Teringat saya akan sebuah hadis daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Para ulama seumpama bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara kan hilang pedoman dan langit menjadi suram tidak berseri.
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan [Hadits riwayat Imam Ahmad]
Dalam sepotong hadits lain menceritakan bahawa kewafatan seorang ulama itu adalah merupakan suatu musibah yang besar pada umat Islam.
Daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang) . Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]
Wahai Ulama
Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label: IslamIsrak & Mikraj
Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label: IslamBulan Rejab sudah sampai ke penghujungnya,itu menandakankan Ramadan akan berkunjung tidak lama lagi.Namun didlm bulan Rejab ini terselit satu peristiwa bersejarah bg umat Islam dimana Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah(bumi) ke alam atas(langit) sampai ke tujuh langit yg telah dijemput oleh utusan Allah malaikat Jibril.Peristiwa bersejarah ini adlh di kenali Israk & Mikraj Peristiwa itu dirakamkan dlm al-Quran."Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya,untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(al-Isra':1)
Sy yakin pasti ramai shbt2 yg telah mengetahui jln cerita mengenai Israk & Mikraj dimana drpd riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami baginda,tidak kurang dgn kejadian aneh bermula dari awal.Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah.Ketika itu,nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya,Jaafar & Hamzah bin Abu Talib. Jd tidak perlula sy menceritakan semula kejadian tersebut,namun apa yg pasti byk pengajaran yg dpt di ambil drpd peristiwa tersebut.Tp di sini sy nak menekankan 2 jenis pengajaran utama yg dpt menjadi pedoman kpd kita,1.Keimanan,2.Perintah mengerjakan solat.
1.KEIMANAN
Sebelum rasulullah saw di angkat ke langit oleh malaikat Jibril,rasulullah telah menerima ujian dari Allah di mana,isteri tercinta Khatijah & bapa saudara yg di kasihi Abdu Al Mutallib telah meniggal dunia.Baginda amat sedih,namun semua kejadian ada hikmahnya.Allah telah meredakan kesedihan rasulullah di mana baginda telah dijemput utk mengadap Allah.Pengajaranya yg kita dpt ambil di sini walaupun kita dlm kesedihan pabila telah ditimpa musibah,ingatlah Allah sts d cc.Kalau di dunia ini tiada lg yg menyayangi kita,Allah masih ttp menyayangi kita. Jd Allah masih bersama kita. Jgnlah sampai nak terjun bangunan,gantung diri, dll. Nahuzubillah. Ingatla org yg bunuh diri tidak akan masuk syurga!
Surah Al- Baqarah
لَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ [156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,mereka berkata:"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
2.Perintah Mengerjakan Solat.
Tujuan utama rasulullah di angkat ke langit adalah utk menerima perintah mengerjakan solat.Baginda juga bermunajat dengan Allah & dlm munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kpd lima waktu sj,selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa.Baginda telah merayu pada Allah berulang kali smata2 memikirkan umatnya iaitu kita.
Surah Al- Baqarah
وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ وَمَا تُقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللّهِ إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ [110] Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu,tentulah kamu akan mndpt balasan pahalanya di sisi Allah.Sesungguhnya Allah sts Melihat segala yang kamu kerjakan Subhanallah. Besyukurlah pd Allah,pemintaan rasulullah saw telah dipekenankan Allah.Tp syg masih ada lg umat Islam yg meninggalkan solat.Malah langsung tidak merasa takut dgn dosa besar yg sedang mereka lakukan.Wahai shbtku sekalian,perkara pertama yg akan d hisab ialah solat!Api neraka la bagi mereka yg meniggalkan solat.Tlg la shbt2 ku.Kembalilah pd Allah.Ayuh mengerjakan solat.Solat itu tiang agama!Marilah kita bertaubat.Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat,lg Maha Mengasihani [128]"Wahai Tuhan kami!Jadikanlah kami berdua:orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu,dan jadikanlah daripada keturunan kami:umat Islam (yang berserah diri) kepadamu,dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara2 ibadat kami,dan terimalah taubat kami;sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lg Maha Mengasihani
Mari Bersiar2 di Korea.....
Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label: Korea
Annyeong haseyo. Annyeong haseyo adalah ucapan yang selalu dorang gunakan setiap pagi, petang dan malam, walhal nak poie pokan sekalipun..dan ianya bermaksud, "Apa Khabar Kamu?"; 'Gomapseumnida' bermaksud 'Terima Kasih'; 'Eodi' maknanya 'Dimana', and a 'Bang' (sebutan yang panjang) adalah 'bilik'. Korang buleh pegi 'DVD Bang' untuk nengok filem, kat Malaysia dipanggil Pawagam..., 'PC Bang' untuk kaki game macam aku.., ataupun 'Nori Bang' untuk karaoke... Bukan Bilik Nori pulak, ngehehehe...

Korang diajak melahap makan malam ngan bos n kengkawan Korea korang. Tengah sedap makan ikan yang sangaaat sedap tuh, tetiba korang tersedo yang ikan yang korang kunyah ade tulang yang banyak. Untuk menghormati bos korang, 'What should you do?'
Ludah je atas meja. Meludah ke kanan meja diterima baik untuk mengeluarkan segala macam mak nenek yang ada dalam mulut korang,jangan buat macam tu kat Malaysia, tambahan pulak dengan mak mertua korang... Silap silap bukan tulang ikan je kuar.. tulang rahang korang pun ikut same akibat dek tamparan sulung mak mertua korang... hehehe

Sebahagian besar rakyat Korea kemana2 dengan basikal?
Memang benar, semua bahangian kat Asia nih suke naik beskal, bukan kat Korea saja. Pemilik kenderaan kat sana sering bertuka2 kete kerana xcident, xcident slalu jadi n kedai workshop kat sane jadi bisnes yang paling untung. Kenderaan awam (bas, ketapi, teksi)popular jugak, murah lagik!
siap leh mandi lagi, hehehe
"Nothing". Tua ke, muda ke, orang Korea xde masalah sangat dan mereka suka buat bunyi macam nih... 'hhuucchhhkkk' dan buang ikut suka ati dorang, yela, dey' all nye negare kan?? (kalu kat Malaysia la, dah bunyi 'hhuucchhhkkk' tu, mesti la kuar "cendol", mesti ada bunyi2 sumbang... "hew/heeeik/yucks/yaqq") juga, 5,000 won bersamaan $5.00 U.S. 5,000 Won Bin bersamaan dengan 5,000 orang U.S.. hehehe

ape orang batuk tepuk tangan??
Apekah yang dianggap sopan apabila anda MESTI nak batuk jugak kat kawasan orang ramai kat Korea?
"Nothing" jugak, bukak mulut luas2 dan sebut "uhukkks". Someone may turn aside if they are facing you directly, tapi mende ni xpakse laa. If you are coughing or sneezing you may share with all of those around you, boleh ke pakai statement nih?. Kang melarat lak H1N1 a.k.a Selsema Babi.. Kadangkala diorang akan pakai Topeng Cybercops atau Topeng Muka kalu rase dorang x sihat... tapi bila nak batuk dorang bukak la topeng tuh n batuk seluas mungkin, xjadi jugak kan?? BAik xpayah pakai...

Jika tengah berjalan kat Korea, tetiba anda terlanggar seorang, apekah ucapan yang ingin anda luahkan kepada si dia?
Xkan nak sebut "Annyeong haseyo", gila kah? huhuhu, pulak xkan nak sebut "Gomapseumnida" yang bermaksu terima kasih?? huhuhu, melarat2 larat la sewel anda nanti.... Xpayah cakap pape pun, bukan bermaksud kalu xreti cakap Korea, xpayah cakap papepun, "Terberetuh"(lohat utara) orang xdikira biadap. Kalu dorang yang langgar maybe anda akan cakap... "cantek muke ngko? dah langgar aku wat derk aje?? nak penampo??

Orang Korea makan 'Nasi'??
Jepun terkenal dengan 'The Land of the Rising Sun'/'Negara Matahari Terbit'.Apekah pula nama timangan bagi negara Korea?
'The Land of the Morning Calm'/ 'Negara Pagi yang Tenang'. Nama yang syahdu kan??? Filipina pulak dikenali sebagai 'The Jewel of the Pacific'/'Permata Pasifik'.
Apekah kimchi?Jeruk Sayur... Kimchi sangat sedap kate otang Korea, dan selalunya pedas... Ia dibuat dari pelbagai sayur seperti lobak atau kobis cina. Sayur ni dimasinkan dan di rempahkan dengan segala mak nenek rempah dan di simpan dalam bekas yang mengandungi asid laktik. Jangan tekejut bila kalu korang p umah pelakon Korea, diorang hidangkan kimchi mase breakfast, lunch ataupun dinner. pelik tapi bonar...
Sejarah Penolong Pegawai Perubatan
Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label: Dressa- Kerajaan telah bersetuju dan meluluskan gelaran jawatan yang baru bagi Pembantu Perubatan iaitu Penolong Pegawai Perubatan berkuatkuasa 20hb Mac 2007.
- Pertukaran gelaran ini hanyalah secara pentadbiran sahaja dan tidak melibatkan skim perkhidmatan.
- Semoga dengan ini dapat memberi peransang dan galakan untuk semua PPP untuk terus memajukan kerjaya dan prestasi mereka. - PPP dibahagikan kepada beberapa grade:
KUMPULAN SOKONGAN- PPP grade U29 - PPP grade U32 - PPP grade U36
- PPP Grade U41
- PPP Grade U42
- PPP Grade U44
- PPP Grade U48
- PPP Grade U52
- PPP Grade U54- telah ramai PPP yang melanjutkan pelajaran diperingkat Universiti dan mendapat ijazah
- dengan ini diharap akan dapat meningkatkan mutu dan produktiviti PPP
Asal Usul Pembantu Perubatan
Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label: DressaMy Best Pren
Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label: Pren KPPSsalam, ape kabo? huhuhu, pabila boring datang menjelma, mula la nak merepet..... kali ni nak merepet pasal kengkawan kolej aku yang asal jumpe nak penampor, asal jumpe nak penampor.... tapi bila dah berpisah mati... eh.... berpisah sebab dah habeh blajo mula la nak menitik air mate.... adat la kan, bile nak bekawan, maneh, bile begadoh, masam, bile nak berpisah, pahetttt...
okla xnak panjang-panjang... 1stly yang pertame... memangla, dah firstly....

si jun, tok same adeq ni, makcik tu jatoh leh wat derk je... bukan nak tolong, leh tatap ala hensem la kunon, dari jauh merenung je....
yang baju klabu asap tu nameneye jun a.k.a ostat Junaidi bin Ramli..... memang waraq, suka la kawan n wat sahabat kat dia neh... tapi pabile datang aje rajin nye, mule la, ajak joging la, senaman la, huhu, tau le aku gemok... huhuhu..... tapi bile time malas @ "xde mood la apis oii", nak ajak p beli nasik pun idok le larat...
yang baju kunen tu name nye tok, bukan tork@ torque.... name betoi Faizal, name tipu Jack Sparrow, buleh??? motif diletakkan name tu ape ke hal?? pasal dia no komen, tapi memang baik budak nih, jasa dia memang manyak pada aku, pada korang tatau la, keh3...
yang pakai baju converse merah tu name manjenye adeq, memang manje pun... hahaha, die orang johor.. dia pun baik... dak ni mase blaja ade bilik, tapi dia sewakan kat orang lain, dia pi la tinggal kat bilk kawan2 dia, konpius aku, bilik nye berhantu kah? or bilik tu ade jelmaan kucen yang mati kena penyek dek encik pintu semasa orang sedang membuka beliau??... ape2 jelah ye tak ??
ok, t ada masa aku masukkan lagi entri lagiks ye....Amalan menjadi sia-sia
Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label: IslamFaktor-faktor yang menyebabkan amalan manusia menjadi sia-sia telah dijelaskan Allah di dalam al-Qur'an. Ayat-ayatnya didapati agak banyak, dan diturunkan di bawah ini menurut kronologi:
1. Murtad atau berpaling daripada agama. Firman Allah,
"Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya." (2:217)
2. Tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan
a) membunuh Nabi dan manusia yang menyuruh pada keadilan. Firman-Nya,
"Orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut, dan mereka membunuh manusia yang menyuruh pada keadilan, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih. Mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong." (3:21-22)
b) pertemuan dengan-Nya. Dan usahanya sesat tetapi menyangka mereka berbuat baik. Firman Allah,
"Orang-orang yang usahanya menjadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat perbuatan baik. Mereka itulah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan dengan-Nya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak menegakkan bagi mereka sebarang penimbangan." (18:104-105)
c) menghalangi orang lain daripada jalan Allah. Firman-Nya
"Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, Allah menyesatkan (menghilangkan) amalan-amalan mereka." (47:1)
d) menghalangi orang lain daripada jalan Allah, dan melawan rasul setelah petunjuk (al-Qur'an) menjadi jelas. Di sini, sikap yang negatif terhadap petunjuk setelah ia menjadi jelas juga diertikan seperti melawan rasul, kerana rasul yang menyampaikannya. Firman Allah,
"Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, dan melawan rasul setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, mereka tidak akan sedikit pun memudaratkan Allah, dan Dia akan menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka." (47:32)
Sebenarnya juga, amalan orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, lalu tidak mentaatinya, walaupun mengaku Islam, adalah seperti fatamorgana sahaja. Firman-Nya,
"Dan orang-orang yang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran yang luas, di mana orang yang dahaga menyangkanya air, sehingga, apabila dia mendatanginya, dia mendapatinya tiada sama sekali; dan dia mendapati Allah di sisinya, dan Dia membayar perhitungannya dengan sepenuhnya; dan Allah cepat membuat perhitungan." (24:39)
3. Percaya kepada ayat-ayat Allah, tetapi mempergunakan wanita untuk berzina atau untuk dijadikan teman rahsia (mistress). Mereka yang berbuat demikian dikatakan tidak percaya (kafir) dalam keimanan. Firman-Nya,
"Begitu juga (dihalalkan) wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu memberikan mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya menjadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi." (5:5)
4. Percaya kepada ayat-ayat Allah, tetapi menolak orang-orang lain yang bersumpah berada bersama mereka dalam pakatan. Firman Allah,
"Dan orang-orang yang percaya akan berkata, 'Adakah ini orang-orang yang bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa mereka adalah berserta kami?' Amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; mereka menjadi orang-orang yang rugi." (5:53)
5. Menyekutukan Allah. (Sila rujuk artikel Al-Qur'an dan Sekutu Allah untuk mengenali siapa sebenarnya orang-orang yang menyekutukan Allah.) Firman-Nya.
"Itulah petunjuk Allah; Dia memberi petunjuk dengannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya; sekiranya mereka orang-orang yang mempersekutukan, nescaya sia-sialah bagi mereka apa yang mereka telah buat." (6:88)
Orang-orang yang menyekutukan Allah turut didapati di masjid-masjid, seperti mereka yang memakmurkannya. Firman Allah,
"Tidaklah patut bagi orang-orang yang menyekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri, akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya." (9:17)
6. Mendustakan ayat-ayat Allah dan pertemuan di akhirat. Frasa mendustakan ayat-ayat Allah adalah jelas dengan sendirinya tetapi mendustakan pertemuan di akhirat boleh juga diertikan seperti tidak takut kepada balasan di akhirat. Firman-Nya,
"Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan pertemuan di akhirat, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; tidakkah mereka akan dibalas melainkan apa yang mereka buat?" (7:147)
7. Hanya mengambil bahagian kesenangan setelah menjadi kuat dan kaya. Atau, asyik hendak enjoy sahaja. Firman-Nya,
"Seperti orang-orang yang sebelum kamu, yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan anak-anak; mereka mengambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu mengambil kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu mengambil kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi." (9:69)
8. Menghendaki dunia dan perhiasannya apabila membuat sesuatu kerja. Mereka akan dapat dunia dan perhiasannya, tetapi di akhirat segala kerjanya menjadi sia-sia sahaja lalu dicampakkan ke dalam neraka dan duduk kekal di dalamnya. Firman Allah,
"Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan membayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka di dalamnya, dan mereka tidak dirugikan di dalamnya. Mereka itulah orang-orang yang tiada bagi mereka di akhirat kecuali Api, dan usaha mereka menjadi sia-sia di dalamnya, dan palsulah kerja-kerja mereka." (11:15-16)
9. Kikir serta menghalangi orang lain daripada berperang untuk Allah. Juga bersifat pengecut dan tidak mempercayai. Firman Allah,
"Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang antara kamu yang menghalangi, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudara mereka, 'Datanglah kepada kami', dan mereka tidak mendatangi peperangan kecuali sedikit, Dengan kikir kepada kamu. Apabila ketakutan datang kepada mereka, kamu melihat mereka memandang kepada kamu, dengan mata-mata mereka berputar-putar seperti orang yang ditutupi kematian; tetapi apabila ketakutan telah pergi, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, dengan kikir untuk memiliki yang baik. Mereka itu tidak pernah mempercayai; Allah menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka; dan itu, bagi Allah, mudah." (33:18-19)
10. Benci pada apa yang Allah turunkan (Sila rujuk Kalimat benci di dalam al-Qur'an.) Firman-Nya,
"Itu adalah kerana mereka benci pada apa yang Allah menurunkan, maka Dia menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka." (47:9)
11. Buat apa yang Tuhan marah. (Sila rujuk Kalimat marah atau murka di dalam al-Qur'an.) Firman-Nya,
"Itu adalah kerana mereka mengikuti apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan membenci kepuasan hati-Nya, maka Dia menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka." (47:28)
12. Tidak taat kepada Allah dan rasul. Rasul hanya menyampaikan ayat-ayat-Nya (5:92 dan 24:54). Firman Tuhan,
"Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul, dan janganlah menjadikan amalan-amalan kamu sia-sia." (47:33), dan akhir sekali,
13. Menaikkan suara di atas suara Nabi ketika berinteraksi dengannya. Firman Allah,
"Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menaikkan suara-suara kamu di atas suara Nabi, dan jangan kamu melantangkan ucapan kamu kepada dia, seperti kelantangan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain, supaya tidak menjadi sia-sia amalan-amalan kamu, sedang kamu tidak menyedari." (49:2)
Demikian petikan ayat-ayat al-Qur'an mengenai amalan manusia yang akhirnya menjadi sia-sia belaka. Tidak ada balasan yang baik lagi kekal bagi mereka kecuali neraka. Lantas ia mengingatkan manusia bahawa membuat amalan atau kerja-kerja yang baik bukanlah satu-satunya dalam agama.


