Israk & Mikraj

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:

Bulan Rejab sudah sampai ke penghujungnya,itu menandakankan Ramadan akan berkunjung tidak lama lagi.Namun didlm bulan Rejab ini terselit satu peristiwa bersejarah bg umat Islam dimana Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah(bumi) ke alam atas(langit) sampai ke tujuh langit yg telah dijemput oleh utusan Allah malaikat Jibril.Peristiwa bersejarah ini adlh di kenali Israk & Mikraj Peristiwa itu dirakamkan dlm al-Quran."Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya,untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(al-Isra':1)

Sy yakin pasti ramai shbt2 yg telah mengetahui jln cerita mengenai Israk & Mikraj dimana drpd riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami baginda,tidak kurang dgn kejadian aneh bermula dari awal.Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah.Ketika itu,nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya,Jaafar & Hamzah bin Abu Talib. Jd tidak perlula sy menceritakan semula kejadian tersebut,namun apa yg pasti byk pengajaran yg dpt di ambil drpd peristiwa tersebut.Tp di sini sy nak menekankan 2 jenis pengajaran utama yg dpt menjadi pedoman kpd kita,1.Keimanan,2.Perintah mengerjakan solat.

1.KEIMANAN
Sebelum rasulullah saw di angkat ke langit oleh malaikat Jibril,rasulullah telah menerima ujian dari Allah di mana,isteri tercinta Khatijah & bapa saudara yg di kasihi Abdu Al Mutallib telah meniggal dunia.Baginda amat sedih,namun semua kejadian ada hikmahnya.Allah telah meredakan kesedihan rasulullah di mana baginda telah dijemput utk mengadap Allah.Pengajaranya yg kita dpt ambil di sini walaupun kita dlm kesedihan pabila telah ditimpa musibah,ingatlah Allah sts d cc.Kalau di dunia ini tiada lg yg menyayangi kita,Allah masih ttp menyayangi kita. Jd Allah masih bersama kita. Jgnlah sampai nak terjun bangunan,gantung diri, dll. Nahuzubillah. Ingatla org yg bunuh diri tidak akan masuk syurga!
Surah Al- Baqarah
لَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ [156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,mereka berkata:"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

2.Perintah Mengerjakan Solat.
Tujuan utama rasulullah di angkat ke langit adalah utk menerima perintah mengerjakan solat.Baginda juga bermunajat dengan Allah & dlm munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kpd lima waktu sj,selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa.Baginda telah merayu pada Allah berulang kali smata2 memikirkan umatnya iaitu kita.
Surah Al- Baqarah
وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ وَمَا تُقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللّهِ إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ [110] Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu,tentulah kamu akan mndpt balasan pahalanya di sisi Allah.Sesungguhnya Allah sts Melihat segala yang kamu kerjakan Subhanallah. Besyukurlah pd Allah,pemintaan rasulullah saw telah dipekenankan Allah.Tp syg masih ada lg umat Islam yg meninggalkan solat.Malah langsung tidak merasa takut dgn dosa besar yg sedang mereka lakukan.Wahai shbtku sekalian,perkara pertama yg akan d hisab ialah solat!Api neraka la bagi mereka yg meniggalkan solat.Tlg la shbt2 ku.Kembalilah pd Allah.Ayuh mengerjakan solat.Solat itu tiang agama!Marilah kita bertaubat.Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat,lg Maha Mengasihani [128]"Wahai Tuhan kami!Jadikanlah kami berdua:orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu,dan jadikanlah daripada keturunan kami:umat Islam (yang berserah diri) kepadamu,dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara2 ibadat kami,dan terimalah taubat kami;sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lg Maha Mengasihani

0 umpatan atau pujian:

Catat Ulasan