Kasih Ucop

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:

Khas wat korang... syahdu citernye..... Pasal Ucop.... Ucop dan Kilah....




Selesai sahaja solat Subuh aku terus ke dapur. Aku tak mahu terlepas membungkus nasi lemak mak pagi ini. Sesampainya aku di lantai dapur mak menoleh. Aku hadiahkan senyum pagi pada mak. Mak membalas senyum sambil mengaul sambal ikan bilis dalam periuk. Kedengaran bunyi senduk mak berlaga dengan periuk.

"Kau tu baru saja balik semalam Kilah..tidurlah lebih sikit.." Mak bersuara. Aku menghampiri mak. Rapat di belakangnya. Pinggang mak ku peluk perlahan. Kepala kulentokkan di belakangnya.

"Kilah rindulah..rindu dengan nasi lemak mak.." Mak menggerak-gerakkan badannya sedikit kegelian, kemudian ketawa kecil. "Busuknya anak mak ni."

"Busuk busuk pun anak mak jugakan?" Makin erat juga kupeluk mak. Rindu yang menggunung setelah setengah tahun berjauhan terlerai jua. Terasa cuitan tangan mak di pipiku. Sebelah tangan lagi masih memegang senduk sambal dalam periuk. Wap panas dari sambal yang menggelegak naik ke atas. Aroma sambal ikan bilis mak menggugat selera pagiku. Lamanya aku tak makan nasi lemak mak.

"Kilah nak tolong mak kan?" Aku mengangguk. "Kilah pergi mandi dulu, biar bersih-bersih sikit. Mak tak nak nasi lemak mak terkonti..mm..apa?..mm..mm..nasen..nasyen eh?" Mak sengetkan kepala pandang aku. Berkerut keningnya. Aku melepaskan ketawa besar.

"Ter-kon-ti-mi-na-syen lah mak." Kusebut semula dengan betul dan kusambung lagi ketawaku. Perkataan itulah yang aku selalu sebut ketika membungkus nasi lemak bersama mak dulu. Rasa geli hati bila mak dah belajar nak sebut.

Mak cuit pinggangku. "Dah..dah..Kilah pergi mandi sekarang. Nanti Kilah pergi rumah Mak Seha, pergi tengok-tengokan si Ucop tu. Mak dengar semalam dia sawan teruk."

Aku lepaskan pelukkan mengambil tempat duduk di kerusi. "Ucop? Sawan lagi?" Mak mengangguk sambil memutar tuil dapur matikan api.

Kasihan Ucop. Sawan benar-benar mengubah hidupnya. Ucop mula diserang sawan sejak berusia 3 tahun lagi. Serangan sawan itulah yang menyebabkan kehidupan Ucop tak sama macam remaja lain yang seusia dengannya, otaknya terencat.

"Rindu sangat si Ucop kat kau Kilah. Tiap kali mak ke rumah Mak Seha dia asyik tanya bila kau nak balik. Nanti lepas tolong mak hantar nasi lemak, kau pergilah jumpa si Ucop tu." Arah mak.

Aku risau memikirkan keadaan Ucop. Ucop sudah pun berusia 19 tahun, sawannya pula semakin teruk menyerang. Penyakit sawannya itu menderitakan dirinya bertahun-tahun. Bagaimana pula masa depan anak itu nanti jika kerap saja di serang sawan. Keluh kulepaskan berat.

Mak yang sudah berada di hadapanku kupandang lama.

"Pergi mandi lekas! Lepas tolong mak nanti cepat pergi jumpa Ucop!" Sergah mak sambil picit hidungku. Aku sengihkan muka kemudian angguk-angguk dan bergegas ke bilik air.


------


Selepas menghantar nasi lemak mak ke Restoran Hj.Salleh aku singgah di rumah Mak Seha. Aku cari Ucop. Mak Seha kata Ucop tak ada, Pak Oyak bawa Ucop pergi berubat di rumah Unduk Manan di kampung sebelah. Aku tanya Mak Seha pasal sawan Ucop. Mak Seha kata sawan Ucop semalam teruk sangat. Habis meracau-racaunya dia selepas mengurung diri di dalam bilik sehari suntuk.

"Risau makcik ni Kilah. Harap-harap lepas berubat tu nanti kendur sikitlah sakitnya tu." Luah seorang ibu yang tabah.

Kasihan pada Pak Oyak yang sering ke hulur-ke hilir tak pernah putus asa mencari ubat. Semua orang tahu penyakit Ucop itu tak ada ubatnya, tapi Pak Oyak tak ambil pusing sedikit pun. Aku ingat kata-kata Pak Oyak dulu, "Selagi aku hidup, selagi aku ada kudrat dan tenaga, selagi itu aku akan mengubati penyakit anakku. Aku tak peduli orang nak kata apa." Aku sokong kata-kata Pak Oyak. Memang benar, dalam quran sendiri kita disuruh berusaha. Usaha yang sungguh-sungguh itu jika diperkenankan olehNYA, tidak mustahil keajaiban akan berlaku bukan?

"Ucop merajuk apa Mak Seha? sampai kurung diri dalam bilik." Soalku pada Mak Seha yang termenung panjang.

"Entahlah Kilah. Dia ikut Afiz keluar ke pekan kelmarin, sampai-sampai je rumah dia lari masuk bilik. Alih-alih tengah malam kena sawan. Makcik ada tanya Afis tapi Afis buat tak tahu."

Aku sekadar angguk-angguk. Dalam hati tertanya-tanya apa yang Afiz dah buat pada Ucop.

"Tak apalah Mak Seha. Esok Kilah singgah lagi jumpa Ucop. Kilah balik diri dulu ya." Aku meminta izin pulang. Wajah seorang ibu yang tabah sempat kurenung sayu sebelum melangkah pulang.

Dalam perjalanan pulang wajah Ucop dan Afiz berlegar-legar di mindaku. Aku faham benar kelakuan Ucop. Sejak aku kenal Ucop dari kecil kalau dia merajuk dengan sesuatu mesti dia akan kurung diri dalam bilik. Pernah masa kecil dulu dia merajuk dua hari sebab aku dan Afiz tak mahu main masak-masak dengan dia. Aku kata pada Ucop, lelaki tak boleh main masak-masak. Ucop degil nak main jugak. Kami bertengkar. Aku marah Ucop. Lepas tu dua hari aku tak jumpa Ucop. Mak Seha kata Ucop merajuk, mengurung dirinya tak mahu kawan dengan Kilah. Lepas rajuknya reda aku kawan balik dengan Ucop. Aku sakat Ucop kuat merajuk. Ucop jawab dia bukan merajuk, tapi bawa diri. Aku tak tahu apa yang Afiz buat kelmarin sampai Ucop merajuk macam tu. Setahu aku Afiz pun baru balik dari Rusia minggu lepas, takkan balik-balik dah buat Ucop ‘bawa diri’?


--


Esoknya petang, balik sahaja dari berborak panjang di rumah Zara aku singgah ke rumah Mak Seha. Aku cari Ucop lagi. Aku nampak Mak Seha duduk di pintu belakang rumah, sedang mengelek ubi. Aku jerit bagi salam. Mak Seha memanjangkan leher tersenyum.

"Walaikumsalam Kilah! Naiklah rumah, Ucop ada kat depan tu!" Sahut Mak Esah.

Aku naik rumah, ketuk pintu depan. Aku beri salam sambil panggil nama Ucop. Tiga kali baru salamku berjawab. Aku menjengukkan kepala ke dalam rumah. Aku lihat seorang lelaki di atas sofa sibuk menekan-nekan fonselnya. Sedang kakinya melunjur di atas meja. Aku perhatikan dia. Lama. Seperti tidak percaya. Afiz yang kulihat di atas sofa itu apakah Afiz yang sama ku kenal dulu? Lain sungguh penampilan lelaki bergelar graduan luar negara itu. Berkemeja tanpa lengan, seluar pendek separas lutut, dalam rumah pun berhias dengan topi yang tertera jenama asing. Berjenama sungguh nampaknya. Aku perhatikan Afiz dari hujung rambut sampai hujung kaki. Lagaknya nyata berbeza. Afiz yang ini tidak sama macam Afiz yang selalu main dengan aku dan Ucop di bendang dulu. Lain benar. Aku tersengih sendiri. Mungkin ini yang dikatakan sebagai Up-to-date. Semua orang pastinya tidak mahu ketinggalan. Afiz juga.

"Tak nak masuk ke kilah?" Sapanya acuh tak acuh. Aku yang sedari tadi tercegat di muka pintu melangkah masuk perlahan-lahan. Segan rasanya pada Afiz yang duduk di sofa.

"Ilah! Ilah! Ilah!" terdengar namaku dipanggil. Aku toleh ke kiri, di suatu sudut, Ucop duduk di lantai sedang ternganga pandang aku. Mulutnya penuh dengan makanan. Di ribanya pinggan berisi nasi berlaukkan telur bersimbah kisap. Aku pandang tv di hadapan Ucop, kartun Ben10 rupanya. Patutlah punggung Ucop melekat di situ. Aku beri salam pun dia tak berganjak.

Dipanggilnya namaku lagi dengan mulut penuh sambil terlonjak-lonjak. Tersembur nasi dari mulutnya. Cepat-cepat makanan di dalam mulutnya itu ditelan dengan paksa. Dia menepuk-nepuk dadanya kerana tersedak. Aku tarik kain baju kurung, duduk bersimpuh di sebelahnya. Gelas berisi air di atas lantai ku suakan. Serta-merta dicapainya lalu meneguk sampai habis. Maunya aku tak rindu dengan keletah Ucop yang sebaya dengan kanak-kanak 7 tahun itu.

Ucop mengusap dadanya menenangkan diri. "Bila Ilah sampai?" soalnya serta merta.

"Dua hari lepas." Jawabku sambil menjenguk-jenguk ke dapur. Nampak kelibat Mak Seha ke hulur ke hilir sibuk. Sesekali aku jeling Afiz di sofa yang tersengih-sengih pandang fonselnya. Dia perasan aku memerhatikannya. Cepat-cepat dia bangkit dari duduk. Berlalu ke biliknya tanpa pandang aku sekilas pun.

"Kenapa Ilah tak datang jumpa Ucop?..Ilah jahat!" Ucop di sebelahku tiba-tiba tarik muka, matanya kembali memandang tv.

"Ada lah Cop. Pagi kelmarin. Tapi Ucop tak ada."

"Ucop tak ada? Ucop ke mana ya?" Ucop pandang aku. Ternganga sambil menggaru-garu kepalanya.

"Ucop kan ikut Pak Oyak pergi berubat."

"Ha’ah...iyalah..Ucop lupa.." Ucop tersengih-sengih teringat sesuatu. Menampakkan barisan giginya yang tidak rata. Butir-butir nasi melekat di pipi dan dagu. Telur mata kerbau dicuitnya lalu disuapkan ke mulut.

"Macam mana berubat dengan Unduk Manan Cop?" soalku. Ucop tak jawab. Matanya membuntang pada kaca tv, tak berkelip-kelip. Lagu ending Ben10 kedengaran kuat, kusyuk sangat Ucop mendongak di depan TV.

Aku perhatikan Ucop dari belakang. Dia menyuap nasi ke mulut, masih macam dulu. Butir-butir nasi terjatuh di atas lantai. Baju dan seluarnya juga sudah comot, penuh dengan nasi dan palitan kicap. Aku sentuh belakang Ucop, kuusap perlahan belakangnya. Rinduku pada Ucop terubat. Enam bulan aku tak jumpa Ucop. Saiz badannya pun sudah mengecil, terasa tulang-tulang belakangnya di tapak tanganku. Kurus benar dia berbanding kali terakhir aku balik kampung dulu.

"Mak Sehaaaa..Ucop dah abis makaaan!" Jerit Ucop meletak pinggan ke lantai membuatkan aku sedikit terkejut.

Mak Seha di dapur tak menyahut. Sibuk barangkali. Ucop mencelup kedua tangannya dalam mangkuk berisi air yang disediakan untuk membasuh tangan. Kemudian tangannya dilap di baju. Pinggan di sorong ke tepi dengan siku sambil melunjurkan kakinya. Aku tarik pinggan itu ke arahku, butir-butir nasi yang kukutip di atas lantai ku letak di pinggan.

"Ucop dengan Afiz ke mana siang kelmarin?" soalku sambil membersihkan baju Ucop dari sisa makanan. Ucop pandang aku. Diam.

"Ilah tanya ni Cop, siang kelmarin Ucop dengan Afiz pergi ke mana?" Dia angkat muka memandang atap rumah dengan mulut ternganga. Berkedip-kedip matanya, berfikir seketika.

"HAH!!" Jeritnya tiba-tiba sambil pandang aku dengan mengangkat jari telunjuk. Tingkahnya buat aku terkejut.

"Ucop ingat! Ucop ingat! Ucop ikut Afiz gi pekan jalan-jalan!"

Aku angguk-angguk sambil mengurut dada. "Jalan-jalan saja ke?" soalku.

"Afiz kan Ilah, dia bawa Ucop jumpa satu orang. Lawaaa...macam anak patung Ilah punya.. rambut dia gulung-gulung..." Bersemangat Ucop memberitahu sambil menggayakan aksi rambutnya.

"Lagi, baju dia merah-merah..lagi..lagi.. dia tinggi.. pakai kasut tinggi-tinggi... lawaaa.." Aku mengangguk-angguk.

"Tapi dia jahat!" Sambungnya lagi. Ucop cebik muka. Dia tunduk pandang lantai. Memuncungkan bibir.

"Kenapa dia jahat?"

"Dia tak suka jalan-jalan dengan Ucop! Dia marah Afiz! Ucop pun dia marah! Dia kata Ucop dungu! Aiskerim Ucop tumpah atas baju merahnya. Ucop bukan sengaja langgar dia pun. Kaki Ucop ni yang langgar kotak. Dia pukul dan cubit Ucop.. sini.. sakit tau..." Adu Ucop sambil menunjukkan lengannya. Aku tunjuk rasa simpati sambil usap-usap lengannya.

"Ucop tak dungu kan Ilah? Kan? Kan? Kan?" sambungnya. Aku angguk-angguk.

"Iye..Ucop ni kan pandai..pandai macam Ben10." Pujiku. Kepalanya kuusap perlahan.

"Yeh..yeh! Kilah cakap Ucop tak bodoh! Yeh yeh!" Ucop menaikkan tangannya melonjak keseronokkan.

"Tapi kan Ilah.." Wajah seronoknya bertukar sedih tiba-tiba. Badannya direndahkan.

"Afiz pun panggil Ucop Dungu. Kelmarin Afiz balik rumah marah-marah Ucop...." Perlahan-lahan kepala Ucop tunduk. Lama. Aku merapatkan diri mendekatinya. Bahunya kupegang. Kulihat ada titis jernih menitik di bajunya. Bahunya ku usap perlahan. Kecil benar hati Ucop dengan Afiz, patutlah Mak Seha kata dia kurung diri sehari suntuk.

Aku anggkat muka Ucop. Pipinya yang basah kukesat. "Lain kali kalau Afiz nak pergi dating usahlah Ucop ikut lagi ya. Duduk je kat umah tolong mak."

Lama dia termenung. Berfikir seketika. Air matanya yang bersisa diseka, kemudian dia bersuara, "Ilah, dating tu apa?"

"Oh..dating tu bertemu janji." Jawabku.

"Bertemu janji tu apa?"

"Berjumpa makwe.."

"Berjumpa makwe tu apa?"

"Bila lelaki dan perempuan keluar jalan-jalan bersama, kita pangil mereka itu dating. Afiz lelakinya dan Rozi pula perempuannya. Macam Pak Oyak dengan Mak Seha dulu-dulu. Diorang pun ada dating juga." Ujarku panjang. Aku tak tahu macam mana nak jawab lagi kalau dia masih nak tanya.

Ucop angguk-angguk, menekan-nekan remote tv. Tertukar-tukar siaran di tv tak tentu hala. Remote tv kutarik dari tangannya dan letak di atas meja. Matanya kelip-kelip pandang aku lama.

"Ucop pun pernah dating dengan Ilah dulu kan?" soalnya tiba-tiba. Aku membulatkan mata. Kemudian tersengih panjang sambil mengangguk-angguk mengiyakan.

Seketika kemudian Ucop kulihat wajahnya teringat sesuatu. Dia tunduk pandang robot Ben10 di tangannya. Sesekali jeling aku. Aku pandang, dia tunduk malu-malu.

"Ilah..Ilah.. Upihkan..dia ada robot Benteng. Beeesaaar. Besar daripada yang Ucop punya.." Ucop tunduk menguis-nguis lantai dengan kepala patung Ben10nya. Berbunyi lantai papan rumah Mak Esah.

"Ilah pernah tengok robot besar Ben10 kat KL juga tau. Emm..Ucop Nak tak? Ilah boleh belikan untuk Ucop." Ucop angkat muka. Matanya bulat pandang aku.

"Nak! Nak! Nak!" Dia melompat keriangan.

"Ilah janji tau, belikan Ucop robot Benteng! Ucop nak..Ucop nak yang..beeeeesaaaar daripada Upih punya!" Ucop mendepakan tangannya.

Aku mengangguk. "Ok..ok..Ilah janji." Kuseluk poket baju kurung dan keluarkan fonselku. Aku setkan reminder agar aku tak lupa. Nanti aku lupa tak pasal-pasal Ucop ‘bawa diri’ marahkan aku.



--------------------


Cuti dua bulanku berlalu begitu pantas. Pejam celik sudah hari terakhir. Aku seperti tidak puas duduk di kampung. Dua bulan bagiku tidak cukup. Esok awal pagi aku akan kembali semula ke KL. Pagi ini seperti biasa aku bangun awal untuk bantu mak. Kemudian ke Restoran Hj.Salleh hantar nasi lemak. Lepas hantar nasi lemak aku tak terus balik rumah, aku singgah jalan-jalan di pekan. Terfikir juga mahu membelikan sedikit buah tangan untuk di bawa balik ke KL esok.

Di pekan aku terserempak dengan Pakcik Oyak dan Ucop. Dari bank menguruskan kewangan OKU Ucop katanya.

"Comelnya Ucop hari ni Pak Oyak!" Pujiku sambil pandang Ucop.

Ucop pakai t’shirt putih, seluar panjang biru, bertopi Ben10, dan tergantung di lehernya botol air hijau. Aku ingat botol air itu, botol air yang Afiz yang kirimkan dari Rusia 4 tahun lalu sebab Afiz tak dapat balik beraya. Mak Seha pernah cerita, hari pertama Ucop dapat botol air tu, ke hulur ke hilir dibawanya. Seminggu tak nak lepas, Mak Seha minta nak basuh pun dia tak nak kasi.

Botol air di perut Ucop ku kuis-kuis dengan jari sambil menjeling-jeling Ucop. Dia tersengih-sengih malu. Ditarik-tarik hujung t’shirt putihnya. Sengaja ditunjukkan gambar Ben10 yang besar.

"Comel benar Ucop ni kan Kilah..macam Benteng." Pak Oyak menambah sambil ketawa. Aku angguk-angguk mengiyakan. Ketika itu aku memerhati sekeliling. Ada mata-mata liar orang-orang yang menjengkelkan. Ekor mata mereka pandang Ucop dengan pandangan yang aku tidak suka. Beberapa remaja yang berpakaian sekolah yang duduk melepak di luar pusat cybergame berhampiran tergelak-gelak kuat sambil tunding jari pada Ucop. Beberapa perkataan dilemparkan. Kulihat Pak Oyak mengeluh geleng kepala.

"Itulah, mereka anak-anak yang tak sedar dek untung. Tak pernah rasa syukur dengan kesempurnaan yang diberi Tuhan. Ucop mungkin kekurangan akal, tapi hatinya lebih daripada hati semua orang." Pak Oyak yang bersuara memandang sayu pada Ucop. Aku sekadar mengangguk. Mengiyakan kata-kata Pak Oyak. Memang benar Ucop punyai hati yang tak sama macam orang lain, hati Ucop suci sesuci hati bayi yang baru lahir.

Ketika itu kulihat wajah Ucop berubah. Dia melangkah berdiri di belakangku. Dia tunduk. Seakan mahu sembunyikan dirinya. Aku cepat-cepat tarik tangan Ucop. Aku peluk lengannya rapat di sisiku.

"Kilah ni dari mana nak ke mana?" Soal Pak Oyak turut senyum pandang aku peluk tangan Ucop.

"Tak ke mana-mana Pak Oyak, saja jalan-jalan cari ole-ole yang menarik. Nak belikan untuk kawan-kawan kat KL. Esokkan Kilah dah nak balik." Pak Oyak angguk-angguk. Ketika itu juga kedengaran satu bunyi. Ucop di sebelahku pegang perutnya. Aku tergelak besar sambil membetulkan topi Ucop yang senget. Lapar benar si Ucop sampai perutnya kuat berbunyi.

Serta merta Pak Oyak ajak aku makan tengah hari bersama. Aku ikutkan saja. Pak Oyak pilih Restoran Hj.Salleh. "Kita, kalau nak tengok kampung sendiri maju kenalah support orang kampung sendiri." Itulah kata-kata Pak Oyak. Aku sekadar menggangguk. Aku memang jarang makan di Restoran Hj.Salleh. Bukan sebab tak suka makan di situ, aku yang memang jarang makan di luar. Mana-mana restoran pun aku tak masuk.

Di Restoran Hj.Salleh kami berborak-borak tentang hal kampung. Ketika itu Hj. Salleh pun turut sama di meja. Macam-macam Pak Oyak dan Hj.Salleh tanya aku. Dari soalan tentang pelajaranku di Kuala Lumpur, tentang perniagaan nasi lemak mak yang laris, dan sampailah ke soalan cepu cemas bila aku nak kahwin. Lidahku yang petah bercerita tiba-tiba mengelu bila diajukan soalan cepu cemas. Ucop di sebelah yang seronok makan bubur ikan bilis tiba-tiba menyampuk. Dijawabnya pada Pak Oyak dan Hj.Salleh yang aku ni tak laku. Meletus ketawa Pak Oyak dan Hj. Salleh. Aku pun tergelak sama walaupun aku rasa nak cubit-cubit saja pipi Ucop.

Selesai makan Pak Oyak dan Ucop tak terus balik. Pak Oyak kata nak ke pejabat daerah ada sedikit urusan. Aku tawarkan diri untuk jaga Ucop. Aku minta Ucop dari Pak Oyak, nak bawa Ucop jalan-jalan. Pak Oyak setuju sahaja.

Ketika berjalan-jalan di deretan kedai Bai Din kami terserempak dengan Afiz dan seorang perempuan. Mereka sedang meninjau-ninjau kain batik di sebuah kedai kraf di situ. Betullah kata Ucop, rambut perempuan tu bergulung-gulung macam anak patung aku. Cantik.

"Afiz!" Jerit Ucop. Aku terkejut bila Ucop menjerit. Cepat-cepat ku halang Ucop. Aku tarik tangannya.

"Biarkanlah si Afiz tu dengan makwenya Cop." Aku tarik tangannya masuk ke kedai makan.

Ucop pandang aku. Dia senyum sambil mengusap-usap perutnya dengan robot Ben10. "Ucop tak laparlah. Tadikan baru makan ngan Pak Oyak." Jawabnya sambil mata meliar semula memandang Afiz.

"Tak apalah, kita minum saja ok. Ilah dahaga ni." Ajakku sambil menarik kerusi.

"Afiz! Afiz! Ucop kat sini!" Jerit Afiz. Tak sempat aku halang Ucop berlari ke arah Afiz. Aku mengejarnya dari belakang.

"Ooooo..Afiz dating dengan Rozi kat sini ya? Ucop pun dating juga tau...dengan Ilah. Tu Ilah tu..." Ucop menunding jari ke arahku sambil lompat-lompat.

Afiz memandang aku dengan wajah cuak. Teman wanitanya yang bernama Rozi di sebelahnya menyilang tangan berpeluk tubuh. Dia menjeling memanjang sambil menyengetkan bibir melihat Ucop. Tak suka benar dia dengan Ucop.

"Jom kita dating kat tempat lain Cop." Aku senyum pada mereka dan cepat-cepat tarik lengan Ucop untuk beredar pergi. Tak mahu kacau daun.

Waktu itu juga robot Ben10 Ucop terlepas jatuh ke lantai. Terpeleser ke kaki teman wanita Afiz. Aku dan Ucop saling memandang. Ucop melepaskan lengannya dari tanganku, cepat-cepat dia berpatah balik ke belakang. Langkah Ucop terhenti di hadapan Rozi bila tengok Rozi letakkan kaki di atas Ben10nya. Ucop pandang aku. Aku pandang Rozi dengan wajah terkejut. Rozi angkat kening tersengih sinis. Aku pandang Afiz di sebelahnya, Afiz kaku macam pokok kayu.

Ucop tunduk, mahu ambil Ben10nya. Belum sempat dia sentuh, kaki Rozi menendang robot itu. Terpeleser jauh. Kulihat Rozi tersengih. Ucop berlari-lari mendapatkan robotnya. Kedengaran ketawa Rozi yang kuat. Buruk benar kelakuannya, bak ahli sihir. Serta merta aku mara ke depan mereka. Betul-betul di hadapan mereka. Mata ku kecilkan pandang Afiz yang masih tercegat. Merah mukanya. Rozi di sebelahnya pandang aku dengan sinis. Aku tenung Rozi dari atas ke bawah.

"Kasihan ya, awak ni cantik, tapi awak bukan perempuan." Ucapku dengan senyuman.

Mata Rozi membuntang. Dia memandang Afiz tapi Afiz kaku dengan wajah cuaknya. Rozi pandang aku semula.

"Sebab hati awak batu." Aku menyambung. Air muka Rozi berubah, tiba-tiba dia naik bengang. Tangannya naik, hampir sampai ke mukaku. Sempat kusambut pergelangan tangannya. Kugenggam kuat sebelum kulepaskan.

"Orang macam awak tak layak nak sentuh pipi saya!" Aku tenung tajam Rozi. Dia kecut perut tunduk, diusap-usap tangannya yang sakit.

"Kalau aku jadi kau Afiz, dah lama tangan aku sampai ke muka perempuan yang hina adik aku!" Afiz di sebelahnya yang masih kaku ku jeling tajam. Rasa mahu saja tangan ini hinggap kuat di pipinya biar dia sedar dari kakunya. Memang, Afiz yang berada di hadapan ini bukan Afiz yang aku kenal dulu!

"Jom Ucop, kita tambah koleksi robot Ben10!" Aku tarik tangan Ucop. Ucop terkebil-kebil.

"Koleksi tu apa?" soalnya.

"Kita beli robot baru!" jawabku ringkas.

"Robot baru? Beli robot baru?" soalnya. Aku mengangguk. "Tapi robot kecik je tau." Sambungku sambil memimpin tangan Ucop. Aku bawa Ucop jauh meninggalkan Afiz dan ahli sihirnya.

----------------------------


6 bulan kemudian...........

Masa berlalu bergitu cepat. Pejam celik aku sudah pun selesaikan pengajianku. Praktikal pun sudah selesai. Masa untuk bercuti panjang akan bermula. Aku balik kampung seperti biasa. Rinduku pada masakan mak, terutama nasi lemak mak memanggil-manggil aku setiap malam untuk segera pulang. Wajah Ucop yang melonjak keriangan juga sering terbayang di layar mata.

Aku sampai di kampung awal pagi. Waktu itu mak baru bangun solat Subuh. Siap mandi, aku membantu mak di dapur menyediakan nasi lemak. Aku buka tudung periuk nasi. Serta merta wap keluar. Menusuk hidung aroma beras kampung yang dimasak santan.

"Hmmmmm..sedapnya mak.."

"Tengoklah siapa buat." Mak puji diri sendiri. Aku angguk-angguk sambil tergelak.

Mak suruh aku berehat tapi aku tak mahu. Aku bantu bungkuskan nasi lemak. Lagipun hari ni mak buat nasi lemak lebih. Katanya ada tempahan daripada Ah Keen, kontraktor yang baru buat pembinaan bangunan baru di pekan. Nak bagi sarapan untuk pekerja katanya.

Selesai membungkus nasi lemak, aku cepat-cepat basuh tangan. Aku berlari ke bilik. Mengambil kotak besar berbalut kertas bercorak warna-warni. Terbayang wajah Ucop yang melonjak-lonjak keriangan.

Aku ke dapur semula. Mak sedang sibuk mengemas meja. "Mak, Kilah keluar dulu." Aku minta izin sambil melangkah ke luar pintu.

"Kau nak ke mana pulak tu Kilah?" Langkahku terhenti. Aku menoleh.

"Macam biasalah mak, ke rumah Mak Seha." Ucapku dengan senyum simpul. Kotak kusinsing kemas di tangan.

Mak berhenti mengemas. Memandang tepat ke arahku. Wajah mak berubah. Aku kerut kening. Kenapa dengan mak ni?

"Tak payahlah kau ke sana Kilah. Ucop tak ada." Mak kembali mengemas daun-daun pisang di atas meja.

"Ucop pergi berubat kat kampung sebelah lagi ke mak?"

Soalan ku tak berjawab. Tak tahu mak dengar ke tidak soalanku. Mak duduk di kerusi, pandang aku dengan satu pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.

"Takpelah kalau Ucop tak ada, Kilah nak pergi hantar barang ni je bagi kat Mak Seha. Hadiah untuk si Ucop Benteng!" Kutunjukkan kotak di tanganku dengan mengoncang-ngoncangnya perlahan.

"Ucop dah tak ada Kilah..Ucop dah tinggalkan kita...." Mendatar suara mak.

Aku tergamam.

"Ucop dah tinggalkan dunia ni nak..." Sambung mak.

Kotak terlepas dari tanganku. Aku lari ke arah mak. Mak menarik tanganku, menggenggam kuat jemariku. Mata mak kurenung dalam.

"Mak tak main-main Kilah...Ucop meninggal dua bulan yang lalu..."

Aku terduduk di hadapan mak. Air mataku gugur tanpa dipinta. Laju mengalir ke riba mak. Tanpa sedar aku menangis teresak-esak.

"Yang pergi biar pergi..tak baik tangisi arwah.." tegur mak sambil mengusap-usap bahuku. Airmataku tetap laju. Wajah Ucop tersenyum riang bermain-main di anak mata. Aku tidak dapat melihat raut wajah itu untuk kali terakhir. Aku takkan dapat jumpa Ucop lagi. Berjurai-jurai air mataku tumpah.

Mak memandang kotak di atas lantai. "Semasa nazak, arwah ada sebut nama Kilah.." Mak memberitahuku dengan sebak. "Arwah pesan, Kilah tolong simpankan Bentengnya..." sambung mak. Aku pandang mak, air matanya juga tumpah. Aku tekupkan mukaku di riba mak. Menangis semahunya.


----------------------------

Cerita mak, pada malam hari aku balik ke Kuala Lumpur, Afiz kemalangan kereta. Kemalangan yang berpunca daripada bertengkaran Afiz dengan Rozi. Waktu bertikam lidah dengan Rozi, Afiz sedang memandu laju. Kereta mereka terbabas ketika cuba mengelak daripada bertembung dengan lori simen yang baru keluar dari simpang. Afiz dan Rozi berjaya dikeluarkan daripada kereta yang remuk. Mereka dikejarkan ke hospital berdekatan. Rozi cedera di kepala dan trauma. Afiz pula mengalami kecederah parah di bahagian hati. Kedua hatinya rosak. Ketika itu pembedahan pemindahan hati baru perlu dilakukan dengan segera.

Waktu itulah kasih seorang adik mengatasi segala-galanya. Ucop yang sepadan hatinya mahu mendermakan sebelah kepada abang tersayang. Hati Pak Oyak didapati tidak sesuai. Hati Mak Seha dan Ucop sahaja yang sesuai. Ucop tak mahu Mak Seha dermakan hatinya. Ucop berkeras, nak juga hatinya didermakan walau berisiko. Doktor kata badan Ucop tidak seperti badan orang lain, badannya lemah. Takut kesan sampingan pada Ucop nanti. Tapi Ucop berkeras juga. Meraung-raung dihospital mahu mendermakan hatinya. Pak Oyak dan Mak Seha terpaksa akur.

Pembedahan berjaya dilakukan. Afiz keluar hospital dua minggu selepas pembedahan. Pembedahan Afiz berjaya tapi tidak pembedahan Ucop. Ucop koma. Dia meninggal sehari selepas dia sedar dari koma. Hari itu Afiz datang melawatnya.


--------------


Pandanganku tertumpu pada dua robot Ben10 yang berdiri tegak di atas mejanya. Di sisi robot Ben10, terletak kemas sebuah bingkai gambar. Perlahan tanganku mencapai bingkai gambar itu, lalu kupusingkan. Gambar yang penuh nostalgia. Wajah riang seorang anak kurang upaya yang memeluk erat abangnya ku sentuh. Kenangan lama bermain di layar mata.

Aku terkejut saat daun pintu dikuak. Bingkai gambar terlepas dari tanganku, cepat-cepat kuambil dari lantai. Nasih baik tak pecah. Kuletakkan semula kemas di tempatnya sambil memandang ke arah lelaki yang baru masuk. Lelaki itu mengambil tempat duduk di kerusinya di hadapanku. Kerusi pemilik rangkaian Rumah Kasih Yussof. Fail resumeku di tangannya di letakkan di atas meja. Perlahan ditolak fail itu ke arahku.

"Hujung minggu ni awak dah boleh mula. Waktu bekerja, 8 pagi hingga 10 malam. Hari, Sabtu sahaja. Sebagai sukarelawan, gaji memang tak ada. Makan minum saja kami tanggung." Tuturnya sambil bersandar pada kerusi. Aku pandang dia tanpa berkelip.

"Awak boleh datang hari Ahad juga kalau awak nak. Itupun kalau awak tak sibuk. Yelah kerja sambilan macam ni memang meletihkan. Kerjaya awak sebagai guru, walaupun hari Isnin hingga Jumaat saja kerjanya, hujung minggu kena rehat juga kan?" Sambungnya. Aku diam. Masih tercegat.

"Awak nak kerja di sini siang malam?" Tangannya di letak di atas meja. Sebelah tangannya menongkat dagu. Dia merenung aku yang masih tidak bersuara. Aku cepat-cepat mengangguk. Kemudian senyum. Antara senyum dan tidak sebenarnya.

"Nak kerja siang malam??" soalnya. Aku angguk-angguk kemudian cepat-cepat pula menggeleng bila tersedar.

"Eh, tidak! Sabtu sudah cukup!" Jawabku. Dia tergelak kecil kemudian tersenyum. Gambar bersama robot Ben10 di mejanya direnung. Wajahnya berubah seketika. Ada sepi terlukis di dalam anak matanya. Aku faham perasaan itu. Faham benar akan perasaan kehilangan orang tersayang. Patah tumbuh hilang tak berganti. Tiada yang dapat menggantikan kekosongan rasa itu.

"Saya juga ada simpan sebuah Ben10 besar di meja saya.." tuturku perlahan. Dia menoleh pandang aku semula. Lama. Dia kemudian mengukir senyuman. Senyum yang penuh makna. Terukir wajah Ucop tersenyum diwajahnya. Senyum yang aku rindu untuk selamanya.

Menanti Cinta - Krisdayanti

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:

Aku suke dengar lagu ni...
korang pun dengar la....



Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapa kah nanti
Cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapa kah nanti
Cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
mMerana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rrahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku
PadaMu............

AL-FATIHAH

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. /



SEMOGA ROHNYA DICICURI RAHMAT....AMIN...

Kisah Janda yang DAHAGA!!!!!

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:


Ada sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami. Hasnah namanya, seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya akibat terhantuk pada bucu jalan akibat tergesa-gesa lalu terpijak kulit pisang berangan yang dicampak oleh seorang makhluk bernama manusia. Maka, tinggallah Hasnah keseorangan di rumah banglo mewah peninggalan arwah suaminya. Hasnah masih muda lagi (bergetah) dan mempunyai potongan badan yang cantik serta menggiurkan sesiapa sahaja yang memandang beliau.




Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Sewaktu pulang dari pekan, kedai mahupun pabila menyidai kain di ampaian, bunyi -bunyian hampeh yang keluar dari mulut pemuda itu acapkali didengarinya. Makin hasnah hiraukan, makin menjadi-jadi miang mereka mengusik Hasnah. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya. Peristiwa itu menjadi buah mulut makcik - makcik bermulut puaka yang sering mengumpat apabila apek penjual ikan datang. Di situlah sehari-hari tempat mereka melakukan kerja meng"hanjing" Hasnah.




"Ape kejadah semua ini" bisik hati Hasnah..
"Persetan semua yang ada di situ, bukannya mereka yang memberiku makan!!", bentak hati kecil Hasnah.
Lalu dengan hati berani, Hasnah me"nyaund" makcik-makcik itu..
"Assalamualaikum... makcik-makcik ni da sembahyang Asar ke belum? dari pagi saya keluar, sampai sekarang pun makcik ada lagi di sini... mesti Zohor pun terlepas kan??, betul tak tekaan saya??" dengan lancar Hasnah memberi tarbiyah kepada makcik-makcik tu. Memang molek benar Hasnah memberi nasihat kerana beliau pun sudah jelak dengan perangai orang kampung yang suka menghinanya. Apa, jika Hasnah berstatus janda, beliau perempuan murah? suka menggoda suami orang??, mitos lama yang melekat di benak wanita di kampung tempat Hasnah tinggal. Mitos yang akan diwarisi sehingga zaman-berzaman. Lalu, dengan muka yang mencecah ke lantai, makcik-makcik itu pun berlalu dengan wajah yang sugul akibat dek penangan mulut Hasnah yang berhati mulia memberikan tazkirah untuk mereka meninggalkan perbuatan keji itu. Sesungguhnya, syaitan ada dimana-mana untuk menyesatkan manusia.




Senja semakin larut ditelan oleh kehadiran malam. Waktu Maghrib sudah berlalu, kini diganti dengan waktu Isya'. Selepas solat, dia terus ke meja makan mengadap rezeki, di sudut hatinya masih membayangkan arwah suaminya yang selalu makan bersama-sama. Sekarang tinggallah Hasnah keseorangan, sunyi, sepi tanpa peneman disisi. Hasnah hanya makan lapan suapan, kerana tiada selera mengenangkan nasibnya yang keseorangan, seperti tanah yang gersang tanpa petani, seperti bunga yang kekeringan di waktu kemarau... Hasnah bingung... lalu, dibasuhnya tangan dan mengemas meja, lalu berangkat untuk tidur.




Ketika di bilik peraduan pun sama, masih teringat akan arwah suaminya.
Hasnah rindu benar dengan dengan arwah suaminya, Hasnah teringat kata-kata Jais yang memberikan pendapat yang bernas, tetapi ditolak separuh masak oleh Hasnah. "Hasnah, engkau kawenla ngan aku lepas kau abes edah.. nanti aku meminang engkau ye.. hehehe" ujar Jais. "Apa senang benar untukku lupakan suamiku? Oh tidak mungkin", sambil beliau mendengar lagu "Tak Mungkin Kerana Sayang"nyanyian Alyah, air matanya menitis...
Walaupun, hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu, tanpa diduga Hasnah terlelap....






Pada dinihari, kira-kira pukul 2 pagi, hujan lebat membasahi bumi dan dingin sekali. Beliau bangun dari katilnya, walaupun sejuk tetapi badannya terasa panas semacam, hangat, dahaga.. Hasnah terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju bilik air... Hasnah menyelak kain batik yang dipakainya dan..........................




Setelah selesai membuang air kecil... Hasnah terus ke dapur..... sungguh terkejut Hasnah apabila di atas meja ada benda berwarna hitam dan bermata merah..




Silap Hasnah kerana tak "on' suis lampu.. setelah dipetiknya suis, Hasnah mendapati yang benda hitam itu adalah tikus cencorot.. dengan rasa takjub, tikus itu memulakan larian yang padu untuk melarikan diri dari Hasnah..





Sampai saja di dapur, beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk. Beliau tuang kedalam cawan dan meminumya.




Setelah meminum air tersebut, beliau kembali kedalam bilik dan menyambung tidur semula, tiba-tiba "kringgggg" jam loceng menunjukkan pukul 6, Hasnah pun bangun untuk menunaikan solat Subuh.....

Sekian. Terima Kasih.

Itulah kisah seorang janda yang dahaga.

Wah, sepenuh hati korang mambaca ekkk... Mentang2 lah Janda..haaahaa.. wakakaakakakaaaa....

Bulu ketiak ku sayang...

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:


Mak...!!! Mak...!!! "Tengok ni mak...!!!!!
Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu.
"Mak...!!! Mak...!!!!
Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur. Mendapatkan emaknya. Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu.Tercungap-cungap bagaikan dikejar harimau.
"Kenapa ni Jais?"
Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.
"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak....tengok ni mak... heheh ehehe..."
Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci panjangnya.
"Hish...kau ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. Dah la tu.... pergi mandi cepat. Makanan pun dah siap ni."
Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dalam hatinya menyanyi nyanyi.... 'Yeah...yeah...dah tumbuh...bulu ketiak aku dah tumbuh...yeah yeah...' Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit conditioner. Selepas mandi Jais
membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya. Dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.
Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak ceritakan pada kawan-kawannya.
Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais. Kawan-kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya.
Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap.
"Selamat pagi cikgu..!"
Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain.
"Selamat pagi cikgu...!!"
"Selamat pagi pagi murid-murid."
Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya.
'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri.
"Baik....dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis
mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang.Kucing ke, adik kamu ke, tak kira la... apa-apa saja."
Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Dudukdi kerusi.
Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yang disuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya.


'Bulu ketiak saya.' Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun.Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah. Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiak saya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban ayam.Tunggu ayam bertelur. Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya sayang bulu ketiak saya.

Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah. Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti Jais dah tumbuh bulu ketiak.
Habis sekolah. Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah.
"Jais mari sini..!!"
Salah seorang dari mereka memanggil Jais.
"Orang kata bulu ketiak kau dah tumbuh... mari la...tunjuk..!!. Kami nak tengok..!!"
Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi tak berjaya. Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka.
"Jangan la... jangan...jangan..!!!
Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambilmenangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu ketiak Jais.Mereka ketawa....
"Hahahahahaha...!!" "Mari....mari..!! Siapa nak tengok bulu ketiak Jais..!!"
"Lelong....lelong..!!! Siapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!! "Hahahahahaha....!!!!
Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuliJais. Jais menangis. Terbaring Jais keletihan. Lemah longlai tubuhnya.Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan.
Jais meraba ketiaknya.Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak
berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis.
"Huwaaaaa.....!!!!!!!! ""Huwaaaaa.....!!!!!!!!'
Selepas kejadian itu Jais langsung tak mahu pergi kesekolah. Jais tak mahu pergi ke mana-mana pun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais.
"Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu."
"Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak Jais tu."
"Esok pergi sekolah ye..."
Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukkan kepalanya. Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di hatinya.....Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki melihat kelebihannya?... Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa...

My Prendsss

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. /

"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya."

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai pendapat saya tentang persahabatan. Selama 19 tahun hidup di bumi Illahi ini, telah banyak perkara yang saya pelajari tentang kehidupan. Tentang keluarga, cinta dan persahabatan.

Namun, hari ini, saya hanya ingin berkongsi mengenai semua yang telah saya lalui sepanjang bersahabat dengan bermacam-macam jenis manusia. Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.

Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 'K' yang perlu dalam sesebuah persahabatan.


"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"


10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.

"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"

Bila Mangkit Subuh!! When U Wake Up at Dawn!!

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. / Label:



IF YOU"RE LIKE MANY PEOPLE, the start of the day isn't your favourite time. So here are some tips you can sneak into your routine without much effort. Try at least one of these tomorrow.


1. Stretch every extremity for 15 seconds. Try this before you open your eyes. Lift your arm and begin by stretching each finger, then your arm. Repeat with another arm.

2. Then your toes, feet, ankles, and legs. end with a neck and back stretch that propels you out of the bed. You've just limbered up your muscles and joints and enhance the flow of blood through your body, providing an extra shot of oxygen to all your tissue.

3. Brush your tongue for one minute. There's no better way to rid yourself of the morning breath and begin the day minty fresh. Hundreds of bacteria take up residence in your mouth every night, so just brushing your teeth alone isn't going to vanquish them.

4. Drink a glass of water. Remember, you've been fasting all night long, so you wake each morning dehydrated.

5. Check your morning calendar. Have a large calendar or whiteboard in a prominent position in the kitchen. On it, write everything you need to know for that day. Check it each morning as you sip your coffee. It will help you to avoid the stress of forgetting something important.

6.Kiss all the people you love in your house before you leave. Connecting with the ones you love soothes stress and gives a positive start to your day.

Akhlak Rasulullah s.a.w

Author: .:: ApiSBudaKBaiK::. /

Adalah Rasulullah S.A.W merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhirat Allah S.W.T agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Antara doa baginda yang bermaksud :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku’

Maka Allah S.W.T menganugerahkan baginda Al –Qur’anulKariem yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah S.A.W dengan Al-Qur’an (Riwayat Muslim – Saad Hisham)

Mafhum Firman Allah S.W.T:-

‘Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi’ (Surah Al-Qalam : 4)

Rasulullah S.A.W adalah manusia yang :-

1. Paling penyabar,

2. Paling berani,

3. Paling adil dan paling menjaga diri.

4. Tiada sekali-kali tangan baginda menyetuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.

5. Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.

6. Adalah baginda manusia yang pemurah hati,

7. suka bersedekah apa yang ada pada dirinya,

8. makanannya hanyalah tamar dan syair. Selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah

9. Menampal sandalnya,

10. kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.

11. Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang

12. Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka

13. Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.

14. Tidak memakan harta sedekah

15. Tidak sombong

16. Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran

17. Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik

18. Suka berpuasa – mengikat batu pada perutnya apabila lapar – jika makan tidak pernah kenyang

19. Paling beradab dalam makan – Antaranya makan tanpa bersandar dan tanpa meja – saputangannya adalah kedua telapak kakinya.

20. Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.

21. Tawadduk dan Tenang

22. Tidak terganggu dengan urusan dunia

23. Menyukai jubah bulu/syamlah

24. Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri

25. Mengunjungi orang sakit

26. Berkenderaan kaldai dan unta

27. Menyukai bau-bauan

28. Duduk dan makan bersama orang-orang miskin

29. Berbuat baik dengan kaum bangs.a.wan

30. Memuliakan orang-orang berakhlak

31. Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.

32. Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya

33. Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab

34. Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk, memfitnah, mengumpat, menganiaya, hasad dengki, tamak haloba dll.

35. Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah S.W.T, Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim

36. Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.

37. Memuliakan tetamu dan jiran tetangga

38. Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)

39. Pembela wanita

40. Suka menasihati

Dan banyak lagi.

Maksud Sabda Rasulullah S.A.W :-

‘Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya! Tiada masuk syurga kecuali orang yang berakhlak mulia/baik"

‘Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam dengan akhlak/budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik’

Jadikanlah sunnah rasulullah s.a.w sebagai amalan hidup kita seharian.

Adab Makan

1. Rasulullah S.A.W menyukai dlafaf – makanan yang banyak tangan memakannya

2. Membaca doa yang bermaksud :- ‘Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.’

3. Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya – tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri.

4. Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.

5. Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.

6. Menyukai kueh faludzaj – ramuan – minyak samin, madu lebah, tepung gandum.

7. Menyukai roti syair, mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering) di cecah dengan garam.

8. Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.

9. Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan.

10. Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatang pada janggutnya seperti benang mutiara.

11. Menyukai susu dengan tamar (al-athyabin – dua yang terbaik)

12. Menggemari daging – penghulu makanan di dunia dan di akhirat – khasiat menguatkan pendengaran.

13. Menyukai roti bekuah dengan daging dan buah labu dan bersabda bahawa labu itu adalah pohon Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah ra memasak gulai dengan membanyakkan labu – akan menguatkan hati orang yang berduka

14. Menyukai daging burung (tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan)

15. Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan daging ke mulutnya dan menggigitnya.

16. Menyukai roti dengan minyak samin.

17. Menggemari daging kambing – bahagian lengan dan bahu

18. Kurma madinah (al-ajwah – berasal dari syurga) – penawar racun dan sihir - adalah antara yang paling digemari di kalangan tamar.

19. Sayur-sayuran yang digemari baginda pula ialah al-handaba, al-badzaruj dan al-hamqa’/ar-rajlah.

20. Tidak menggemari bahagian daging spt. buah pinggang, zakar dan biji zakar, ghudad, darah, hempedu dll.

21. Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang prei (al-kurrats)

22. Tidak pernah mencela makanan – kalau disukai, dimakan – kalau tidak disukai, ditinggalkan.

23. Tidak menggemari dhab.

24. Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya – makanan yang penghabisan banyak barakahnya.

25. Menjilat sisa makanan pada anak jari – yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.

26. Selesai makan – dibaca ‘Segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya’

27. Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.

28. Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa menghisap.

29. Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)

30. Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.

31. Pemalu dalam perihal makan – tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum – tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan makanan/minuman.

Cubalah amalkan sunnah rasulullah s.a.w dlm kehidupan seharian kita.



Adab Berpakaian

1. Kain sarung/selindang/penutup badan/ baju kemeja (qamish)/jubah.

2. Menyukai warna hijau dan putih.

3. Qaba’ (baju luar) dari kain sundusin.

4. Pakaian yang tinggi di atas kedua tapak kakinya, kadangkala setengah betis, kemeja terikat dengan kancing baju – kadangkala baginda membuka kancing itu semasa solatnya. Kadangkala mengerjakan solat dengan berselimut yang dicelup kumkuma.

5. Kadangkala memakai kain sehelai/sarung – yang tiada kain lain di atasnya – kadangkala diikatkan kedua hujungnya di antara kedua bahunya. Kadangkala mengimami solat jenazah atau mengerjakan solat di rumah (umpamanya solat malam) dengan cara yang demikian

6. Memakai kain bertampal – pakaian cara hamba.

7. Mempunyai dua helai pakaian khusus untuk solat Jumaat.

8. Mempunyai pakaian hitam tetapi disedekahkan kepada orang – maksud riwayat Ummu Salmah r.a. – terserlah ketampanan/keputihan kulit baginda apabila memakai pakaian hitam.

9. Kadangkala mengerjakan solat memakai syamlah – kain bulu hitam.

10. Memakai cincin. Kadangkala baginda keluar dan pada cincinnya terdapat benang terikat untuk mengingatkan baginda terhadap sesuatu. Baginda chapkan surat-surat yang dikirim dengan cincinnya supaya penerima surat berkenaan mengenali baginda.

11. Memakai qalansuah (kupiah); dengan atau tanpa serban

12. Mempunyai serban as-sahab – awan. Diberikan kepada Sayyidina Ali r.a.

13. Semasa memakai pakaian baginda berdoa (maksudnya) :- "Segala puji-pujian bagi Allah yang menganugerahkan kpdaku pakaian di mana dengan pakaian ini akau menutup auratku dan aku memperelokkan diriku pada manusia.

14. Memakai dengan memulakan sebelah kanan dan membuka pakaian dengan memulakan sebelah kirinya.

15. Menyedekahkan pakaian lamanya kepada orang miskin – maksud sabda Baginda - diberikan kerana Allah dan dianugerahkan kebajikan selagi pakaian berkenaan menutup aurat sipenerima samada hidup atau mati.

16. Mempunyai tikar tidur dari kulit yang sudah disamak – diisikan kulit kayu kurma yang halus. Panjang lebih kurang dua hasta. Lebar lebih kurang sehasta sejengkal.

17. Mempunyai baju ‘aba-ah (baju terbuka depannya, dipakai di atas baju lain) yang dibentangkan/dilipat dua lapis untuk baginda setiap kali berpindah tempat duduk.

18. Nama bendera : Al-‘Uqab.

19. Nama pedang perang : Zulfaqar. Lain-lain pedang : Ak-Mikhzam, Ar-Rasub, Al-Qadlib – tangkai pedang dihiasi perak. Tali pedang dari kulit yang disamak. Tiga helai tali dari perak.

20. Nama busur baginda ialah Al-Katum, tempat panahannya bernama Al-Kafur.

21. Nama untanya : Al-‘Udl-ba, Nama kudanya : Al-Duldul, Nama kaldainya : Ya’fur. --Nama kambingnya: ‘Ainah.

22. Mempunyai tempat bersuci/berwuduk dan minum dari tembikar. Ramai anak-anak kecil mendapat barakah dari tempat ini.

23. Sifat Pemaaf/Kemampuan Membalas Rasulullah S.A.W

24. Tidak lekas marah, pemaaf (walaupun dicaci, ditohmah, dimaki dll)

25. Adil dalam pembahagian harta rampasan

26. Tidak memarahi orang yang cuba membunuhnya malah menasihati pula. Cubaan pembunuhan ini berlaku dalam pelbagai cara, antaranya tikam-curi semasa perang, menghempap batu semasa baginda berjalan dan diberikan racun dalam daging kambing oleh perempuan Yahudi. (Baginda melarang sahabatnya membunuh perempuan berkenaan)

Antara doa baginda yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus’

sebaik2 umat rasulullah s.a.w,adlh umat yg sts mngamalkan sunnah Baginda.


Sifat Pemaaf/Kemampuan Membalas Rasulullah S.A.W

1. Tidak lekas marah, pemaaf (walaupun dicaci, ditohmah, dimaki dll)

2. Adil dalam pembahagian harta rampasan

3. Tidak memarahi orang yang cuba membunuhnya malah menasihati pula. Cubaan pembunuhan ini berlaku dalam pelbagai cara, antaranya tikam-curi semasa perang, menghempap batu semasa baginda berjalan dan diberikan racun dalam daging kambing oleh perempuan Yahudi. (Baginda melarang sahabatnya membunuh perempuan berkenaan)

4. Pernah disihir oleh lelaki Yahudi dan atas bantuan Jibril a.s. , sihir Berjaya dipulihkan dari sumur Zarwan.

5. Tidak pernah baginda mengungkit

6. Perkara-Perkara yang tidak digemari Rasulullah S.A.W

a. Seorang laki-laki masuk ke tempat baginda S.A.W dengan memakai kain yang berwarna kuning (pekat spt. warna api). Apabila lelaki berkenaan beredar dari situ, baginda mengatakan kepada sahabatnya menyuruh lelaki berkenaan tidak lagi memakai pakaian berwarna sedemikian.

b. Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil dalam masjid di hadapan baginda S.A.W. Para sahabat cuba mencegah tetapi baginda bersabda: "Jangan kamu putuskan air kecilnya dan baginda bersabda kepada sahabatnya bahawa perkara ini tidak harus berlaku di dalam masjid.

7. Dll.



Kemurahan Hati Rasulullah S.A.W

Sayyidina Ali r.a. berkata : "Adalah Nabi S.A.W manusia yang bermurah tangan, manusia yang berlapang dada, manusia yang sangat benar pembicaraan, manusia yang sangat menepati janji, manusia yang teramat lemah-lembut kelakuan dan manusia yang sangat memuliakan kekeluargaan. Barangsiapa melihat Nabi S.A.W dengan tiba-tiba, nescaya takut kepadanya. Dan barangsiapa bercampur-baur dengan Nabi S.A.W dengan mengenalnya, nescaya mencintainya. Orang yang menyifatkan Nabi S.A.W berkata : "Tidak pernah aku melihat sebelumnnya dan sesudahnya orang seperti Nabi S.A.W"

Seorang lelaki telah meminta sesuatu dari baginda dan diberikan seekor kambing dan lelaki itu kemudiannya mengajak semua rakan-rakan dari kaumnya memeluk Islam.

Baginda tidak pernah berkata "tidak" apabila diminta sesuatu. Baginda tidak takut kepada kemiskinan.

Baginda diberikan 90,000 dirham dan dibahagi-bahagikannya sehingga habis.

Pernah baginda diminta sesuatu dan baginda tiada apa-apa tetapi demi memenuhi kehendak si peminta, Baginda S.A.W menyuruhnya membeli secara berhutang atas nama baginda dan baginda berjanji untuk melunaskannya.

Keberanian Rasulullah S.A.W (Kembali ke atas)

Sayyidina Ali r.a. berkata "Sesungguhnya engkau melihat aku pada hari Perang Badar. Kami berlindung dengan Nabi S.A.W dan baginda yang paling terdekat kepada musuh dari kami. Dan baginda pada hari itu di antara manusia yang sangat perkasa"

‘Imran bin Husain berkata : "Tiada Rasulullah S.A.W menemui suatu kumpulan tentera, melainkan beliaulah orang yang pertama memukulnya"

Para sahabat berkata bahawa Nabi S.A.W sangat kuat pukulannya. Tatkala baginda dikepung oleh kamu musyrik, baginda turun dari kudanya lantas berkata "Aku ini Nabi, tidak dusta. Aku ini Putera Abdul Mutalib"

Maka tiada seorang pun yang dilihat pada hari itu yang lebih berani dari Nabi S.A.W.

Wahai saudara/saudariku sekalian, benarkah kita ini menyintai & menyayangi rasulullah s.a.w.? Jika ya,pernahkah kita amalkan segala amalan/sunnah rasulullah s.a.w? Saudara/saudariku sekalian, marilah kita muhasabah diri masing2,tinggalkanlah segala kemungkaran, lakukanlah perintah Allah. Amalkan sunnah nabi, insyaAllah kita akan di tempatkan di syurga Allah s.w.t. Sesungguhnya, Allah s.w.t tidak pernah memungkiri janji2Nya kpd hamba2Nya yg beriman dan bertaqwa. Segeralah bertaubat kembali pd Allah s.w.t sebelum terlambat dijemput mngadap Allah s.w.t (mati). sesungguhnya kita berada di akhir zaman, bila2 sj dunia akan kiamat.. renung2kan sahabat/saudariku sekalian.