Mari Bersiar2 di Korea.....

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:

Mari Bersiar2 di Korea.....


Bagaimana korang nak ucapkan 'Hello' di Korea?
Annyeong haseyo. Annyeong haseyo adalah ucapan yang selalu dorang gunakan setiap pagi, petang dan malam, walhal nak poie pokan sekalipun..dan ianya bermaksud, "Apa Khabar Kamu?"; 'Gomapseumnida' bermaksud 'Terima Kasih'; 'Eodi' maknanya 'Dimana', and a 'Bang' (sebutan yang panjang) adalah 'bilik'. Korang buleh pegi 'DVD Bang' untuk nengok filem, kat Malaysia dipanggil Pawagam..., 'PC Bang' untuk kaki game macam aku.., ataupun 'Nori Bang' untuk karaoke... Bukan Bilik Nori pulak, ngehehehe...


Korang diajak melahap makan malam ngan bos n kengkawan Korea korang. Tengah sedap makan ikan yang sangaaat sedap tuh, tetiba korang tersedo yang ikan yang korang kunyah ade tulang yang banyak. Untuk menghormati bos korang, 'What should you do?'
Ludah je atas meja. Meludah ke kanan meja diterima baik untuk mengeluarkan segala macam mak nenek yang ada dalam mulut korang,jangan buat macam tu kat Malaysia, tambahan pulak dengan mak mertua korang... Silap silap bukan tulang ikan je kuar.. tulang rahang korang pun ikut same akibat dek tamparan sulung mak mertua korang... hehehe



Sebahagian besar rakyat Korea kemana2 dengan basikal?
Memang benar, semua bahangian kat Asia nih suke naik beskal, bukan kat Korea saja. Pemilik kenderaan kat sana sering bertuka2 kete kerana xcident, xcident slalu jadi n kedai workshop kat sane jadi bisnes yang paling untung. Kenderaan awam (bas, ketapi, teksi)popular jugak, murah lagik!

siap leh mandi lagi, hehehe

Apa yang akan terjadi jika polis Korea 'ter'perasan anda meludah ataupun membuang hingus di jalan2 Korea?
"Nothing". Tua ke, muda ke, orang Korea xde masalah sangat dan mereka suka buat bunyi macam nih... 'hhuucchhhkkk' dan buang ikut suka ati dorang, yela, dey' all nye negare kan?? (kalu kat Malaysia la, dah bunyi 'hhuucchhhkkk' tu, mesti la kuar "cendol", mesti ada bunyi2 sumbang... "hew/heeeik/yucks/yaqq") juga, 5,000 won bersamaan $5.00 U.S. 5,000 Won Bin bersamaan dengan 5,000 orang U.S.. hehehe




ape orang batuk tepuk tangan??

Apekah yang dianggap sopan apabila anda MESTI nak batuk jugak kat kawasan orang ramai kat Korea?
"Nothing" jugak, bukak mulut luas2 dan sebut "uhukkks". Someone may turn aside if they are facing you directly, tapi mende ni xpakse laa. If you are coughing or sneezing you may share with all of those around you, boleh ke pakai statement nih?. Kang melarat lak H1N1 a.k.a Selsema Babi.. Kadangkala diorang akan pakai Topeng Cybercops atau Topeng Muka kalu rase dorang x sihat... tapi bila nak batuk dorang bukak la topeng tuh n batuk seluas mungkin, xjadi jugak kan?? BAik xpayah pakai...




Jika tengah berjalan kat Korea, tetiba anda terlanggar seorang, apekah ucapan yang ingin anda luahkan kepada si dia?
Xkan nak sebut "Annyeong haseyo", gila kah? huhuhu, pulak xkan nak sebut "Gomapseumnida" yang bermaksu terima kasih?? huhuhu, melarat2 larat la sewel anda nanti.... Xpayah cakap pape pun, bukan bermaksud kalu xreti cakap Korea, xpayah cakap papepun, "Terberetuh"(lohat utara) orang xdikira biadap. Kalu dorang yang langgar maybe anda akan cakap... "cantek muke ngko? dah langgar aku wat derk aje?? nak penampo??


Orang Korea makan 'Nasi'??
Setiap hari..... Nasi dimakan setiap hari, setiap waktu.. Makanan kat sane xlengkap kalu xde nasi... alahai nasi... mane2 mane pun orang makan nasi...
Jepun terkenal dengan 'The Land of the Rising Sun'/'Negara Matahari Terbit'.
Apekah pula nama timangan bagi negara Korea?
'The Land of the Morning Calm'/ 'Negara Pagi yang Tenang'. Nama yang syahdu kan??? Filipina pulak dikenali sebagai 'The Jewel of the Pacific'/'Permata Pasifik'.

Apekah kimchi?
Jeruk Sayur... Kimchi sangat sedap kate otang Korea, dan selalunya pedas... Ia dibuat dari pelbagai sayur seperti lobak atau kobis cina. Sayur ni dimasinkan dan di rempahkan dengan segala mak nenek rempah dan di simpan dalam bekas yang mengandungi asid laktik. Jangan tekejut bila kalu korang p umah pelakon Korea, diorang hidangkan kimchi mase breakfast, lunch ataupun dinner. pelik tapi bonar...

0 umpatan atau pujian:

Catat Ulasan