga Potter , dengan Harry pernah berkata, "Beliau telahpun datang menghadiri makan malam empat kali seminggu." Harry ternampak Draco Malfoy dan isterinya dengan anak lelakinya Scorpius; Malfoy mengakui Harry dengan anggukan yang ringkas tetapi kasar sebelum berlalu pergi. Harry menenangkan Albus, yang ketakutan jika beliau dikisihkan ke Slytherin , dengan meberitahunya bahawa nama asal beliau berasal daripada Severus Snape , dan merupakan seorang ahli kumpulan Slytherin dan merupakan lelaki yang paling berani pernah beliau temui. Harry juga menambah bahawa Topi Pengisih turut mengisih seseorang ke kumpulan rumah yang disukai pelajar tersebut. Neville Longbottom kini merupakan profesor Herbologi Hogwarts dan merupakan kawan rapat Harry. Buku itu disudahkan dengan : The scar had not pained Harry for nineteen years. All was well. yang bermaksud "Parut tersebut tidak lagi pernah menyakiti Harry selama 19 tahun.Semua berada di dalam keadaan baik." Namun Harry sentiasa mengingati kejadian demi kejadian berkaitan dengan parutnya itu.

Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:


Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan

Setelah Voldemort dan para Death Eaternya mencetuskan kekecohan di seluruh Britain, Menteri Sihir, Cornelius Fudge terpaksa meletakkan jawatan beliau berikutan bantahan orang ramai terhadap kecuaian beliau dalam menguruskan situasi. Sebelum beliau meninggalkan pejabatnya, beliau telah melawat Perdana Menteri Britain yang merupakan seorang Muggle untuk memberi amaran bahawa kekecohan yang berlaku di dunia sihir akan memberi kesan juga kepada dunia Muggle dan keadaan semakin meruncing bagi Kementerian Sihir buat masa sekarang. Perdana Menteri itu kemudiannya dikenalkan dengan pengganti Menteri Sihir yang baru yang akan mengantikan Cornelius Fudge, iaitu Rufus Scrimgeour. Manakala di rumah Severus Snape di Hujung Spinner pula, Snape telah membuat Ikrar Tak Terlerai dengan ibu Draco Malfoy, Narcissa Malfoy. Sungguhpun adik Narcissa, Bellatrix Lestrange tidak mempercayai Snape, namun Snape tetat bertegas yang beliau akan terus melindungi Draco semasa Draco cuba melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh Voldemort dan beliau sendiri akan menamatkan tugasan itu andainya Draco gagal melaksanakannya.

Semasa musim panas, Albus Dumbledore telah menugaskan Harry (tanpa diketahui oleh Harry) untuk memujuk Profesor Horace Slughorn, seorang guru yang telah bersara untuk menyambung semula kerjaya beliau di Hogwarts. Harry kemudiannya menghabiskan musim cutinya di The Burrow bersama keluarga Weasley dan Hermione. Di sini, Harry telah mendapat tahu bahawa Bill Weasley telah bertunang dengan gadis pilihanya (malangnya bukanlah gadis kegemaran keluarga Weasley terutamanya bagi Puan Weasley dan Ginny) iaitu Fleur Delacour. Harry, Ron dan Hermione pula telah menerima keputusan P.S.B mereka. Untuk menjadi seorang Auror, Harry dan Ron perlu mengambil subjek Posyen untuk meneruskan pengajian mereka ke tahap U.S.S.M. Walauu bagaimanapun, keputusan mereka itu tidak mencapai tahap yang diperlukan oleh guru posyen mereka iaitu Profeor Severus Snape yang sekaligus membantutkan cita-cita mereka. Walau bagaimanapun, Harry amat teruja apabila mendapat tahu bahawa hanya beliau sahaja yang menerima gred 'Cemerlang' bagi subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam jika dibandingkan dengan Ron dan Hermione. Di Diagon Alley, ketiga-tiga sahabat itu telah menjumpai Draco lalu mengekori beliau. Mereka kemudiannya mendapati Draco telah mengunggut Encik Borgin, pengurus kedai Borgin dan Burkes untuk membaiki satu objek dan menyimpan yang satu lagi. Di sini, Harry mula membuat andaian bahawa Draco telah menjadi seorang Death Eater.

Di Hogwarts

Bermulanya sesi persekolahan, Snape tanpa disangka-sangka telah diumumkan menjadi guru baru bagi subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam sementara Slughorn pula akan menggantikan posisi Snape sebagai guru posyen yang baru. Slughorn hanya memerlukan para pelajarnya untuk mendapat gred minimum 'Melebihi Jangkaan' bagi P.S.B mereka sahaja untuk diterima masuk ke kelas beliau andaikata mereka ingin meneruskan subjek ini ke peringkat U.S.S.M yang membolehkan Harry dan Ron boleh meneruskan cita-cita mereka untuk menjadi seorang Auror. Slughorn telah meminjamkan salinan buku posyen lama kepada Harry dan Ron kerana mereka masih belum mempunyai buku yang baru. Buku yang diterima Harry mempunyai coretan di bahagian bawah kulit buku ini iaitu "Buku Ini Hak Milik Putera Berdarah Kacukan". Pemilik buku ini yang berbakat telah membantu Harry untuk menjadi pelajar yang terbaik di dalam kelas posyen mereka, namun identiti "Putera Berdarah Kacukan" masih belum diketahui. Sebagai hadiah kerana persembahan Harry yang menakjubkan dalam kelas Posyen, Slughorn telah menghadiahkan beliau sebotol kecil Felix Felicis, iaitu posyen bernasib baik.

Serangan Death Eater masih berterusan sepanjang tahun itu dan berkemungkinan mempunyai kaitan dengan Hogwarts. Semasa lawatan pertama ke Hogsmeade bagi tahun itu, Katie Bell, seorang pelajar Gryffindor telah mendapt kecederaan yang teruk akibat membawa sebuah rantai baiduri yang disumpah semasa beliau dikenakan dengan Sumpahan Imeperius. Di dalam kejadian lain, Ron secara tidak sengaja telah terminum mead beracun yang sebenarnya ditujukan kepada Dumbledore. Harry telah membantu memulihkan Ron dengan memasukkan Bezoar ke anak tekak Ron. Sementara itu Hermione pula telah bergaduh dengan Ron kerana Ron telah mendapat tahu bahawa Hermione pernah bercium bersama Viktor Krum dua tahun sebelum itu apabila adiknya Ginny telah memecahkan rahsia itu. Hal ini menyebabkan Ron secara sengaja keluar berpacaran dengan Lavender Brown dengan tujuan untu menyakitkan hati Hermione. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berbaik-baik semula yang lantas menyebabkan Ron memutuskan perhubungannya dengan Lavender. Harry pula kini sedar akan perasaanya terhadap Ginny sungguhpun ketika itu Ginny sedang berpacaran bersama Dean Thomas.

Horcrux

Dumbledore telah memberi pengajaran secara peribadi kepada Harry dengan menggunakan Pensieve nya untuk menunjukkan koleksi ingatan beliau tentang zaman lampau Voldemort. Dumbledore telah membuat spekulasi yang Voldemort telah memisahkan jiwanya kepada enam dan telah membuat enam Horcrux dan telah meninggalkan pisahan jiwanya yang ketujuh di dalam badannya. Dua Horcrux telah dimusnahkan iaitu Diari Tom Riddle[HP2] oleh Harry sendiri dan Cincin Marvolo Gaunt[HP6] oleh Dumbledore.

Apabila Harry bertemu dengan Malfoy yang sedang menangis di dalam bilik air Myrtle Mengerang, mereka telah melancarkan sihir terhadap lawan masing-masing. Harry telah menggunakan sihir Sectumsempra yang telah menyebabkan luka yang dahsyat terhadap Malfoy. Snapa tiba dan telah menyelamatkan Malfoy. Beliau cuba untuk merampas buku posyen lanjutannya dari Harry, tetapi Harry telah menyerahkan salinan buku yang tertulis "Roonil Wazlib" (milik Ron). Harry telah menerima kelas tahanan yang menyebabkan beliau terlepas pertandingan akhir Quidditch. Walau bagaimanapun, pasukan Gryffindor tetap menang pertandingan itu dan semasa meraikan kemenangan itu, perasaan terpendam terhadap Ginny telah didedahkan secara tidak sengaja apabila Harry telah mencium Ginny. Perbuatan ini telah menyebabkan Ginny putus dengan Dean dan mula berpacaran bersama Harry pula.

Harry telah melaporkan perbuatan Malfoy yang mencurigakan kepada Dumbledore yang kelihatan acuh tak acuh dengan perkara ini. Dumbledore telah meyakinkan Harry bahawa beliau memang percaya akan Snape. Tidak lama selepas itu, Harry telah mendapat tahu dari Profesor Trelawney bahawa Snape ialah orang yan bertanggungjawab mendedahkan ramalan Profesor Trelawney kepada Voldemort yang telah menyebabkan kematian ibubapa Harry. Sementara itu, Dumbledore telah dapat mengesan satu lagi Horcux Voldemort dan telah meminta Harry untuk menemankan beliau. Disebabkan ketidakpercayaanya yang menebal terhadap Snape dan Malfoy, Harry telah meninta para sahabatnya Ron, Hermione, Luna, Neville dan Ginny untuk mengawal sekitar dewan sementara beliau pergi menemankan Dumbledore dan Harry telah menyerahkan baki posyen Felix Felicis kepada Ron dan Hermione. Harry dan Dumbledore kemudiannya Ghaib ke sebuah gua rahsia. Mereka berjaya mendapatkan Horcux tersebut (loket Salazar Slytherin). Dumbledore walau bagaimanapun berada dalam keadaan yang amat lemah akibat meminum posyen misteri yang beliau terpaksa minum demi mendapatkan loket tersebut.

Pertarungan di Menara Astronomi

Kembali ke Hogsmeade, Harry dan Dumbledore telah terlihat Tanda Kuasa Jahat yang bergentayangan di langit Hogwarts. Mereka kembali ke Menara Astronomi dengan menggunakan penyapu terbang yang dipinjam daripada Puan Rosmerta. Walau bagaiamanapun mereka telah diserang oleh Draco Malfoy. Dumbledore melumpuhkan Harry yang ketika itu berada di bawah Jubah Halimunan nya, betul-betul sebelum Draco melucutkan tongkat sakti Dumbledore. Draco telah mengaku bahawa beliaulah yang bertanggungjawab terhadap serangan terhadap sekolah itu dan telah membantu menyeludup masuk para Death Eater melalui Kabinet Menghilang, walaupun Dumbledore tahu bahawa Voldemort berjaya mempergunakan budak lelaki yang ketakutan itu.

Sedang beberapa ahli Kumpulan Phoenix dan Tentera Dumbledore bertarung dengan pengikut Voldemort di kawasan istana, Death Eater muncul di menara dan telah memaksa Draco untuk melaksanakan tugasannya untuk membunuh Dumbledore, tetapi Draco kelihatan teragak-agak untuk menjalankannya. Snape tiba dan melihatkan keadaan Dumbledore yang sedia lemah dan tidak bersenjata, beliau lalu melancarkan Sumpahan Avada Kedavra tepat ke dada lelaki tua itu lalu membunuhnya di situ juga. Selepas Dumbledore menghembuskan nafasnya yang terakhir, ikatan sihir yang membelenggu Harry terlerai. Kemudiannya Harry telah mengejar Snape dan Malfoy yang cuba untuk Ghaib selepas mereka melepasi dataran Hogwarts. Malfoy berjaya melarikan diri sementara Snape bertarung dengan Harry. Semasa pertarungan itu, Snape telah mendedahkan bahawa beliaulah Putera Berdarah Kacukan yang sebenar. Pertarungan itu akhirnya dileraikan apabila Buckbeak mula masuk campur. Snape akhirnya Ghaib dan berjaya meloloskan diri. Harry menngambil semula loket yang berada di mayat Dumbledore, hanya untuk mengetahui bahawa loket itu adalah Horcux yang palsu. Di dalam loket itu terdapat satu nota yang telah ditulis oleh seorang dengan parap R.A.B yang mengaku bahawa beliaulah yang telah mencuri Horcrux yang sebenar.

Musim persekolahan telah diberhentikan dengan serta-merta dengan pengebumian Dumbledore. Profesor McGonagall telah dilantik sebagai Pengetua Hogwarts manakala Profesor Slughorn mengantikan Snapoe sebagai ketua pasukan Rumah Slytherin. Hogwarts telah dikhabar anginkan bahawa ia akan ditutup disebabkan kematian Dumbledore. Harry telah membuat keputusan bahawa beliau akan meninggalkan sekolah dan pergi mengembara untuk mencari saki-baki Horcrux yang tinggal. Ron dan Hermione telah berikrar bahawa mereka akan tetap terus membantu Harry sementara Harry pula telah memutuskan hubungannya dengan Ginny demi melindungi Ginny dari Voldemort. Buku ini ditamatkan dengan Harry yang berharap beliau dapat menghadiri majlis perkahwinan Bill dan Fleur yang bakal dilangsungkan.

Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:

Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix

Kisah bermula dengan Harry di rumah keluarga Dursley ketika cuti musim panas. Harry kini tidak tenang memandangkan Voldemort telah muncul kembali tetapi tiada sebarang beritapun mengenainya mahupun apa-apa perlakuan jahat Death Eater. Hal tersebut membuatkan Harry sanggup dimarah ibu bapa saudaranya keran mencuri dengar berita Muggle yang menimbulkan syak wasangka mereka. Bunyi letusan membuatkan Harry tertangkap sekali lagi dan dia melarikan diri lalu menemui Dudley Dursley. Harry meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan mencabar dan mengejek Dudley tanpa disedari dua Dementor muncul dan menyerang mereka. Harry terpaksa menyelamatkan keadaan dan jiwa Dudley lalu melakukan Patronus yang kemudian dilihat oleh Puan Figg, seorang squib dan merupakan ahli Kumpulan Phoenix.

Puan Figg membantu Harry membawa Dudley pulang. Di rumah, Dudley menuduh Harry melakukan sihir ke atasnya yang membuatkan Harry terpaksa berterus terang ketika rumah tersebut di serang oleh beberapa ekor burung hantu membawa surat untuk Harry daripada bapa angkatnya, Sirius, Arthur Weasley dan surat amaran daripada Kementerian Sihir. Keluarga Dursley hampir menghalaunya keluar hinggalah Petunia memperolah sepucuk Howler yang mengingatkan Petunia akan sesuatu.

Pada suatu malam, keluarga Dursley keluar dari rumah dan meninggalkan Harry keseorangan. Dalam kesunyian malam, Harry menerima kunjungan daripada beberapa orang ahli sihir yang sebahagian daripada mereka dikenali Harry seperti Profesor Lupin dan 'Profesor' Moody. Turut berkenalan dengannya ahli sihir yang baru dijumpanya seperti Nymphadora Tonks dan Kingsley Shacklebolt. Mereka akan membantu Harry keluar dari rumah tersebut ke tempat lain yang masih tidak diketahui Harry lagi. Mereka menyuruh Harry menaiki penyapu bersama mereka dengan kawalan yang ketat memandangkan Harry tidak boleh melakukan Penjelmaan. Harry dibawa ke sebuah rumah yang terletak di London. Harry tiba di sebuah tempat yang diberitahu sebagai markas Kumpulan Phoenix. Dia terkejut kerana menemui Hermione dan Ron serta burungnya, Hedwig, di sana. Harry melepaskan geram yang dipendam kepada Hermione dan Ron kerana terpaksa berkurung dan berhadapan dengan banyak masalah di rumah keluarga Dursley sedangkan Hermione dan Ron bersama-sama dengan ahli keluarga Weasley lain berada di situ (dan mungkin mengetahui banyak perkara yang Harry sendiri tidak tahu). Ketika itu juga Harry mengetahui banyak perkara yang berlaku dalam masyarakat sihir yang selama ini beliau tak pernah terfikir untuk ambil tahu iaitu dia dan Profesor Dumbledore telah dibenci oleh kebanyakan ahli sihir akibat propaganda yang dibuuat oleh Kementerian Sihir. Kemunculan Fred, George dan Ginny mengurangkan ketegangan keadaan dan mereka berbincang tentang rahsia yang mungkin dijalankan oleh Kumpulan Phoenix itu sendiri.

Setelah selesai mesyuarat Kumpulan Phoenix, Harry mendapati ramai ahli sihir yang menyertai dan kebanyakannya dikenali Harry seperti ibu bapa Ron dan Sirius sendiri. Harry mengetahui yang rumah tersebut adalah rumah pusaka keluarga Black yang mengikut warisan, kini dimiliki oleh Sirius. Sirius sendiri yang sudi menyerahkan rumahnya untuk dijadikan markas Kumpulan Phoenix memandangkan dia tidak mahu berasa sunyi dan keseorangan. Di dalam rumah tersebut, turut ada elf rumah milik orang tua Sirius bernama Kreacher.

Setelah berjumpa dengan semua yang ada di rumah itu, Harry mendesak semua orang untuk memberitahu keadaan sebenar setelah Sirius kagum yang Harry tidak bertanya kepada mereka tentang Voldemort. Molly tidak senang akan hal tersebut lalu menimbulkan pertengkaran antara Molly dan Sirius. Remus menenangkan keadaan dan bersetuju untuk menerangkan kepada Harry perkara yang patut sahaja. Hal yang diceritakan di meja makan masih dibualkan oleh Harry, Ron, Fred dan George sebelum mereka masuk tidur. Keesokan harinya, mereka yang tinggal di rumah itu (keluarga Weasley, Harry, Hermione dan Sirius) bersama-sama mengemas rumah tersebut agar lebih selamat dan sesuai untuk didiami manusia. Ketika mengemas, Sirius menunjukkan Harry salasilah keluarga Black yang tertera di atas sehelai kain dewangga.

Malam tersebut, keseronokan Harry pudar akibat perbicaraan yang telah ditetapkan untuknya bagi kes melakukan sihir Patronus tempoh hari. Harry tidak berasa sedap hati tentang hal tersebut dan berharap yang semuanya akan selamat dengan cepat.

Pagi tersebut, Harry bangun awal dan diiringi Arthur Weasley ke Kementerian Sihir sebelum ke perbicaraan tersebut. Harry bersama-sama Arthur menaiki kereta api bawah tanah London dan menggunakan pondok telefon sebelum memasuki ke premis kementerian tersebut. Di kementerian, Harry mengikut Arthur ke pejabatnya dahulu tetapi kemudian diberitahu yang perbicaraan telah diawalkan.

Pada sidang tersebut, Harry ditempatkan pada sebuah kursi yang berantai, yang dahuulu pernah dilihatnya rantai-rantai tersebut mengikat tangan Barty Crouch Jr. sewaktu berada di dalam pensieve Dumbledore. Setelah beberapa lama perbicaraan dimulakan dan ternyata yang mendampinginya dalam sidang itu adalah Dumbledore sendiri, namun ia akhirnya kecewa kerana Dumbledore tidak sedikitpun melihat wajahnya bahkan langsung tidak berbicara padanya. Dalam sidang itu, dihadirkan saksi iaitu Arabella Figg yang merupakan seorang Squib yang memberi kesaksian bahawa dia juga melihat Dementor dan Harry yang mengusir Dementor dengan menggunakan mantera Patronus untuk menyelamatkan nyawanya dan nyawa Dudley Dursley.

Selanjutnya, Harry masih berasa kecewa kerana Dumbledore tetap tidak mahu menatapnya dan bercakap dengan setelah tamat perbicaraan walaupun sekedar mengucapkan selamat padanya. Akhirnya, Harry pun keluar dari bilik perbicaraan.

Di luar, Arthur Weasley menunggunya dan setelah mengetahui bahawa Harry bebas dari segala tuduhan, dia turut gembira. Dalam kegembiraannya itu, dia melihat Lucius Malfoy bersama dengan Cornelius Fudge yang ternyata mereka memiliki janji untuk membicarakan sesuatu yang Harry tidak ketahui. Setibanya di Grimmauld Place, Puan Weasley, Ron, Hermione, Fred, George, dan Ginny menyambutnya dengan gembira setelah mengetahui bahawa Harry bebas.

Perubahan di Hogwarts

Keputusan yang Harry telah bebas daripada sebarang tuduhan membawa kegembiraan kepada seluruh isi rumah Nombor 12, Grimmauld Place. Walau bagaimanapun, Harry berasa tawar hati apabila melihat rakannya, Hermione dan Ron dilantik menjadi pengawas dan bukan dirinya. Jamuan meraikan perlantikan malam itu memberi peluang untuk Mad-Eye menunjukkan kepada Harry gambar ahli Kumpulan Phoenix yang dahulu serta ibu bapa mereka. Selepas itu, ketika Harry pulang ke biliknya, dia terserempak dengan Puan Weasley yang teresak-esak berhadapan dengan boggart yang kemudiannya diselesaikan oleh Lupin.

Harry dan yang lain bersiap untuk ke sekolah sambil diiringi ahli-ahli Kumpulan Phoenix. Sirius berdegil untuk turut menghantar sama ke Stesen King's Cross yang memungkinkan dirinya terancam atau dilihat ahli sihir lain. Dalam Ekspres Hogwarts, Harry berpecah dengan Ron dan Hermione yang terpaksa menjalankan tugas sebagai pengawas dan duduk segerabak dengan Neville, Ginny dan kawan Ginny daripada Ravenclaw iaitu Luna Lovegood.

Setiba Harry di Hogwarts, Harry terlihat haiwan pelik yang membawa pedati mereka yang tidak pernah dilihatnya sebelum itu bahkan dia berasa pelik kerana Ron tidak dapat melihatnya. Kemudian, Luna mencelah yang dia turut dapat melihatnya walaupun Harry tidak yakin degan jawapan Luna.

Jamuan kali ini, Harry terkejut yang Dolores Umbridge, salah seorang panel juri ketika perbicaraannya turut berada di meja guru. Kemudian, diketahui yang dia akan mengajar Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Lagu Topi pengisih kali ini pula lebih panjang yang berunsurkan sejarah, nasihat serta amaran yang Hermione rasakan ada makna di sebaliknya. Begitu juga ucapan alu-aluan Umbrdge yang panjang dan membosankan, Hermione turut mengetahui apa isi kandungan sebenar dalam ucapan itu.

Di asrama Gryffindor, berlaku pertelingkahan antara Harry dan Seamus Finnigan tentang pengakuan Harry dan Dumbledore tentang kebangkitan semula Lord Voldemort.

Kelas bermula bagi penggal baru. Harry dan rakan-rakannya mula berasa cemas akan tahun yang mereka bakal hadapi peperiksaan penting iaitu P.S.B. Kelas bersama Profesor Snape tidak menggembirakan manakala kelas Peramalan oleh profesor Trelawney masih membosankan. Berbeza kali ini untuk kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam dengan Umbridge, suasana dirasakan amatlah tegang. Berbeza dengan tahun yang sudah, pembelajaran secara amali tidak digunapakai tetapi pembelajaran yang ditekankan hanyalah teori. Harry menegaskan kepentingan latihan amali dalam subjek tersebut tetapi dibantah Umridge sehingga Harry membidas kembali bahaya yang wujud kini apabila Voldemort bangkit. Umbridge sedaa-upaya menafikannya dan kedegilan Harry membawanya kepada tahanan.

Fred dan George Weasley masih mengeksperimenkan sesetengah barang leluconnya sambil memajukan dan menjual barang yang lain. Keadaan ini tidak menyenangkan Hermione yang turut sama menarik Ron untuk menyelesaikan masalah ini. Angelina Johnson yang merupakan kapten Quidditch Gryffindor untuk tahun ini memberitahu Harry tentang sesi latihan mereka yang bakal berlangsung tetapi berselisih dengan waktu tahanan dengan Profesor Umbridge. Umbridge mengegaskan yang tahanan adalah suatu perkara yang bukan untuk dibuat tolak ansur. Kemudian, tahanan Harry amat memeritkan apabila dia terpaksa menulis suatu penafian tetapi dengan darahnya.

Pemberontakan Tentera Dumbledore

Harry mengirimkan surat kepada Sirius tentang apa yang berlaku pada dirinya. Ketika hendak mengirimnya, Harry terserempak dengan Cho Chang yang kemudiannya Cho membantu Harry dari ditangkap Filch yang mengesyaki Harry menghantar Bom Tahi.

Harry, Hermione dan Ron membaca berita yang kedatangan Sirius ketika di Platform ¾ dikesan oleh ahli sihir yang disyakinya Lucius Malfoy. Mereka turut membaca berita tentang pencerobohan di Kementerian Sihir oleh ahli Kumpulan Phoenix. Latihan Quidditch bersama Ron juga tidak berapa menyenangkan apabila terlalu banyak kesilapan dilakukan Ron. Ron kemudiannya menerima sepucuk surat daripada abangnya, Percy yang menghasut Ron agar meninggalkan Harry. Sirius kemudiannya berhubung dengan Harry di melalui tempat perapian.

Hogwarts dikejutkan oleh perlantikan Dolores Umbridge sebagai Pegawai Penyoal Siasat Tetinggi Hogwarts yang pertama dalam sejarah. Perlantikan ini memberikannya kuasa yang tidak terdapat pada guru-guru lain dan dia kini boleh menggubal Dekri Pendidikan serta memeriksa tahap pencapaian guru-guru. Pemeriksaan yang dijalankan oleh Umbridge ke atas guru-guru lain tidak menyenangkan bagi semua guru. Walau bagaimanapun, ia menarik minat pelajar apabila guru mereka (terutama guru yang tidak disukai) dinilai oleh orang yang juga tidak disukai mereka.

Pembelajaran Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam secara teori tidak berapa memuaskan hati pelajar terutama Hermione dan dicadangkannya agar mereka belajar sendiri latihan praktikal subjek tersebut di kalangan mereka dan terutama diajar oleh Harry sendiri memandangkan dia paling berpengalaman dalam bidang itu.

Ketika hujung minggu di Hogsmeade, Hermione mengajak Harry dan Ron ke bar Hog's Head untuk membincangkan apa yang dicadangkan Hermione sebelum itu. Hermione memberitahu yang dia ingin menjadikan tempat itu sebagai tempat perjumpaan pertama bagi beberapa orang pelajar yang ingin turut serta memperlajari subjek itu bersama mereka. Tetapi, kemudiannya, beberapa orang pelajar itu menjadi ramai dan Harry mula tidak berapa yakin dengan cadangan Hermione. Perbincangan bermula dan mereka bermesyuarat akan kumpulan yang ingin ditubuhkan mereka dengan beberapa perlantikan dan cadangan.

Beberapa hari sekembalinya mereka dari perjumpaan itu, Dekri Pendidikan baru telah dikeluarkan oleh Umbridge yang mengharamkan semua persatuan dan perjumpaan berkumpulan yang kerap tanpa kebenarannya. Hal ini memberi petunjuk yang seolah-olah Umbridge tahu perjumpaan mereka di Hog's Head tempoh hari. Semua persatuan dan pasukan terpaksa didaftarkan semula kepada Umbridge.

Harry dan sahabat berduanya itu kemudian berhubung dengan Sirius dan bercerita tentang keputusan mereka yang ingin menubuhkan kumpulan rahsia. Sedang mereka berbual melalui perapian, perbualan mereka disekat oleh Umbridge.

Disebabkan kini, sebarang perjumpaan berkumpulan pelajar diharamkan, Harry mendapat kesukaran untuk mencari tempat bagi mereka berkumpul dan berlatih. Mujurlah Dobby, pari-pari rumah yang bekerja di Hogwarts tahu tempat yang sesuai untuk itu. Dobby menyarankan agar Bilik Keperluan digunakan.

Harry menurut cadangan Dobby dan ternyata Bilik Keperluan itu amat sesuai dengan tersedianya segala kemudahan bagi kegunaan mereka. Pelajar yang lainnya tiba kemudian dan sebelum mereka memulakan sebarang latihan, Hermione meminta agar diusulkan satu nama untuk kumpulan mereka. Pelbagai nama yang muncul dan akhirnya, cadangan Ginny telah diterima. Kumpulan itu kini dinamakan "Tentera Dumbledore".

Harry kini merasakan yang dia dan kumpulan TD-nya sedang menentang Umbridge dan dia berasa amat kagum. Perlawanan Quidditch antara pasukan Gryffindor dan Slytherin tiba. Keadaan sangat tidak pasti sama ada Gryffindor mampu atau tidak mengalahkan pasukan Slytherin terutama dengan Keeper baru mereka iaitu Ron Weasley. Keadaan diterukkan lagi dengan pelajar Slytherin menyanyikan lagu untuk menjatuhkan semangat Ron sehingga dia tidak yakin untuk menangkap bola Quaffle.

Walau bagaimanapun, kemenangan Gryffindor kemudiannya tidak menyenangkan Harry apabila dia dan George digantung daripada bermain Quidditch selama-lamanya. Penyapu mereka turut disita dan ini amat mengejutkan seluruh ahli Gryffindor termasuk Profesor McGonagall. Segala kegeraman Harry terhenti buat seketika apabila mereka mengetahui yang Hagrid sudah pulang.

Kepulangan Hagrid amat mengejutkan Harry Potter, Hermione dan Ron apabila mereka mendapati yang Hagrid mendapat kecederaan yang teruk sepanjang pemergiannya. Mereka meminta Hagrid menceritakan ke mana dia pergi. Pada mulanya Hagrid enggan tetapi apabila dia ketahui yang Harry telah diserang Dementor dan nyaris dibuang sekolah, dia terpaksa bercerita kerana berminat untuk bertukar cerita tentang Harry kemudiannya. Hagrid kemudiannya menceritakan kisahnya menemui kumpulan gergasi di kawasan pedalaman pergunungan bersama Olympe Maxime atas arahan Albus Dumbledore. Mereka kemudian terganggu dengan kehadiran Umbridge di pondok Hagrid yang menunjukkan sudah sampai waktu untuk mereka pulang ke asrama.

Kelas Hagrid akhirnya bermula tetapi Hermione tidak yakin kerana didapatinya yang Umbridge bakal menyingkirkannya juga daripada sekolah kerana dia merupakan separa manusia (yang dibenci Umbridge) dan sekutu rapat Dumbledore. Kelas pertamanya setelah pulang ialah tentang "Thestral" yang juga haiwan yang dilihat Harry membawa pedati mereka ketika bermulanya penggal sekolah tempoh hari. Seperti diagak, Umbridge datang untuk menilai pengajaran Hagrid yang dirasakan Umbridge sangat tidak sesuai dan menakutkan pelajar (alasan Umbridge).

Krismas yang sugul

Krismas bakal menjelang dan Harry sekali lagi berjumpa denga Cho. Cuma pada kali ini, Cho mencium Harry yang dirasakan Harry, tidak seperti apa yang diagaknya, kerana Cho sedang menangisi seseorang. Harry masih terfikirkannya sehingga termimpi dan dalam tidurnya itu, mimpinya bertukar. Dia merasakan dirinya seekor ular dan menyerang Arthur Weasley. Harry tersedar dan menyedari keadaan kini bahaya kerana dirasakan apa yang dilihatnya di dalam tidur itu suatu kenyataan. McGonagall muncul dan mencadangkan untuk membawa Harry berjumpa pengetua.

Profesor McGonagall membawa Harry dan adik-beradik untuk berjumpa dengan Dumbledore. Dumbledore masih lagi tidak memandang kepada Harry selepas mendengar penjelasan Harry dan menyuruh pengetua di potret untuk membuktikan kebenaran. Encik Weasley dikenalpasti dipatuk ular dan akan dihantar ke hospital. Dumbledore menghantar Harry dan adik-beradik Weasley ke rumah lama keluarga Black dengan Kunci Gerbang dan sebelum Harry meninggal, Dumbledore merenung kepadanya dan Harry tiba-tiba mempunyai perasaan benci terhadap Dumbledore dan ingin menyerang dan mematuknya. Selepas sampai ke rumah lama keluarga Black, Sirius menghalau Kreacher keluar dari dapur bawah tanah. Encik Weasley terselamat dari maut. Harry mnemberitahu Sirius tentang perasaan bencinya terhadap Dumbledore tetapi Sirius menenangnya. Mereka melawat Encik Weasley pada tengah hari. Ketika melawat Encik Weasley, Puan Weasley tidak membenarkan Fred dan George menanya kepada Encik Weasley tentang peristiwa dipatuk ular. Mereka menggunakan Telinga Panjang untuk mencuri dengar perbualan antara Encik dan Puan Weasley dengan Moody dan Tonks. Moody menyatakan bahawa Harry kemungkinan dikuasai oleh Voldemort.

Selepas balik ke rumah lama keluarga Black, Harry mengurung diri dalam bilik. Dia menyimpulkan bahawa dialah merupakan sejata Voldemort seperti yang dikatakan oleh ahli Kumpulan phoenix. Harry mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat tersebut dan balik ke Privet Drive kerana bimbang rahsia kumpulan phoenix akan diketahui oleh Voldemort. Walau bagaimanapun. kemunculan Phineas dalam potret membawa pesanan Dumbledore yang menyuruh Harry berada di tempat itu. Harry terus msembunyikan diri sehingga hari kedua. Hermione sampai ke rumah lama keluarga Black dan menasihat Harry untuk bercakap dengan mereka lagi. Ginny memberitahu Harry bahawa dia tidak dikuasai oleh Voldemort kerana seseorang yang dikuasai tidak dapat mengingati apa-apa yang sudah dibuat olehnya tetapi keadaan Harry bukan demikian. Mereka menghiasi rumah tersebut kerana menjelang Hari Krismas. Ketika mereka melawat Encik Weasley, Puan Weasley marah dengan Encik Weasley yang main-main dengan mencubai rawatan Muggle. Dengan segera Harry, Ron, Hermione dan Ginny meninggalkan wad Encik Weasley dan terjumpa dengan Gilderoy Lockhart di wad tertutup. Mereka juga terserempak dengan Neville dan neneknya yang melawat ibu bapa Neville yang sudah gila akibat didera oleh Bellatrix Lestrange. Apabila Harry pulang, Severus Snape mengajar Harry subjek Oklumensi atas arahan Dumbledore untuk menutup mindanya dari pencerobohan, tetapi kebencian antara satu sama lain menyebabkan pelajaran itu terhenti separuh jalan. Dalam pembelajaran itu juga, Harry secara tidak sengaja telah melihat ingatan Snape ketika zaman persekolahannya dan terkejut melihat bapanya James Potter membuli Snape dan bertindak angkuh seperti yang dikatakan selalui oleh Snape.

Pertarungan di Jabatan Misteri

Ketika pertengahan peperiksaan P.S.B. kertas akhir, Harry mendapat satu bayangan yang menunjukkan Sirius disiksa di Jabatan Misteri, walaupun Hermione mengesyaki bahawa ia satu perangkap. Harry, dengan bantuan rakan-rakan dari Tentera Dumbledore, cuba untuk menghubungi Sirius di Grimmauld Place melalui Rangkaian Floo di perapian pejabat Umbridge, tetapi dia ditangkap. Mempercayai yang Harry ingin menghubungi Dumbledore yang ketika ini dalam persembunyian, Umbridge menyoal Harry, yang bersumpah tidak mengetahui di mana Dumbledore berada. Umbridge memanggil Snape untuk membawa serum kebenaran, tetapi Snape mengatakan dia kehabisannya. Sebelum dia beredar, Harry dengan terdesak memberitahu kata rahsia kepadanya tentang bayangan Sirius.

Harry Potter dalam Piala Api

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:

Harry Potter dalam Piala Api


Buku ini dimulakan dengan kisah pembunuhan misteri keluarga Riddle yang berlaku di Little Hangleton. Penduduk kampung berhampiran mengatakan suspek utama pembunuhan ialah pekebun bagi keluarga itu iaitu Frank Bryce kerana amat pembunuhan tersebut amat mencurigakan dan begitu juga identiti Frank. Bab ini memaparkan babak Lord Voldemort bersama-sama Peter Pettigrew/Wormtail dan Nagini merancang suatu yang buruk. Frank Bryce menerima padah kerana mengintip perbualan mereka.

Harry mengalami mimpi buruk di pertengahan musim panas dan parutnya menjadi semakin sakit. Dia ingin memberitahu seseorang mengenainya tetapi dia tidak memikirkan Ron atau Hermione sebagai orang yang sesuai. Dia juga tidak merasakan Profesor Dumbledore juga perlu diganggu hanya kerana hal yang temeh ini. Kini terlintas di fikirannya hanya seorang yang sesuai iaitu bapa angkatnya, Sirius Black.

Kemudian, Puan Weasley menghantar surat untuk memberitahu Keluarga Dursley yang mereka akan datang menjemput Harry di rumah mereka. Ron memberitahu yang bapanya sudah mendapatkan tiket ke Piala Dunia. Maka, Keluarga Weasley akan menjemput Harry untuk ke Piala Dunia seperti yang dijanjikan. Walau bagaimanapun, ia turut merisaukan Harry walaupun dia gembira untuk keluar dari rumah itu kerana keluarga Weasley belum pernah berjumpa keluarga Dursley.

Maka, adik-beradik Weasley, Ron, Fred dan George serta bapa mereka menjemput Harry ke rumah mereka di Burrow. Hal ini tidak disukai Keluarga Dursley terutamanya Pak Cik Vernon dan berharap mereka berkelakuan seperti orang biasa. Malangnya, kekecohan berlaku sebaik sahaja mereka datang (kerana menggunakan serbuk Floo sedangkan rumah keluarga Dursley tidak menggunakan pendiangan api) dan begitu juga setelah mereka keluar dari rumah keluarga Dursley itu.

Kekecohan berlaku disebabkan Fred dan George mencicirkan barangan ciptaan mereka di rumah Dursley dan menyebabkan kemarahan ibu bapa mereka (terutama sekali Molly Weasley yang sangat kecewa dengan keputusan PSB mereka dan cita-cita mereka untuk membuka kedai menjual barangan yang 'tidak berguna'). Kemudian, mereka semua sekeluarga (semua Keluarga Weasley, Harry dan Hermione makan malam bersama di halaman dan menghabiskan waktu itu dengan sangat menarik dengan perbualan dan sakat yang sudah tentu dari Fred dan George sendiri.

Pagi-pagi lagi Harry dikejutkan bersama-sama Ron, Hermione, Ginny, Fred dan George. Mereka bersarapan awal dan harus mengikut Encik Weasley untuk ke kawasan perkhemahan memandangkan mereka perlu berjalan sedikit dan tidak seperti Percy, Bill dan Charlie yang boleh melakukan Muncul Tiba-tiba kerana mereka sudah mempunyai lesen. Mereka bertolak dari rumah ke Bukit Stoathead lalu berjumpa dengan Amos Diggory dan anak lelakinya, Cedric dan bersama-sama menggunakan pintu gerbang (yang dijampi pada sebiji kasut buruk) untuk ke kawasan perkhemahan mereka.

Di tapak perkhemahan, segalanya agak berjalan lancar melainkan pertembungan budaya dan cara ketika semua ahli sihir ingin berkelakuan seperti Muggle dan adakala mereka terlalu mendedahkan yang mereka adalah ahli sihir. Hal ini merisaukan pihak kementerian yang berusaha mengelakkan Muggle tahu akan kedatangan ahli sihir. Ketika itu, Harry dan yang lain terjumpa ramai ahli sihir yang pelbagai dari serata dunia dan tidak kurang juga kenalan mereka dari sekolah. Dalam kesibukan, Encik Ludo Bagman dan Barty Crouch sempat menyinggah khemah mereka sebelum mereka padang perlawanan malam itu.

Mereka menuju ke tempat perlawanan dan mereka duduk di petak utama bersama beberapa orang dari kementerian termasuklah Menteri Sihir sendiri, Cornelius Fudge. Harry dan yang lain amat tidak sabar-sabar menantikan perlawanan itu bermula dan keadaan pada malam itu adalah sangat meriah dengan ribuan ahli sihir dari serata dunia. Ketika itu juga mereka terserempak dengan keluarga Malfoy dan terjumpa seekor elf rumah betina yang bernama Winky.

Kemudian, perlawanan di antara pasukan negara Ireland dan Bulgaria dimulakan dengan persembahan maskot masing-masing. Maka selepas itu, perlawanan bermula dan ramai yang mengagumi Viktor Krum iaitu seorang seeker pasukan Bulgaria.

Selepas mereka balik ke khemah dan tidur, tiba-tiba terjadi suatu kekecohan berlaku di kawasan perkhemahan. Muggle telah diserang dan kebakaran berlaku. Semua orang melarikan diri masuk ke hutan. Begitu juga Harry, Hermione dan Ron yang dalam perjalanan mereka ke hutan disakat oleh Draco Malfoy. Dalam hutan, mereka terdengar sesuatu dan Tanda Kuasa Jahat muncul di langit. Serentak itu, pegawai kementerian muncul tiba-tiba dan menyoal tentang siapa yang melakukannya kepada Harry, Ron dan Hermione. Terdapat perbalahan tentang siapa melakukannya apabila apa yang mereka temui di tempat kejadian ialah Winky bersama-sama tongkat sihir Harry. Selepas semuanya nampak reda, mereka kembali ke khemah untuk berehat sebentar sebelum pulang.

Mereka pulang ke rumah keluarga Weasley dan menerima khabar tentang malam yang tadi. Perkara tersebut tidak berhenti begitu sahaja apabila Kementerian Sihir menerima banyak maklum balas dan komen tentang keselamatan di malam Perlawanan Piala Dunia itu. Tambahan pula, keadaan diburukkan dengan artikel Rita Skeeter yang disiarkan di akhbar-akhbar. Pada bab ini juga mendedahkan hari-hari terakhir mereka sebelum penggal persekolahan bermula yang kecoh dengan pelbagai perkara dari cerita kementerian kepada karenah adik-beradik Weasley.

Kejohanan Ahli Sihir Trio

Sebelum bertolak ke sekolah, kemurungan mula kelihatan di kalangan mereka kerana terlalu seronok ketika cuti. Walau bagaimanapun, pagi itu timbul kekecohan apabila Amos Diggory melaporkan kemalangan di rumah Mad-Eye Moody kepada Encik Weasley dan menyebabkan Puan Weasley bersama dua orang anak lelakinya yang tua perlu menghantar mereka ke stesen kereta api di Platform 9 3/4 walaupun keadaan hujan. Tetapi, mereka telah menimbulkan pertanyaa mereka yang hendak bertolak kerana mereka mengatakan suatu perkara akan berlaku di Hogwarts

Ketibaan mereka di sekolah adalah seperti biasa dan inilah kali pertama Harry mendengar Topi Penyisih menyanyikan lagu selepas kali terakhir dia mendengarnya ketika mula-mula masuk ke Hogwarts. Upacara penyisihan berlaku seperti biasa dan ketibaan Moody (sebagai guru ganti bagi subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam) mengejutkan semua orang.

Kemudian, pengetua, Profesor Dumbledore mengumumkan yang pada tahun itu, Hogwarts telah terpilih untuk menganjurkan Kejohanan Ahli Sihir Trio yang berprestij dalam dunia sihir. Walau bagaimanapun, ia menjadi halangan buat Harry kerana pelajar di bawah umur 17 tahun tidak dibenarkan mencalonkan nama untuk bertanding.

Hari-hari pertama persekolahan pada tahun keempat Harry pun bermula. Dari kelas Herbologi yang pelu belajar mengumpulkan nanah Ubi Bubo hinggalah ke Peramalan. Walau bagaimanapun, mereka kagum mendengar kebolehan Moody dalam melawan Ilmu Hitam di kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam sehingga mereka tidak sabar-sabar untuk masuk ke kelasnya. Tetapi, jauh dari sangkaan apabila mereka melihat suatu yang dilakukan oleh Moody yang melucukan hati mereka.

Kelas Posyen mereka tidak begitu menggembirakan seperti selalu. Bab ini mendedahkan bagaimana Profesor Moody mula mengajar Harry akan Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam yang mana mereka menyentuh tentang bab Sumpahan yang Tidak Terampun iaitu sumpahan yang akan menghantar sesiapa yang melakukannya ke Azkaban. Pengajaran Moody tentang bab sumpahan ini mengagumkan tetapi tetap menakutkan malah ia mengembalikan kenangan pahit cerita-cerita ketika kekuasaan Voldemort.

Hermione mula memperkenalkan Persatuan bagi Meningkatkan Kebajikan Elf atau SPEW (Maksudnya muntah dalam bahasa Inggeris) yang makin menjengkelkan Harry dan Ron. Kali ini, Harry membalas surat kepada Sirius untuk tidak merisaukannya atas hal parutnya. Kemudian, pelajaran Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam amat tidak menggembirakan apabila Profesor Moody mengenakan Sumpahan Imperius untuk mengajar pelajarnya menentang sumpahan itu. Hanyya Harry yang berjaya menentangnya walaupun ia amat menyakitkan. Pada malam 30 Oktober, semua pelajar Hogwarts menyambut kedatangan delegasi dari Beauxbatons dan Durmstrang di hadapan istana. Kedatangan delegasi tersebut mengagumkan mereka yang tidak pernah menjumpai pelajar sihir dari sekolah lain melainkan pelajar Hogwarts. Yang paling teruja apabila kemasukan pengetua Beauxbatons iaitu Puan Maxime dan yang amat mengejutkan Ron, mereka terlihat Viktor Krum.

Setelah delegasi dari Beauxbatons dan Durmstrang tiba semuanya, jamuan diadakan dan diikuti dengan pelancaran Kejohanan Ahli Sihir Trio. Profesor Dumbledore memberi ucapan berkenaan dengan kejohanan itu, tentang peraturan dan keselamatan. Ketika itu juga, Piala Api diperkenalkan sebagai hakim yang akan memilih siapa yang akan bertanding dalam kejohanan itu. Oleh kerana pelajar di bawah 17 tahun tidak dibenarkan menyertai, tiada apa perlu difikirkan Harry akan hal itu melainkan hanya bergurau tentang keinginannya untuk turut serta.

Walau bagaimanapun, tidak dipercayai apabila malam pemilihan dibuat, terdapat nama keempat selain tiga nama yang sepatutnya diterima. Dan hal itu mengejutkan semua apabila ia tidak pernah berlaku dan nama itu pula adalah nama “Harry Potter”.

Peristiwa kemunculan nama Harry dari muncung Piala Api tidak menggembirakan sesiapapun. Malah, ia merisaukan Dumbledore dan menimbulkan kemarahan pihak Beauxbatons dan Durmstrang memandangkan piala itu memilih dua wakil dari Hogwarts iaitu Harry dan Cedric Diggory. Walau bagaimanapun, mereka tiada jalan lain melainkan membenarkan Harry turut serta mengambil risiko yang sangat bahaya dalam kejohanan ini.

Berita tersebut tersebar luas dan sudah tentu di kalangan rakan pelajar Gryffindor. Malangnya, semua mendesak rahsia bagaimana nama Harry boleh muncul sedangkan Harry tidak mengetahuinya. Harry sedaya upaya menafikannya tetapi rakan baiknya sendiri, Ron tidak mempercayainya malah bersikap cemburu.

Kecemburuan Ron meresahkan Harry. Hal yang berlaku diceritakan kepada Sirius memandangkan dia perlu memberitahunya. Malah, harinya bertambah buruk apabila hampir seluruh sekolah menyokong Cedric dan mengutuk Harry tentang perkara yang telah berlaku. Hal ini menambahkan peluang Malfoy mengenakannya. Ketika kelas Posyen, Harry dipanggil untuk upacara menimbang tongkat. Di sana, dia menemui wartawan Daily Prophet, Rita Skeeter dan Rita mengajak Harry untuk ditemu ramah tetapi ia bukan suatu yang menarik apabila Rita amat mendesak dan mereka-reka. Mujur Profesor Dumbledore menjumpai mereka dan Harry diselamatkan untuk menjalankan proses menimbang tongkat oleh Encik Ollivander sakti bersama para wira lain. Kemudian, Harry mendapat berita dari Sirius yang ingin berjumpa dengannya.

Berita yang ditulis Rita Skeeter tidak menggalakkan langsung apabila ia hanya sebuah rekaan yang meluat. Hermione mengajak Harry keluar ke Hogsmeade dan di sana Hagrid bersama-sama Moody terserempak dengan Hermione di kedai Tiga Penyapu (memandangkan Harry menyorok di bawah jubah halimunan. Hagrid memberitahu Harry untuk berjumpa dengannya pada waktu malam dan meminta hal itu dirahsiakan.

Pada malamnya, Harry mengikut Hagrid (yang bersama-sama Puan Maxime kemudiannya) melihat empat ekor naga yang berada dalam kurungan. Ketika itu, dia mengenali jenis-jenis naga dan hal itu menjadikannya takut kerana dia bakal berhadapan dengan makhluk itu. Harry segera pulang ke ruang tamu Gryffindor memandangkan bapa angkatnya ingin berjumpa dengannya.

Setelah mengetahui apakah tugasan pertama yang bakal diharungi, Harry sedaya upaya mencari cara untuk menewaskan naga itu tetapi malangnya tidak dijumpai. Harry juga merasakan yang dia patut berasa adil dengan memberitahu Cedric akan tugasan mereka memandangkan Harry fikirkan yang wira dari Beauxbatons dan Durmstrang iaitu Fleur Delacour dan Viktor Krum telahpun mengetahuinya kerana pengetua mereka telah melihat naga tersebut malam itu.

Kemudian, Moody mengajak Harry ke pejabatnya dan di sana Moody mencungkil idea Harry untuk memikirkan cara terbaik yang dia boleh lakukan untuk melepasi naga bagi tugasan pertamanya. Dengan bantuan itu dan pertolongan Hermione, Harry berjaya menangani Naga Tebuan Kayu Hungary hinggakan Harry mendapat tempat pertama, seri dengan Krum. Yang menggembirakan Harry lagi apabila Ron telah berbaik dengannya semula.

Harry mendapat sebiji telur emas dari tugasan pertamanya sebagai pembayang bagi tugasan kedua. Malangnya, apabila telur dibuka, tiada apa yang muncul melainkan suara nyaring yang menyakitkan telinga. Pada keesokannya pula, Rita Skeeter datang ke kelas Penjagaan Terhadap Makhluk Ajaib dan menemu ramah Hagrid dan hal itu tidak disenangi Harry kerana dia telahpun mengenali Rita.

Kemudian, Hermione mengajak Harry dan Ron ke dapur Hogwarts dan mereka menemui suatu yang tidak disangka iaitu Dobby dan Winky di sana.

Tari-Menari Krismas dan Duyung

Para pelajar kini kecoh tentang Majlis Tari-Menari yang akan muncul tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, majlis tersebut lebih membebankan bagi Harry berbanding tugasan untuk berhadapan dengan naga ganas kerana dia terpaksa mencari pasangan untuk menari.

Minggu terakhir penggal sebelum cuti Krismas amat menggalakkan pelajar untuk bersukaria dan mendorong para guru untuk tidak terlalu menekankan kepada pelajaran. Masa inilah Harry terpaksa mencari pasangan tariannya sebelum terlambat. Akhirnya, Harry akan keluar dengan Parvati Patil dan Ron pula dengan kembarnya, Padma Patil. Walaupun lega setelah mendapat pasangan, mereka berdua kini musykil tentang siapa yang akan menjadi pasangan Hermione untuk malam Krismas nanti.

Krismas semakin menjelang tiba dan seluruh sekolah kini sibuk dengan persiapan untuk malam yang dinanti-nantikan itu. Pada pagi Krismas seperti biasa, Harry dan yang lain di dalam bilik asramanya sibuk membuka balutan hadiah dan salah satu hadiah yang diterima Harry adalah daripada Dobby.

Menjelang malamnya, banyak warga sekolah bersiap awal untuk majlis tari-menari. Harry dan Ron bertemudengan pasangan mereka masing-masing tapi mereka masih belum bertemu dengan pasangan Hermione. Sebelum memasuki dewan, Harry terlihat perempuan cantik yang menjadi pasangan Viktor Krum dan agak lambat untuk dia perasan bahawa perempuan itu ialah Hermione. Para wira tiba di meja makan masing-masing bersama pasangan mereka dan berkongsi meja dengan para pengadil.

Selepas jamuan, tarian dimulakan oleh para wira bersama pasangan mereka. Walau bagaimanapun, mood Harry terganggu apabila Ron (yang baru menyedari Hermione berpasangan dengan Krum) bertengkar dengan Hermione. Mereka keluar dari dewan dan terserempak Profesor Snape bersama Igor Karkaroff. Kemudian mereka turut terserempak dengan Hagrid bersama Puan Maxime.

Selepas tamat cuti Krismas, penggal baru dimulakan. Walau bagaimanapun, dalam kelas Penjagaan Makhluk Ajaib, Hagrid tidak kelihatan mengajar tetapi Profesor Grubbly-Planck yang menggantikan tempatnya. Walaupun kelas Profesor Grubbly-Planck lebih menarik dan selamat, Harry tetap ingin mencari Hagrid. Punca kehilangan Hagrid diketahui selepas Harry, Ron, Seamus, Dean dan Neville membaca artikel akhbar yang ditulis oleh Rita Skeeter. Rita menulis tentang Hagrid yang berketurunan separa gergasi dan itu memalukan Hagrid.

Di kedai minum Tiga Penyapu di Hogsmeade, Harry, Ron dan Hermione terjumpa dengan Rita Skeeter lalu Hermione memarahi Rita kerana artikel yang menghina Hagrid. Selepas itu, mereka menuju ke rumah Hagrid untuk memujuknya. Di sana, Profesor Dumbledore telahpun berada di sana untuk niat yang sama. Akhirnya, Hagrid memutuskan untuk tidak mengendahkan artikel Rita.

Kali ini, Harry terpaksa menurut apa yang dinasihatkan oleh Cedric Diggory untuk mengetahui pembayang yang ada di dalam telur emasnya. Dia terpaksa menggunakan bilik air pengawas untuk tujuan itu. Di sana, dia terserempak dengan Myrtle Mengerang yang berada di dalam bilik air tersebut. Myrtle membantu Harry walaupun keadaan begitu menjengkelkan Harry.

Setelah dapat pembayang dari telur tersebut, Harry pulang ke asrama. Di pertengahan jalan, Harry terlihat di muka Peta Penjarahnya akan titik yang menunjukkan kehadiran Bartemius Crouch di pejabat Snape. Oleh kerana perasaan ingin tahu menebal, dia menuju ke pejabat yang menyebabkan dia hampir ditangkap oleh Encik Filch dan Profesor Snape. Mujurlah Profesor Moody muncul lalu menyelamatkan keadaan. Walau bagaimanapun, kehadiran Bartemius Crouch di pejabat Snape masih menimbulkan tanda tanya.

Hari untuk tugasan kedua hampir tiba. Harry semakin berdebar kerana dia masih belum menjumpai apa-apa petunjuk untuk membantunya melakukan tugasan yang kedua iaitu menyelam ke dalam air selama sejam. Pada malam sebelum tugasan kedua berlangsung, Harry terpaksa meneruskan pencarian dari buku yang melambak-lambak di hadapannya apabila Ron dan Hermione menghilang setelah dipanggil Profesor McGonagall.

Mujurlah pada pagi beberapa minit sebelum tugasan bermula, Dobby mengejutkan Harry dari tidur dan memberinya "Gillyweed" atau "Rumpai Insang" yang membolehkan Harry bernafas di dalam air buat masa yang lama. Tugasan bermula dengan kehadiran Harry yang hampir lewat. Para wira ditugaskan untuk menyelamatkan rakan mereka yang berada di dalam tasik dalam tempoh yang ditetapkan iaitu satu jam. Harry ditugaskan untuk menyelamatkan Ron. Walau bagaimanapun, Harry menunggu para wira yang lain tiba untuk menyelamatkan rakan mereka sebelum dia membawa Ron. Tetapi, disebabkan Fleur tidak muncul, maka Harry turut menyelamatkan adik Fleur iaitu Gabrielle. Perkara tersebut membuatkan Harry menjadi orang yang terakhir muncul di permukaan. Mujurlah Dumbledore mengetahui perkara yang sebenar dan Harry berada di tempat pertama bersama Cedric.

Sebelum Harry dapat berjumpa dengan bapa angkatnya, akhbar Daily Prophet mengeluarkan artikel yang memfitnah Hermione pula. Artikel itu menceritakan bagaimana Hermione 'menyakitkan hati Harry untuk berdampingan dengan Viktor Krum'. Yang teruknya, mereka membaca akhbar tersebut dalam kelas Posyen. Profesor Snape pula mengesyaki Harry telah curi masuk ke pejabatnya.

Pada hujung minggu ketika mereka dibenarkan keluar, mereka berjumpa dengan Sirius secara sembunyi dan membincangkan hal tentang Harry dan kebarangkalian punca masalah yang berlaku di Hogwarts termasuk latar belakang beberapa ahli sihir seperti Encik Crouch, Karkaroff dan Ludo Bagman.

Rencana fitnah tempoh hari menyebabkan Hermione mendapat surat cacian dan sumpahan buruk daripada ramai orang luar. Sementara itu, Harry dan yang lain belajar haiwan Niffler dalam kelas Hagrid.

Kebangkitan Lord Voldemort

Pada suatu malam, Ludo Bagman mengadakan sesi penerangan ringkas tentang tugasan ketiga yang akan datang. Selepas sesi tersebut, Krum mengajak Harry bersiar-siar dan mereka terjumpa Encik Crouch yang berada dalam keadaan kurang siuman. Harry cuba mendapatkan Profesor Dumbledore sementara Krum menjaga Encik Crouch. Malangnya, Profesor Snape cuba melengahkan Harry tetapi mujurlah Profesor Dumbledore muncul juga akhirnya. Setelah mereka di sana, mereka mendapati Encik Crouch telah hilang dan Krum telah diserang.

Misteri tentang kehilangan Encik Crouch dibualkan Harry dengan Ron dan Hermione. Perkara yang berlaku ketika Snape melengah-lengahkan Harry turut diperkatakan sebagai alasan semua itu boleh berlaku. Dalam kelas Peramalan, Harry tertidur dan bermimpi tentang Lord Voldemort bersama ularnya, Nagini dan Wormtail. Maka, dia minta keuar dari kelas dan berjumpa dengan Profesor Dumbledore. Di pejabat pengetua, Harry terdengar suara Menteri Sihir, Cornelius Fudge yang berang.

Harry memasuki pejabat pengetua setelah kehadirannya diketahui oleh Profesor Moody. Ketika Profesor Dumbledore dan Profesor Moody mengiri menteri tersebut, Harry terlihat suatu besen batu yang mempunyai cahaya keperakan. Dia menyentuh objek yang berada di dalamnya dengan tongkat sakti. Kemudian, dia merasakan dia telah berada di tempat lain yang bukan lagi pejabat Dumbledore.

Harry menyedari yang kini dia berada dalam suatu perbicaraan yang dihadiri Dumbledore dan 'Mad-Eye' Moody. Tetapi, Harry menyaksikan Karkaroff dikurung dan disoal siasat. Karkaroff menawarkan semua nama yang pernah terlibat menjadi Death Eater. Kemudian, dia turut menyaksikan Ludo Bagman dan anak Encik Crouch dibicarakan. Setelah kembali ke pejabat Dumbledore, Harry menceritakan tentang mimpinya dan bertanyakan maksud di sebaliknya serta perkara yang dilihat dalam memori Dumbledore tadi.

Menjelang tugasan ketiga, persoalan Hermione semakin kuat tentang bagaimana Rita Skeeter mengetahui kebanyakan cerita sedangkan dia tiada di tempat-tempatnya. Walau bagaimanapun, itu tidak mengganggunya untuk mengajar Harry jampi-jampi dan mantera-mantera yang mungkin dapat membantu Harry dalam tugasan ketiganya. Sebelum tugasan ketiga, keluarga para wira telah dijemput tetapi bagi Harry, keluarga Weasley menjadi wakil. Perkara tersebut menggembirakan Harry kerana risau memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya keluarga Dursley yang muncul.

Tugasan bermula setelah para wira bersedia dan mereka memasuki kota sesat mengikut giliran. Di dalam kota sesat, para wira berhadapan dengan pelbagai jenis sihir dan haiwan ajaib. Akhirnya, setelah mengharungi pelbagai halangan dan serangan, Harry dan Cedric bersetuju untuk bersama-sama mendapatkan Piala Ahli Sihir Trio.

Piala yang dipegang mereka membawa mereka ke tanah perkuburan. Di sana, Wormtail telah diarahkan Voldemort untuk membunuh Cedric dan mengikat Harry agar upacara menjelmakan tubuh Voldemort akan dapat dijalankan. Wormtail yang ditanggungjawabkan untuk menjalankan upacara tersebut menggunakan tulang bapa Voldemort, darah Harry dan dagingnya sendiri agar dapat memenuhi ramuan dan jampi untuk membentuk tubuh badan Voldemort. Dengan lengkapnya upacara tersebut, Lord Voldemort kini telah bangkit semula.

Setelah 'dilahirkan semula', Voldemort memanggil semua Death Eater mengadapnya untuk mengetahui siapa yang masih setia dengannya setelah menghilang selama 13 tahun. Setelah mereka semua tiba, Voldemort mempersoalkan kesetiaan mereka pula kerana tidak berusaha mencarinya sebelum ini.

Voldemort turut menceritakan keadaannya selama dia berada dalam keadaan buangan tanpa jasad, bagaimana dia berharap untuk kembali berkuasa dan bagaimana dia merancang untuk berlakunya kejadian malam itu. Setelah puas bercerita, dia meminta Wormtail membuka ikatan Harry.

Setelah Harry dilepaskan, Voldemort 'mempelawa' Harry untuk berperang tanding dengannya. Dalam ingatan Harry, dia pernah berperang tanding hanya ketika menyertai Kelab Perang Tanding dua tahun dahulu. Voldemort memaksa Harry tunduk dan perang tanding dimulakan.

Serangan bertubi-tubi keluar dari tongkat sakti mereka sambil disaksikan oleh ramai Death Eater di tepi mereka. Pada suatu ketika ketika mereka melakukan sihir serentak, terdapat satu jalinan terbentuk di antara mereka berdua dan tongkat sihir Voldemort mula mengeluarkan jelmaan sihir yang pernah dilakukan termasuk jelmaan orang yang pernah dibunuhnya. Jelmaan tersebut membantu Harry melepaskan diri dari Voldemort dan pulang ke Hogwarts bersama jasad Cedric.

Kesan

Kini Harry telah kembali ke perkarangan Hogwarts dan seluruh sekolah terkejut dengan kematian Cedric. Dalam kekecohan itu, Profesor Moody mengheret Harry ke dalam sekolah lalu terus ke pejabatnya. Mad-Eye bertanyakan tentang apa yang telah terjadi dan Harry dengan berat hati dan sakit menerangkan kepadanya.

Ketika itu, temberang Mad-Eye terbongkar lalu dia mengaku dialah yang merancang segala perkara untuk memastikan Voldemort kembali dan memasukkan nama Harry ke dalam Piala Api. Mujurlah Profesor Dumbledore, Profesor McGonagall dan Profesor Snape muncul lalu memegunkan Barty yang ingin menyerang Harry. Dengan memberikannya Serum Verita, orang tersebut menerangkan segalanya dan mengaku yang dia ialah Barty Crouch Jr., anak Encik Crouch yang pernah dilihatnya dalam memori Dumbledore sebagai Death Eater. Alastor Moody yang sebenar turut ditemui.

Setelah mengetahui kebenaran di sebalik apa yang berlaku sepanjang tahun tersebut, kini Dumbledore pula ingin mengetahui perkara sebenar yang telah terjadi di kawasan perkuburan itu. Dia juga menerangkan kepada Harry (dan Sirius yang turut berada di situ) tentang jalinan yang terbentuk di antara tongkat sakti Voldemort dan Harry.

Selepas itu, Harry diarahkan untuk tidur di hospital. Walau bagaimanapun, tidurnya terganggu apabila Cornelius Fudge bertengking dengan Profesor McGonagall dan Snape. Dia menafikan akan Voldemort telah kembali malah telah membiarkan Dementor mencium Barty Crouch Jr. Walaupun diyakinkan oleh Harry dan Dumbledore, dia tetap tidak menerima hakikat yang Voldemort telah kembali. Kini, Fudge bermusuhan dengan pihak sekolah dan terutama sekali Dumbledore.

Harry menemui ibu bapa Cedric untuk menyerahkan duit kemenangan tetapi telah ditolak oleh mereka. Harry juga menyedari Dumbledore telahpun memulakan rancangannya. Jamuan Perpisahan pula diadakan serentak dengan upacara memperingati Cedric Diggory. Dumbledore memberikan ucapan tentang Cedric dan pernyataan yang mengejutkan semua orang iaitu Voldemort telah kembali.

Akhirnya delegasi sekolah lain pulang dan ketika dalam perjalanan pulang di dalam gerabak kereta api, Hermione telahpun menyelesaikan misteri bagaimana Rita Skeeter mendapatkan segala sumber untuk dijadikannya fitnah dalam akhbar. Wang ganjaran yang diperoleh Harry hasil kemenangannya telah diberikan kepada Fred dan George Weasley disebabkan rasa kurang enak untuk memilikinya kerana kemenangan bukan berpihak kepadanya seorang. Kini, Harry pulang semula ke rumah Dursley untuk cuti musim panas yang panjang.

Harry Potter dan Banduan Azkaban

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:

Harry Potter dan Banduan Azkaban

Cuti musim panas kali ini, Harry mendapat banyak khabar daripada rakannya melalui kiriman burung hantu. Dia turut menerima panggilan telefon (buat pertama kalinya) daripada rakan baiknya di Hogwarts iaitu Ron yang malangnya dijawab oleh Pak Cik Vernon.

Terdapat berita di TV mengatakan seorang pembunuh telah terlepas dari penjara. Kemudiannya, adik Pak Cik Vernon iaitu Mak Cik Marge akan datang ke rumah mereka. Mak Cik Marge seorang yang berbadan besar dan sering menakutkan Harry. Hendak atau tidak, Harry terpaksa bersabar untuk mendapatkan tandatangan daripada pak ciknya untuk kebenaran melawat Hogsmeade. Setelah lama Mak Cik Marge berada di Privet Drive, pada suatu petang, Marge mengungkit dan memburuk-burukkan ibu bapa Harry yang menyebabkan Mak Cik Marge mengembang dan terapung. Harry tidak dapat menahan lagi.

Harry tidak dapat menahan lagi kesabarannya lalu mengangkut barangan sekolahnya dan keluar dari rumah pakciknya itu. Dia tersedar yang dia menggunakan kuasanya di luar kawasam sekolah yang memungkinkan dia dibuang sekolah. Kini dia tidak tahu ke mana arah hendak di tuju. di satu kawasan, Harry terserempak dengan seekor anjing hitam yang besar dan menghilang ketika sebuah bas tiga tingkat meluru tiba ke arahnya. Bas bagi ahli sihir itu sangat istimewa. Harry dijemput naik oleh Stan Shunpike iaitu konduktor bas itu dan dibawa ke London. Ketika di dalam bas, Harry mengetahui kisah tentang banduan yang melarikan diri itu, iaitu Sirius Black dan jenayahnya yang dikhabarkan telah dilakukannya dengan sangat kejam. Harry juga diberitahu yang Sirius merupakan penyokong kuat Lord Voldemort.

Setibanya di Leaky Cauldron, Tom menyambutnya dan Harry bertemu dengan Menteri Sihir, Cornelius Fudge. Fudge mengatakan yang kesilapan Harry di rumah pakciknya adalah suatu yang tidak disengajakan dan tiada sebab untuknya untuk dibuang sekolah. Harry selesa untuk tinggal di Leaky Cauldron untuk menghabiskan cuti musim panasnya dan dia sering mengunjungi Diagon Alley untuk melihat barangan dan menikmati makanan istimewa. Dia juga turut membeli buku-buku dan keperluan lain untuk dibawa ke sekolah.

Ron dan keluarganya serta Hermione tiba di Leaky Cauldron bersama-sama sebelum berangkat ke Hogwarts. Hermione telah membeli seekor kucing yang seperti anak harimau yang bernama Crookshanks. Percy iaitu abang Ron pula telah menjadi Ketua Pelajar.

Pada malam sebelum mereka bertolak, Harry mendapat tahu yang dia menjadi sasaran Sirius Black. Dia terdengar perbualan Encik Weasley yang kini dia diperhatikan oleh kementerian dan pihak sekolah agar keselamatannya terpelihara dari cengkaman Black. Kini mereka bersedia untuk ke sekolah dengan menaiki Ekspres Hogwarts. Ketika dalam perjalanan mereka yang mengharungi hujan lebat itu, mereka mengenali seorang profesor baru, Profesor Lupin. Tiba-tiba, kereta api berhenti di pertengahan jalan dan suasan bertukar menjadi kelam dan sejuk. Terdapat sesuatu yang sangat mengerikan di luar kereta api. Suatu lembaga hitam sedang menggelongsor di sekeliling mereka dan satu daripadanya mendekati Harry. Harry tidak sedarkan diri. Profesor Lupin membantunya setelah dia sedar diri. Setibanya di sekolah, dia dan Hermione dipanggil oleh Profesor McGonagall agar Harry berjumpa dengan Puan Pomfrey dan Profesor McGonagall berbincang sesuatu dengan Hermione.

Kembalinya mereka ke jamuan, Profesor Dumbledore menerangkan akan tugas Dementor, iaitu penjaga penjara Azkaban, di kawasan Hogwarts.

Pelajaran kini dimulakan. Mereka baru mempelajari mata pelajaran Peramalan yang diajar oleh Profesor Trelawney. Pelajaran ini tidak menarik minat Harry. Tambahan pula, profesor tersebut sering meramalkan sesuatu yang tidak elok bagi Harry terutama sekali kematian. Mereka turut mempelajari satu lagi subjek baru Penjagaan Makhluk Ajaib yang diajar oleh Hagrid. Mereka mempelajari seekor haiwan unik, iaitu Hippogriff yang bernama Buckbeak. Harry diberikan peluang untuk menaikinya tetapi Malfoy yang merasakan itu adalah perkara senang mencelah lalu dicakar oleh Buckbeak.

Kelas posyen bersama Profesor Snape tidak pernah menyeronokkan. Tetapi, kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam agak menarik minat Harry. Kelas mereka yang pertama telah membawa mereka mempelajari boggart iaitu makhluk yang akan menyerupai sesuatu yang ditakuti orang yang menemuinya. Yang menyeronokkan, untuk menentangnya adalah dengan sihir yang mudah dan suatu ingatan yang melawakkan. Profesor Snape telah mengingatkan Profesor Lupin bahawa Neville Longbottom tidak begitu pandai kecuali Hermione membisikkan arahan di telinga Neville seperti yang dilakukannya di dalam kelas posyen. Profesor Lupin telah memberi peluang kepada Neville untuk melawan boggart. Boggart Neville menyerupai Profesor Snape yang memakai pakaian yang selalu dipakai oleh neneknya. Semua pelajar diberi peluang untuk melawan Boggart tersebut tetapi tidak kepada Harry dan Hermione.

Ron dan Hermione mula bergaduh tentang Crookshanks yang gemar mengejar Scabbers. Pagi Halloween, Ron dan Hermione pergi ke Hosmeade dan Harry tinggal keseorangan di istana. Dalam ketika dia merayau, dia terserempak dengan Profesor Lupin lalu diajaknya ke pejabatnya untuk minum teh. Ketika mereka sedang berbual, Profesor Snape memasuki pejabatnya dan menghantarkan sejenis posyen.

Selepas jamuan Halloween, pelajar Gryffindor dikejutkan dengan satuu insiden, Potret Perempuan Gemuk kosong. Profesor Dumbledore berkejar ke sana dan melihat bahawa Perempuan Gemuk telah melarikan diri dari potretnya dan bersembunyi. Potretnya telah dicarik-carik dengan ganas.

Profesor Dumbledore bertanya kepada Peeves tentang apa yang berlaku, Peeves menjawab yang Sirius Black telah menyerang Perempuan Gemuk kerana tidak membenarkannya masuk tanpa kata laluan. Perempuan Gemuk menyembunyikan dirinya kerana malu. Potret Perempuan Gemuk telah digantikan dengan potret kesatria yang sewel dan suka mabuk iaitu Sir Cadogan. Pelajar telah diarahkan untuk tidur di Dewan Besar untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diketahui. Keadaan Harry kini diperhatikan dengan lebihi ketat. Sehingga latihan Quidditch Harry juga diawasi oleh Puan Hooch.

Pada suatu ketika, kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam tidak diajar oleh Profesor Lupin. Dia tiada. Kelas itu diganti oleh Profesor Snape. Dia nekad untuk mengajar tentang serigala jadian.

Perlawanan pertama pasukan Harry adalah melawan Hufflepuff. Saingan Harry adalah Cedric Diggory. Malangnya, perlawanan mereka diadakan sewaktu hujan lebat. Sedang dalam perlawanan, Harry ternampak bayangan anjing di langit. Selepas itu, Dementor dengan banyaknya menggelongsor ke arah Harry sehingga Harry terdengar jeritan perempuan dan pengsan. Selepas sedar, Harry mendapati yang dia berada di Hospital dan dikelilingi rakan-rakannya. Amat menyedihkan, penyapu kesayangannya, Nimbus 2000 telah hancur akibat melanggar dan dihentam oleh pohon Dedalu Perkasa.

Profesor Lupin telah pulang mengajar semula. Profesor Lupin berbual dengan Harry tentang pohon Dedalu yang ditanam ketika profesor itu hendak masuk ke sekolah itu.

Minggu terakhir sebelum cuti Krismas, sekali lagi kunjungan ke Hogsmeade diadakan. Fred dan George telah memperkenalkan Harry suatu rahsia, yang telah mereka gunakan lama sebelum itu. Mereka memberikan Harry Peta Penjarah, peta yang dicipta oleh Encik Moony, Wormtail, Padfoot dan Prongs. Peta itu menunjukkan kawasan Hogwarts dengan terperinci termasuk orang yang berjalan. Dengan menggunakan itu, Harry menyusup keluar untuk ke Hogsmeade. Di sana, setelah berjumpa Ron dan Hermione, mereka menuju kedai minum Tiga Penyapu Terbang. Ketika itu, Harry mengetahui dari perbualan Puan Rosmerta, Profesor McGonagall, Profesor Flitwick, Cornelius Fudge dan Hagrid, yang Sirius Black ialah bapa angkatnya. Tetapi dialah juga penyebab kematian ibu bapanya.

Harry sentiasa teringatkan apa yang didengarnya sewaktu di Hogsmeade. Hermione dan Ron risau jikalau Harry bertekad untuk mencari Sirius. Kemudiannya, mereka mengetahui yang Hagrid menerima surat dari Kementerian berkenaan menghapuskan Buckbeak setelah mencederakan Malfoy.

Krismas telah menjelang. Harry menerima bungkusan yang tidak diketahui siapa pengirimnya. Harry mendapat sebatang penyapu terbang yang bukan calang-calang penyapu. Ia Firebolt, penyapu keluaran terbaru dan tercanggih. Selepas itu, mereka menikmati jamuan Krismas bersama para pengajar. Tetapi, kesudahan malam itu tidak menggembirakan apabila Profesor McGonagall mengetahui akan penyapu yang tidak diketahui pengirimnya dan mengambilnya.

Harry kecewa dengan tindakan Hermione yang memberitahu Profesor McGonagall tentang penyapu barunya. Ia juga mengecewakan kapten pasukannya, Oliver Wood. Walau bagaimanapun, Harry harus belajar mantera untuk menyingkirkan Dementor agar tidak lagi diganggu ketika perlawanan Quidditch sepertimana yang lepas. Profesor Lupin telah menjadi pengajar bagi sihir itu. Sihir Patronus, sihir tahap tinggi yang memerlukan ingatan kegembiraan yang kuat. Dengan menggunakan Boggart sahaja, Harry berusaha menguasai mindanya dan mengalahkan Dementor jelmaan itu.

Pada suatu malam, Ron mendapati cadarnya mempunyai darah dan bersamanya juga bulu Crookshanks. Ron dan Hermione tidak berbaik lagi. Harry risau tambahan pula perlawanan Quidditch semakin dekat. Tapi mujurlah Firebolt telah dipulangkan semula sepertimana mulanya.

Perlawanan kelihatan amat menarik dengan adanya Firebolt. Kali ini, Harry menentang Cho Chang, seeker Ravenclaw. Gryffindor menang walaupun terdapat gangguan ketika perlawanan. Setelah penat meraikan kemenangan, pada malam itu, sesuatu menggemparkan asrama lelaki Gryffindor. Ron ternampak Sirius Black memgang pisau di sebelah katilnya. Semua tertanya bagaimana Sirius boleh memasuki asrama. Profesor McGonagall telah bertanya kepada Sir Cadogan sama ada dia telah membenarkan seorang lelaki masuk dan Sir Cadogan mengiyakannya dan memberitahu bahawa lelaki tersebut telah membacakan semua kata laluan bagi minggu ini dari sekeping kertas. Kertas kata laluan tersebut adalah kepunyaan Neville yang sering terlupa akan kata laluan.

Potret Sir Cadogan telah dipecat dan digantikan semula dengan Perempuan Gemuk yang hanya akan bertugas jika keselamatannya terjamin. Dia telah diawasi oleh trol-trol yang sering mundar-mandir sambil membandingkan saiz belantan masing-masing.

Pada suatu petang, Harry dan Ron dijemput oleh Hagrid ke rumahnya. Hagrid memujuk agar mereka mengasihani Hermione yang sentiasa keseorangan.

Pada hari yang lain, Harry terpaksa menyusup keluar ke Hogsmeade lagi walaupun sukar. Di sana, Harry mengganggu Malfoy yang menyebabkan kepalanya dapat dilihat oleh Malfoy. Harry berasa risau lalu terus pulang ke sekolah.

Di sekolah, Profesor Snape menahannya dan menyoalnya. Dia menemui Peta Penjarah dan memeriksanya. Malangnya, peta itu membalas dengan ejekan. Mujur Profesor Lupin melalui situ dan dipanggil Snape. Profesor Lupin memberi alasan untuk membantu Harry melepaskan diri dari Snape tetapi kemudiannya merampasnya.

Mereka bertiga mengetahui yang Hagrid kalah dalam perbicaraan daripada melindungi Buckbeak. Pada waktu yang lain, Hermione telah menarik diri dari kelas Peramalan.

Perlawanan akhir di antara Slytherin dan Gryffindor yang akan berlangsung menjadikan suasan menjadi sangat tegang di antara dua rumah tersebut. Perlawanan tersebut berlangsung dengan sengit dan menimbulkan kekecohan dikalangan penonton. Walau bagaimanapun, Gryffindor memenangi Piala Quidditch setelah lama tidak memenanginya.

Peperiksaan akhir bermula. Peperiksaan berjalan lancar walaupun pelajar semakin tertekan. Ketika Harry menduduki ujian dengan Profesor Trelawney, Profesor Trelawney bertindak aneh. Suaranya tidak seperti biasa. Dia memberitahu sesuatu berkaitan Lord Voldemort dan pengikutnya.

Pada suatu petang, Harry, Ron dan Hermione melawat Hagrid dan memujuknya agar bersabar kerana perbicaraan rayuan melindungi Buckbeak tewas. Buckbeak akan dibunuh. Mereka terjumpa Scabbers di pondok Hagrid. Tidak lama kemudian, Profesor Dumbledore, bersama Cornelius Fufge dan Macnair (pertanda yang akan membunuh Buckbeak). Harry, Ron dan Hermione menyusup keluar agar tidak diketahui kedatangan mereka. Tidak lama kemudian, mereka dengar dari jauh yang kapak telahpun dilibas. Mereka sangat sedih. Sedang mereka kesedihan memikirkan nasib Buckbeak, Scabbers meragam. Dia menggigit Ron lalu melarikan diri dan dikejar Crookshanks. Baru sahaja Ron menangkap Scabbers, seekor anjing besar muncul dan menerkam Ron. Ron diheret memasuki celahan pokok Dedalu.

Harry dan Hermione mengekori walaupun diserang pokok itu. Mereka mendapati lubang yang dilalui menuju ke Gubuk Menjerit. Di sana, mereka berhadapan dengan Sirius Black. Mereka terperangkap dengan seorang banduan yang dikatakan berbahaya. Mujur Profesor Lupin muncul tetapi bukan untuk menyelamatkan Harry dan rakannya tetapi dia merupakan rakan lama Sirius. Dia memberitahu yang dia ialah serigala jadian. Walaupun begitu, dia tidak pernah membantu Sirius. Rahsia terbongkar apabila Lupin dan Black menerangkan semuanya. Sirius bukan pembunuh seperti yang dikhabarkan dan mereka berdua adalah kawan baik kepada bapa Harry iaitu James Potter. Mereka jugalah yang bersama-sama membuat Peta Penjarah. Tetapi, Harry tidak percaya dengan mudah. Hanya satu bukti sahaja yang dapat menjelaskan banyak perkara, iaitu Scabbers, atau animagi jelmaan Peter Pettigrew.

Walaupun sukar dipercayai tetapi itulah hakikatnya. Ron masih tidak percaya yang tikus dibela keluarganya selama dua belas tahun merupakan penjenayah sebenar. Hermione mengatakan mustahil kerana animagus harus mendaftar kepada kementerian. Lupin menjelaskan sejarahnya bersama rakannya, Sirius, Peter dan James ketika bersekolah di Hogwarts. Dari kisah pohon Dedalu ditanam hinggalah konflik mereka dengan Snape. Malangnya, Snape tiba di sana. Kehadiran Snape di Gubuk Menjerit menyukarkan lagi keadaan. Lantas Harry, Ron dan Hermione menyerangnya serentak. Kini, mereka lebih ingin mengetahui tentang Scabbers sebagai Peter Pettigrew. Jelas dari tanda-tanda di badannya.

Kemudian, untuk membuktikan dengan lebih lanjut, Lupin dan Black menukarkan Scabbers lalu muncullah Peter Pettigrew di depan mata mereka. Peter menjelaskan segala-galanya termasuklah mengkhianati ibu bapa Harry dan menjadi pengikut Lord Voldemort.

Pada mulanya, Black ingin membunuh Peter tetapi dihalang oleh Harry. Harry ingin Peter diserahkan kepada Dementor. Mereka keluar dari rumah itu. Harry kini lebih lega. Dia mempunyai seorang saudara terdekat, bapa angkatnya. Sirius pada mulanya menawarkan Harry untuk tinggal dengannya tetapi tanpa berfikir panjang, Harry tidak sabar untuk itu.

Malangnya, malam itu ialah malam bulan purnama. Lupin bertukar menjadi serigala jadian. Keadaan kalut telah memberi kesempatan kepada Peter untuk melarikan diri. Kini tiada masa untuk mengejarnya kerana mereka risau akan diri mereka. Sirius menjelma menjadi anjing untuk menghalang serigala jadian Lupin mengancam Harry dan rakannya. Serigala itu berlari ke dalam hutan dan Sirius pula bergerak dengan lemah. Harry, Ron dan Hermione mengekori Sirius. Malangnya, kini mereka dikepung oleh ratusan Dementor. Sirius dalam bahaya kerana kemungkinan Dementor akan mengambil jiwanya. Harry cuba untuk mengenakan sihir patronus tetapi terlalu lemah. Ingatannya terhadap perkara yang menggembirakan tidak mencukupi untuk menghalau ratusan Dementor. Dia semakin lemah. Dia terlihat samar-samar bayangan orang lain bertentangan dengannya mengenakan sumpahan Patronus dan sebelum Harry pengsan, terlintas di hatinya yang itu ialah ayahnya.

Mereka sedar semula dan mendapati yang mereka di hospital. Mereka juga mengetahui yang Snape telah memutar belitkan kebenaran di hadapan Cornelius Fudge. Mereka menafikannya tetapi Snape berdalih yang mereka dikenakan sumpahan oleh Sirius.

Walau bagaimanapun, Profesor Dumbledore mempercayai mereka dan mengatakan dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mereka sendiri. Dumbledore meberi isyarat kepada Hermione dan Hermione memahaminya. Dia dan Harry (Ron masih tidak sedarkan diri), bersama-sama kembali ke masa sebelumnya dengan menggunakan Pemutar Masa - alat yang digunakan Hermione untuk mengatasi jadual yang bertindih.

Mereka kembali ke sebelum waktu Buckbeak dibunuh agar Buckbeak dapat diselamatkan juga selain Sirius. Mereka telah berjaya dalam misi menyelamat. Walaupun begitu, ia menimbulkan kemarahan Snape. Yang penting mereka telah berjaya. Profesor Lupin pula telah meletakkan jawatan kerana risau akan reputasi sekolah jika salah seorang guru pelajar adalah seekor serigala jadian.

Semasa pulang, Harry menerima surat daripada ayah angkatnya yang telah selamat bersama-sama Buckbeak. Serentak dengan itu, Ron menerima burung hantu baru sebagai ganti kepada Scabbers.